Home Novel Cinta pilihan terakhir
Bab 22

Seminggu kemudian

Aku masih tak boleh lupakan dia…,

Sejujurnya aku masih berharap akan berlakunya keajaiban…,

Dimana aku akan disatukan dengan dia semula…,

Daffa meletakkan pen di atas meja. Dia berdiri dan terus berlalu ke beranda biliknya. Angin malam terasa sejuk menyapa lembut wajahnya. Daffa memejamkan mata.

***

“Don’t do that again,” kata Afiyah dengan nada tegas. Dia memandang tajam ke arah Daffa yang sedang memandu. Lelaki itu hanya tersenyum nakal.

“Dengar tak?” soal Afiyah dengan kening berkerut. Geram dengan telatah lelaki itu.

“Dengar sayang,” jawab Daffa dengan senyuman.

“Esok Fiyah akan jadi berita sensasi kat sekolah,” kata Afiyah sambil memandang ke luar tingkap. Ada nada tidak puas hati dalam kata-katanya.

“Tajuk utamanya?” usik Daffa. Afiyah mengetap bibir lantas berpaling memandang lelaki itu semula.

“Seorang lelaki kacak sedang menunggu kekasihnya di luar sekolah dengan kereta mewah. Puas hati?!” balas Afiyah sambil mendengus geram. Daffa tidak mampu menahan tawanya. Dia tergelak besar.

“I hate you,” ucap Afiyah perlahan sambil memandang ke luar tingkap semula. Daffa menghentikan keretanya di tepi jalan. Dia memandang tepat ke arah gadis itu. Melihat wajah comel itu merajuk membuat hatinya tidak tentu arah.

“I’m sorry. Daf janji tak buat lagi. I miss you sampai Daf tak perasan yang Daf pandu BMW mama dari airport terus datang sini jumpa sayang. Sorry sayang,” ucap Daffa dengan perasaan bersalah. Afiyah menarik nafas perlahan. Dia membalas pandangan lelaki itu.

“Fiyah just tak nak orang sekeliling kata Fiyah ini nak harta Daf dan bukannya Daf. You know, kat sini semua orang kenal family Daf. Fiyah cuma nak elak perkara itu berlaku,” kata Afiyah dengan senyuman hambar. Daffa tersenyum.

“Abaikan mereka Fiyah. You’re mine. Tak ada siapa yang boleh pisahkan Daf dan Fiyah. Remember that,” balasnya separuh berjanji. Afiyah mengangguk tersenyum.

***

Tak ada siapa yang boleh pisahkan??!

Daffa meraup wajahnya. Di saat ini dia sangat bencikan dirinya yang tidak mampu menunaikan janjinya kepada gadis itu.

*****

“Hoi perempuan!” panggil Aliya sambil menghampiri Afiyah yang sedang duduk di atas buaian. Afiyah mengangkat wajah memandang gadis itu. Aliya tersenyum sinis.

“Aku nak kau putuskan hubungan dengan Eij. He’s mine. Aku tak tahu kau guna ilmu apa sampai Eij boleh jatuh sayang dengan kau. Aku just suruh dia berlakon. Tak sangka pula dia akan tinggalkan aku sebab perempuan tak guna macam kau ini!” herdiknya kuat. Terangkat kening Afiyah mendengar kata-kata gadis itu.

Berlakon?

“Yes. Kau jangan nak perasan sangat sebab aku yang suruh Eij pikat kau dan lepaskan kau bila kau dah mula sayangkan dia. Kau jangan tanya aku kenapa. Of course sebab aku nak tengok kau menderita!” sambung Aliya seperti tahu apa yang difikirkan oleh Afiyah. Afiyah agak terkejut dengan pengakuan gadis itu namun dia cuba berlagak tenang.

“Okay, ambil lah. Aku pun tak ingin lah kalau dah sisa kau. One more thing, aku tak pernah anggap lelaki kesayangan kau itu lebih dari seorang kawan. Aku mengaku dia seorang yang baik, tapi aku hairan kenapa dia pilih perempuan macam kau ini,” balas Afiyah selamba.

“Kurang ajar!” Aliya mengangkat tangan lantas menampar gadis itu. Afiyah yang tidak sempat mengelak hampir sahaja terjatuh dari buaian. Nasib baik dia sempat menyeimbangkan badannya daripada terjatuh.

“Liya!” teriak satu suara. Aliya dan Afiyah serentak menoleh. Eijaz sedang berdiri tidak jauh memandang mereka dengan pandangannya yang tajam ke arah Aliya.

“Eij,” Aliya hilang kata-kata apabila melihat wajah bengis lelaki itu. Ini pertama kali dia melihat wajah marah lelaki itu.

“You buat apa ini?!” marah Eijaz sambil berjalan menghampiri.

“Ei..j..Li..”

“Fiyah okay?” soal Eijaz sambil menghulurkan tangan tanpa mempedulikan Aliya. Afiyah bangun tidak menyambut huluran tersebut. Dia memandang tepat wajah lelaki itu.

“Selesaikan dulu masalah awak,” katanya sebelum berlalu. Eijaz menarik nafas perlahan. Dia memandang Aliya semula. Gadis itu dilihatnya sedang mengesat air matanya.

“You nak apa lagi?” soalnya dengan perasaan berbaur.

“I need you Eij. Just you,” balas Aliya sebak. Eijaz menggeleng.

“Please Liya. Just let me go,” balasnya sebelum berlalu. Dia membatalkan niat untuk bertemu dengan Afiyah. Emosi gadis itu pasti tidak stabil saat ini. Aliya menggigit bibirnya kuat. Air matanya mengalir lagi tanpa dipinta.

*****

“Fiyah okay?” soal suha apabila selesai mendengar cerita gadis itu. Afiyah tersenyum sambil melemparkan pandangannya ke arah sekumpulan pelajar yang sedang bermain bola keranjang.

“Entah lah Suha. Aku sebenarnya masih tak percaya. Rasa lucu pun ada juga,” jawabnya sambil tergelak kecil. Berkerut kening Suha memandang gadis itu.

“Aku tak tahu siapa yang mainkan siapa. Aku rasa nak gelak aje sekarang ini,” sambung Afiyah masih lagi dengan tawanya. Suha tersenyum menggeleng.

“Fiyah ini nakal tau. Okay, and next?” soalnya ingin tahu.

“I don’t know,” balas Afiyah sambil mengangkat bahu. Sejujurnya dia juga masih kebingungan dengan apa yang berlaku. Sudah seminggu dia cuba mengelak daripada Eijaz. Semalam apabila lelaki itu datang ke rumahnya, dia masih dapat mengelak kerana kehadiran Aliya.

Tapi kenapa? Kenapa aku perlu mengelak daripada Eij?

“Eij macam mana?” soal suha lagi masih tidak berpuas hati. Lamunan Afiyah terhenti. Dia menarik nafas dalam.

“Saya pun nak beritahu perkara yang sebenar dengan Eij,” balasnya tenang.

“Kalau Eij tak nak lepaskan Fiyah?” soal Suha tanpa memandang wajah gadis itu.

“Itu tak mungkin. Dia pun berlakon juga. So, tak ada masalah,” jawab Afiyah dengan senyuman.

“Are you sure?” soal Suha lagi kini memandang gadis itu semula.

“Maksud?” tanya Afiyah agak keliru dengan soalan gadis itu.

“Come on Fiyah. Fiyah sendiri pun tak yakin kan. Eij love you Fiyah. I can see it,” balas Suha dengan wajah serius. Senyuman Afiyah menghilang.

“Kau jangan buat lawak Suha. Aku tak suka,” katanya dengan nada tegas. Suha menggeleng perlahan. Berkerut kening Afiyah melihat telatah gadis itu.

Suha ini buat aku takut pula.

*****

Eijaz meraup wajahnya sambil mengeluh berat. Kamal yang duduk di sebelah Eijaz menoleh memandang rakannya itu.

“Kau okay ke?” soalnya agak bimbang melihat wajah tidak bermaya lelaki itu. Eijaz menggeleng perlahan.

“Kau ada masalah ke? Dengan Fiyah?” soal Kamal semula separuh meneka. Eijaz mengeluh lagi tanpa menjawab pertanyaan lelaki itu.

“Kau tak nak kongsi dengan aku?” tanya Kamal prihatin. Eijaz hanya tersenyum membalas pandangan rakannya itu.

“Sorry Mal. Bukan sekarang. Jangan risau aku okay,” balasnya dengan suara perlahan. Kamal mengangguk faham.

“Kalau kau tak sihat, tak payah lah datang latihan petang ini. Nanti aku tahu lah nak cakap dengan jurulatih,” katanya sambil menepuk lembut bahu Eijaz.

“Thanks,” ucap Eijaz. Dia memang tidak bersemangat untuk turun latihan dalam situasi sekarang ini. Oleh sebab Afiyah sering mengelak dari bertemu dengannya, maka dia juga masih tidak berkesempatan untuk meminta maaf dan menjelaskan semuanya kepada gadis itu.

*****

Dahin menahan langkah gadis itu. Terangkat kening Afiyah memandang lelaki itu.

“Lepaskan Eij,” kata Dahin separuh mengarah sambil memandang tepat ke arah wajah gadis itu. Agak lama Afiyah membalas pandangan lelaki itu sebelum tersenyum sinis.

“Okay,” jawabnya pendek sebelum mula melangkah semula.

“Fiyah,” Dahin menahan langkah gadis itu semula. Afiyah menarik nafas perlahan cuba menenangkan dirinya.

“Ada lagi?” soalnya dengan perasaan geram.

“I hope you dan Liya…”

“Look! Berapa kali saya perlu ingatkan awak? Tak ada kerja lain nak buat? Kalau saya dah kata okay maksudnya saya akan buat! Awak tak payah nak sibuk boleh tak?!” balas Afiyah dengan nada keras.

“Fiyah…,”

“Perempuan itu pun asyik nak mengadu dengan awak aje. Padan lah kena tinggal dengan kekasih,” pintas Afiyah kini dengan senyuman sinis. Dia melangkah semula tanpa mempedulikan Dahin yang agak terkedu dengan kata-katanya.

“Saya dan Liya tak ada apa-apa pun. Fiyah jangan…,” kata Dahin hampir tidak kedengaran. Langkah Afiyah terhenti mendengar kata-kata lelaki itu.

“Ada aku kisah?” balasnya sinis sebelum menyambung langkahnya semula. Dahin melepaskan keluhan berat.

Pasal aku ke Liya dan Eij berpisah?



Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.