SPECIAL
TEASER 6
KEADAAN di dalam kereta senyap sunyi sahaja tanpa sebarang perbualan.
Sesekali Tengku Harrys menjeling ke sisinya, melihat Irish yang hanya duduk
diam tidak berkata. Tiada tanda-tanda gadis itu ingin berbual-bual bersamanya.
Lelaki itu tersenyum nipis. Kacamata hitam yang sedikit melurut, dibetulkan
kembali kedudukannya.
“Senyap je.”
“Hmm?”
Spontan Irish menoleh ke sebelah. Habis terbang segala lamunannya dek teguran
itu. “Tengku cakap dengan saya ke?”
“Entah.
Cuba tengok kat seat belakang tu. Ada
orang kut!”
Mendengarkan
itu, terus mata Irish melilau melihat tempat duduk belakang. Namun kerusi
tersebut kelihatan kosong sahaja. Irish kembali memandang Tengku Harrys.
“Mana
ada orang.”
“Tak ada
orang? Maknanya saya bercakap dengan awaklah, kan?”
Irish
mengetap bibir. Sedar dirinya sudah terkena. Lalu dia kembali membuang pandang
ke luar jendela. ‘Sabar, Irish. Sabar. Ada ubi ada batas.’
Tengku Harrys cuba menyembunyikan senyumannya di balik
tangan. Dia tahu dia telah mengundang rajuk Irish. Tetapi dia suka. Dia suka
dengan momen sebegini. Ini kali pertama kerusi di sebelahnya kembali terisi
dengan tuannya. Selama hari ini hanya bayangan gadis itu sahaja yang menemani.
Tetapi hari ini, tiada bayangan lagi. Sebaliknya dia sedang berdepan dengan
kenyataan bahawa Irish telah kembali semula ke sisi. Dan dia mengharapkan
keadaan ini akan kekal sampai bila-bila.
Tengku
Harrys mengerling ke arah Irish sekali lagi. Tidak banyak yang berubah tentang
gadis ini. Segalanya masih sama seperti dulu. Cuma satu perkara yang sudah
banyak kali dia perasan, gadis di sebelahnya ini sudah tidak sependiam dulu.
Walaupun masih terselit juga sifat itu kadangkala, tetapi sekurang-kurangnya
sudah banyak kedengaran suaranya bila bercakap. Dan satu lagi perubahan pada
Irish adalah dari segi penampilannya. Irish yang kini nampak lebih berkeyakinan.
“Tak
sudi nak cakap dengan saya?”
Perlahan
Irish mengalihkan pandangannya pada Tengku Harrys semula. Niatnya untuk
membiarkan sahaja lelaki itu kerana mengenakannya tadi, serta-merta pergi.
“Tak
adalah.”
“Then, dari tadi asyik pandang luar?”
“Saya
ingat Tengku yang tak nak cakap dengan saya.”
“Ada ke
saya cakap macam tu?”
“Tak.”
“So, what’s the problem?”
Irish
tertunduk membisu. Dia tidak nampak apa-apa masalah pun. Cuma dirinya sahaja
yang tidak berani untuk bercakap dengan lelaki di sebelahnya. Memikirkan sikap
dingin Tengku Harrys terhadapnya, juga mengenangkan segala penjelasan Izzul
tentang lelaki ini selama ketiadaannya, ke mana harus dicampakkan selaut rasa
bersalah yang sedang bersarang dalam diri? Pada lelaki ini? Pada keluarganya?
Semua itu benar-benar mendera jiwa serta perasaannya.
“Irish?”
“Hmm?”
“Are you okay?”
“Ya.”
“Marah
pasal tadi?”
“Tak ada
sebab saya nak marahkan Tengku.”
“Then, talk to me. Or you want me to keep
avoiding you forever?”
Irish
memejamkan mata. Nafasnya dihela dengan perlahan sebelum kembali memandang
Tengku Harrys. “Okay. Tengku nak
cakap apa?”
“Apa je.
Tapi sebelum tu, can you please stop
calling me Tengku.”
“Kenapa
pulak?”
“Saya
tak suka.”
“Selama
ni saya tengok Tengku okay je?”
“I ever request it once, Irish. Lupa?”
Serta-merta
ingatan Irish kembali melayang pada undangan makan malam di villa Tengku Haiyan
dulu. Waktu dia mencuci pinggan di dapur seorang diri dan lelaki itu
menemaninya. Ketika itulah Tengku Harrys memintanya agar menukar panggilan
tersebut.
“Tapi
nanti apa orang lain cakap?”
“Awak
pentingkan cakap orang lain atau pentingkan perasaan saya? Kalau awak boleh
buat pada abang saya, kenapa tak dengan saya? Lagipun saya tunang awak. Remember that.” “Jadi, Tengku nak saya panggil macam mana?”
“Up to you.Selagi bukan Tengku. Tapi
saya tak paksa. Awak boleh teruskan dengan panggilan tu kalau awak selesa. Cuma
jangan salahkan saya kalau saya pun terus treat
awak macam orang asing, Irish. What we
give, we get back. Isn’t it?”
Tengku Harrys merenung mata Irish di sebalik kacamata
hitamnya saat kereta terhenti di lampu merah. Dan renungannya hanya berakhir
setelah lampu isyarat di hadapan bertukar menjadi hijau. Terus sahaja kakinya
menekan pedal minyak sebelum kereta BMW 6 Coupe itu menderu laju di
tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.