Home Novel Cinta BaYaNGaN GuRaUaN
Special Teaser 10 (FINALE)


SPECIAL TEASER 10 (FINALE) 


“Boleh saya tanya sesuatu?” pinta Tengku Harrys seraya memalingkan tubuhnya membelakangi Irish. Perlahan dia menghampiri jendela bilik tersebut sebelum pandangannya dilemparkan ke arah luar.

“Apa dia?”

“Pertemuan awak dengan Reza tempoh hari.”

“Kenapa?”

Did you tell your family about that?”

“Kenapa tiba-tiba tanya?”

I just want to know.”

“Tak. Saya tak bagitahu. Dan saya rasa tak perlu untuk sesiapa tahu.”

Tengku Harrys terdiam. Jawapan itu sedikit melegakannya. Kalau boleh dia tidak mahu ada timbul masalah lain sekiranya berita tentang pertemuan itu tersebar. Baik keluarganya mahupun keluarga Irish.

“Awak masih teringatkan dia?”

“Siapa?

“Reza.”

“Kenapa mesti saya nak teringatkan dia?”

Only you have the answer.”

Irish menghela nafas. “Reza dah lama mati dari hidup saya. Sejak hari dia ambil keputusan untuk tinggalkan saya. Jadi tak ada sebab untuk saya ingatkan dia lagi.”

“Perasaan awak pada dia?”

Zero. Or negative. Itu lebih baik saya rasa.”

Have someone replaced him?”

Lambat-lambat Irish menjawab. “Mungkin.”

Tengku Harrys tersenyum nipis. ‘Nampaknya kau masih tak nak berterus-terang, Irish. Tepat seperti jangkaan aku!’ detiknya. Tengku Harrys berpusing semula menghadap Irish. Gadis itu dilihat sedang merenung jambangan mawar pemberiannya.

“Suka bunga tu?”

Irish mendongak. “Tiba-tiba bagi bunga. Kenapa?”

Cause I only have you.”

Seketika mata kedua-duanya berlaga, menghadirkan satu perasaan halus dalam jiwa. Dan Irish tertunduk semula bila wajahnya terasa mula membahang.

“Terima kasih,” ucap gadis itu tersenyum. Tanpa sedar senyumannya itu telah membuatkan sekeping hati berdebar tidak menentu. Tengku Harrys kembali menghampiri Irish. Kali ini lebih dekat.

“Saya rasa nak tengok muka awak puas-puas sebelum pergi.”

Irish mengangkat wajahnya kembali. “Kenapa cakap macam tu?”

“Entah. Rasa macam saya takkan dapat tengok senyuman manis tu lagi bila balik ke sini nanti.”

“Harrys!” tingkah Irish. Entah kenapa kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu semakin lama semakin membuatkan dia berasa tidak sedap hati.

“Rantai yang saya bagi dulu, you still wear it?”

“Saya tak pernah tanggalkan. Walaupun masa saya tak ada kat sini.”

Thanks. Keep wearing it. Wherever you are, and no matter what will happen to me.”

“Harrys. Kenapa cakap macam ni? Jangan buat saya takut!”

Tengku Harrys tegar mendiamkan diri. Kata-kata Irish dibiarkan berlalu sahaja bersama angin. Hanya wajah gadis itu yang terus-terusan direnung selagi kesempatan tersebut masih ada. Sekurang-kurangnya ia mampu menjadi peneman sepanjang dia berada di Brunei nanti.

“Boleh jaga diri awak untuk saya?”

Irish mengangguk perlahan.

“Tunggu saya dengan senyuman tu?”

Sekali lagi Irish membalasnya dengan sebuah anggukkan.

“Janji dengan saya, Irish.”

“Janji apa?

“Janji awak takkan pernah tinggalkan saya lagi lepas ni.”

“Kalau saya mungkiri?” soal Irish, sengaja ingin menduga lelaki di hadapannya.

“Biarlah ajal yang menjadi penyebab. Bukan yang lain.”

“Apa maksud awak?”

Nothing. Seems like I have to go now.”

Tengku Harrys menghela nafasnya sekali lagi. Wajah Irish terus direnung untuk kesekian kali. Agak lama kali ini.

I’m going to miss you.”

Irish hanya mendengar ucapan itu bersama mata yang kembali berkaca.

“Saya pergi dulu.Assalamualaikum.” Serentak itu Tengku Harrys menghayun kakinya meninggalkan bilik tersebut.

“Harrys...,” panggil Irish sewaktu lelaki itu sudah menghampiri pintu. Tengku Harrys memusingkan semula tubuhnya.

“Saya pegang janji tu. Saya tunggu awak balik.”

Lelaki itu mengukir senyum. Kemudian dia mengorak semula langkahnya. Sebelum keluar sempat lagi dia menghadiahkan sebuah renungan terakhir kali buat Irish.

Irish hanya mampu berdiri kaku di tempatnya sambil menghantar kepergian Tengku Harrys dengan satu pandangan. Dia tidak tahu mengapa hatinya terasa berat untuk melepaskan lelaki itu pergi. Yang pasti tingkah laku Tengku Harrys sebentar tadi benar-benar buatkannya tidak tenang saat ini.



Previous: Special Teaser 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.