SEAWAL jam 10.00 pagi Irishsudah memandu keretanya menghala ke Empire Shopping Gallery yang terletak di Subang Jaya. Entah kenapa, Athirah beria-ia ingin berjumpa dengannya hari ini.Ada berita gembira yang ingin disampaikan katanya. Lantas Restoran Vivo didalam bangunan pusat membeli-belah tersebut menjadi medan pilihan Irish untukbertemu rakannya itu.
Setelah membeli makanan di kaunter, Irish terus mencari tempat duduk yang agak tersorok.Bukan tidak tahu Athirah bila bercerita tidak sah kalau orang berhampirannyatidak mendengar sekali. Mengingatkan itu, spontan Irish tertawa kecil sambilmengesat matanya.
“Ira, Ira. Lawak betul kau ni.”
“Ha! Apa yang lawak betul tu?”
Secara tiba-tiba Irish dikejutkan dengan sergahan itu.
“Ira! Kau ni, kan. Tak sudah-sudahlah dari dulu!”
Athirah mengekek ketawa lalu mengambil tempat di hadapan Irish. “Sorry, Irish.Dah lama aku tak menyakat kau macam ni. Seronok pulak!”
“Awal kau datang hari ni? Baru pukul berapa dah sampai. Azam baru ke?”
“Kau perli aku, ya? Tahulah selalu aku yang lambat. Tapi tu dulu, ya. Sekarang, nomore!” balas Athirah sambil menggerakkan jari telunjuknya di hadapan Irish.
“Tu aku tanya. Azam baru ke? Ke sebab lain? First time ni kau sampai ontime.”
“Ha! Sebab tulah aku ajak kau jumpa. Pasal berita gembira yang aku nak bagitahu tu!”
“Oh! Yang kau cakap surprise tu? Hmm… apa dia? Cakaplah.”
“Irish, sebenarnya kan aku… aku...” Tersipu-sipu Athirah ingin memulakan ayatnya.
“Dah, tergagap-gagap pulak dia. Cakap ajelah!”
“Aku nak bertunang, Irish!”
“Hah? Biar betul? Bila? Dengan siapa?”
Riak Irish jelas terkejut mendengar perkhabaran tersebut. Selama ini rakannya itutidak pernah bercerita dengan siapa dia serius berkawan, walaupun dia tahugadis itu memang ramai kawan lelaki. Dia ingat Athirah berkawan dengan merekahanya sekadar suka-suka.
“Amboi! Banyak benar soalannya!”
“Dah kau tiba-tiba aje. Langsung tak bagitahu kut!”
“Okey! Sorry sebab tak pernahcerita kat kau. Bukan tak nak cerita, tapi kau tu yang sibuk 24 jam. So,tak naklah kacau. Ni yang aku beria-ia nak jumpa. Bolehlah cerita panjang.”
“So,ceritalah. Aku nak dengar ni. Siapa lelaki yang bertuah tu?”
“Sebenarnya dia klien aku. Mula-mula klien. Bila dah selalu jumpa, kau faham-faham ajelah.Klien bertukar jadi boyfriend! Then lapan bulan berkawan, diaterus lamar aku.”
“Serius?”
Athirah hanya terangguk-angguk menjawab pertanyaan gadis di hadapannya.
“So,bila majlis tu?”
“Bulan depan. Kau kena datang tau. Wajib!”
“Insya-ALLAH. Siapa nama dia?”
“Zamir. Dia tua dua tahun dari kita. Ada masa nanti aku kenalkan kau dengan dia.”
Irish tersenyum mendengar kata-kata rakannya itu. Jelas Athirah sangat gembiramenanti hari pertunangannya. Dan dia senang melihat kegembiraan itu.
“Kau bila, Irish?”
Irish yang sedang meneguk minumannya, terhenti. “Hmm? Apa yang bila?”
“Yelah. Kau bila lagi? Dah jumpa?”
“Belum. Nantilah.” Lambat sahaja Irish menjawab, membuatkan Athirah mengeluh.
“Itu aje jawapan kau, kan? Sama aje dari dulu. Sampai bila, Irish?”
“Sampai aku jumpa pemilik tulang rusuk kiri nilah.”
Spontan lengan Irish dipukul Athirah. “Kau ni, kan! Aku serius, kau main-main pulak!”
“Main-main apanya. Betullah apa aku cakap.”
“Yelah, Irish. Nanti dah tua tak laku, baru tahu!” tingkah Athirah seraya mengambilsepotong piza lalu menjamahnya. “Tapi kalau kau nak cari calon, aku ada. Kaunak?”
Irish menjuihkan bibirnya. Pantas dia menggeleng. “Tak nak.”
“Hisy! Kau ni! Dari dulu susah betullah! Bukan tak ada yang nak. Ramai. Tapi kau tu yangjual mahal sangat! Ke...” Athirah mendekatkan dirinya pada Irish, seakan inginberbisik sesuatu. “... kau dah sangkut dengan bos kau tu?”
Membulatmata Irish mendengar. “Siapa?”
“Ala, bos kau tulah. Siapa nama dia?Tengku... Tengku Harrys? Ha, yes! Mamat yang kau langgar sampai tigakali tu!”
“Tak ada maknanya, Ira. Mintak dijauhkan!”
“Kenapa? Apa salahnya kalau kau sangkut dengan dia pun. Aku rasa kau ada jodoh dengandialah, Irish. Tiga kali berlanggar, lepas tu kerja bawah satu bumbung, satu departmentpulak tu. Hmm... aku rasa kalau hari ni kau terjumpa atau terlanggar dia katsini, memang confirm dia jadi laki kau!” bicara Athirah dengan selamba.
“Eh, kau makan! Baik kau makan. Sebelum aku sumbat mulut kau dengan piza aku nipulak!” ugut Irish apabila rakannya itu tidak henti-henti bercakap danmengusiknya. Namun, yang sebenarnya dia sedikit gelisah apabila nama lelaki itudisebut-sebut semula.
“Uitt! Garangnya kau hari ni, Irish! First time aku tengok kau macam ni!”
“Haah! Dengan kau aje aku garang. Suka usik aku. Dah, cepat habiskan makan. Lepas nitemankan aku cari barang.”
Athirah terus menghabiskan makanannya dengan tawa yang masih bersisa. Seronok sekali-sekaladapat melihat Irish marah begini. Namun dia tahu gadis itu bukan seorang yangpemarah. Kecuali jika ada yang telah menggores hatinya, kesabarannya sengajadicabar. Jadi jangan terkejut bila Irish akan bertukar perwatakan dalam sekelipmata. Bak kata orang, orang yang nampak lembut ni kalau sekali marah dia sudahdatang, dunia pun boleh terbalik!
“KAU nak cari buku apa, Irish?” soal Athirah kala mereka memasuki sebuah kedai buku.Sejak mereka keluar dari restoran tadi Irish sudah berpesan ingin pergi ketempat ini sebelum pulang.
“Buku finance.”
“Hai! Ingatkan dah kerja tak payah beli buku-buku finance ni. Rupanya samajugak!” ujar Athirah sambil tergelak.Namun hanya dibiarkan Irish.
Gadis itu mula mencari buku-buku yang diperlukannya. Satu per satu buku di situ dibelek.Kemudian dia bergerak ke sudut lain untuk mencari buku yang lain pula. Athirahdibiarkan sendirian mencari buku-bukunya.
“Aduh!”
Irish terjerit kecil sambil memegang bahu kanan yang kesakitan. Buku-buku yangdipegang juga langsung jatuh ke atas lantai. Dan saat itu mata-mata sekelilingsudah melihat ke arahnya. Tidak mahu terus menjadi perhatian, Irish duduk lalumengambil buku-bukunya semula. Namun pergerakannya terhenti saat kepalanya menangkapinsiden yang pernah berlaku suatu ketika dulu. ‘Dia lagi ke? Ya ALLAH,janganlah!’ detik hatinya.
Pantas Irish mendongak. Namun apa yang diharapkan sebaliknya. Wajah lelaki itu jugasekali lagi yang muncul di hadapan. Irish mengetap bibir. Jantungnya seakanberhenti berdegup. Tubuhnya juga terasa lemah tiba-tiba.
“Irish! Kenapa ni? Kau okey ke?” Terkocoh-kocoh Athirah mendapatkan Irish sebaik mendengarjeritan gadis itu. Muka Irish yang sudah berubah pucat pantas disentuh.
“Irish,kau okey tak ni?”
Sekali lagi Athirah bertanya sambil menggoncang bahu Irish. Namun gadis itu masihtetap membatu. Hanya matanya sahaja memandang ke arah seseorang di hadapan.Athirah menyoroti pandangan Irish. Dilihatnya seorang lelaki yang sedang tegakberdiri turut membalas pandangan rakannya itu.
Melihat gadis di hadapan hanya terkaku, Tengku Harrys turut duduk untuk membantumengambil buku-buku yang terjatuh di atas lantai sebelum dia berdiri semula.Matanya tidak lepas dari merenung wajah pucat Irish. Mungkin gadis itu masihterkejut. Walhal dia sendiri tidak menyangka akan dikejutkan dengan kejadiansebegini. Untuk sekali lagi.
“Siapa?”Athirah berbisik perlahan sambil menyenggol bahu Irish.
“Harrys.Dah dapat buku yang you cari?”
Kelibat Tengku Melissa yang muncul entah dari mana, datang menerpa ke arah TengkuHarrys tiba-tiba. Dengan hanya mengenakan baju sleeveless serta miniskirt separas paha, dia memaut lengan lelaki itu tanpa segan silu.
“Hei, sayang! Kenapa ni?” soal Tengku Melissa sekali lagi apabila lelaki di sebelahhanya diam membisu sambil matanya terus terpaku pada gadis di hadapan.
Irish tidak betah lagi. Segera dia bangkit dan terus mengambil buku-bukunya daripegangan Tengku Harrys. “Thanks.”
Sejurus itu Irish menarik tangan Athirah untuk beredar dari situ. Athirah yang tidakmengerti apa-apa, hanya akur dengan perlakuan rakannya. Sedikit hairan dengankeadaan yang sedang berlaku. Yang lebih menghairankan lagi adalah kehadiranlelaki serta gadis tadi yang menyebabkan Irish tergesa-gesa menariknya keluardari kedai buku tersebut.
“SO, itulah bos kau? Tengku Harrys?Yang kau cakap tu?” Athirah bertanya sewaktu mereka dalam perjalanan menuju ketempat letak kereta. Keluar sahaja dari kedai buku tadi, Irish terusmengajaknya pulang. Hinggakan novel dan majalah yang sudah dipilihnya tadi,terpaksa diletakkan semula. Begitu juga dengan buku-buku Irish.
“Iya.”
“Serius?”
“Ya, Ira.” Lemah sahaja Irishmenjawab.
“Hmm... boleh tahan. Handsome,putih, tinggi. Kalau aku jadi kau, tak lepas dah!”
Serta-merta langkah Irish terhenti.“Apa yang tak lepas?”
“Tak lepaskan dia kat orang lainlah!Bertuah kalau kau dapat dia, Irish!”
Jawapan Athirah itu membuatkan Irish merenung tajam gadis tersebut. Tidak menyangkarakannya akan berfikir hingga ke tahap itu. Lantas dia menyambung kembalilangkahnya sebelum Athirah mengikut di belakang.
“Jangan nak beranganlah, Ira. Fikirsikit dia tu siapa, keturunan apa. Tu tadi tak nampak, perempuan kat sebelahdia tu.”
“Ha! Lupa aku nak tanya pasalperempuan tu. Siapa dia? Bukan main manja lagi dengan bos kau. Daring betul! Dengan baju yang tak cukup kain.Menyampah pulak aku tengok! Siapa tu, Irish?”
“Sepupu dia. Baru balik dari US.”
“Hmm... sepupu aje. Bukan girlfrienddia pun!”
Sekali lagi langkah Irish terhenti.“Kenapa kalau bukan girlfriend dia? Kau nak try?”
“Eh! Apa pulak aku? Zamir aku nakcampak mana?”
“Tahu pun. Dah tu, yang kau sibuksangat pasal bos aku tukenapa?”
“Bukan aku. Kaulah! Tak salah kalaukau cuba, kan? Aku tengok tadi bukan main lagi Tengku tu tenung kau. Tak tolehkiri kanan pun. Aku rasakan, dia syok kat kaulah!”
Pantas Irish mengangkat tangannyasebagai isyarat agar Athirah berhenti dari berbicara. Dan serentak itu satugetaran halus menjalar di tangkai hatinya.
“Kausebut lagi pasal tu lepas ni, kau balik sendiri!”
Irish langsung mempercepatkan langkahnya menuju ke kereta yang hanya beberapa metersahaja di hadapan. Malas dia mahu melayan Athirah lagi.
Athirah semakin terpinga-pingadengan tingkah rakannya. “Yang dia nak sentap sangat ni kenapa? Aku main-main aje. Kalau betul pun, apa salahnya?” Dia mengomel sendirian tanpa menyedariIrish sudah jauh berjalan meninggalkannya di hadapan.
“Eh, Irish! Tunggu! Okey, okey. Aku tak sebut lagi dah!”