SPECIAL
TEASER 5
“ARE you
okay?” suara Tengku
Harrys memecah kesunyian sambil mengerling sekilas gadis di sebelahnya yang
hanya diam tidak berkutik. Sejak meninggalkan rumah semasa dia menjemputnya
tadi sehinggalah ke saat ini, dilihat Irish hanya membisu seribu bahasa sambil
membuang pandang ke luar tingkap. Rutin yang biasa dilakukan setiap kali berada
di dalam kereta bersamanya. Sedikit pun gadis itu tidak melihat ke arahnya.
Teguran
itu menyentakkan Irish dari lamunan. Segera dia menoleh. “Hmm.”
“Tak
sihat ke?” soal Tengku Harrys lagi bila jawapan yang diberikan Irish tadi tidak
menyakinkannya.
“Taklah.
Saya okay.”
Hanya
itu jawapan yang terbit dari mulut Irish. Dia kemudian mengalihkan semula
pandangan ke luar. Apa yang diucapkannya sebentar tadi nyata berbeza sama
sekali dengan apa yang dirasakan saat ini. Tidak tahu mengapa hatinya resah
untuk hadir ke majlis yang diadakan di rumah Tengku Arham sebentar nanti. Malah
semasa Tengku Harrys memaklumkan tentang perkara itu di pejabat semalam,
hatinya berbelah bahagi untuk menerima pelawaan tersebut. Tetapi bila mengenangkan
perasaan lelaki itu serta ahli keluarganya yang lain, dia jadi tidak sampai
hati untuk berkata tidak.
“Awak
tak okay ke nak pergi rumah Pak
Ngah?”
Sekali
lagi Irish menoleh. Lelaki ini tahu sahaja apa yang tersirat dalam hatinya.
“Kalau
tak okay, we don’t have to go.”
“Eh, tak
adalah. Saya okay.”
“Habis
tu, kenapa diam je?”
“Saya
tak tahu nak cakap apa.”
Jawapan
itu mengundang tawa di bibir Tengku Harrys. Sekilas dia mengerling ke sebelah.
Irish kelihatan cantik malam ini. Hanya dengan dandanan ringkas serta
penampilan yang sederhana sudah cukup untuk membuatkan gadis itu kelihatan
menarik di matanya.
Kereta BMW 6 Coupe itu terus memecut
laju membelah malam untuk sampai ke destinasi yang dituju. Selang beberapa
minit berlalu, ia tiba di hadapan sebuah banglo mewah yang diterangi kerlipan
cahaya lampu.
“Come.”
Tengku Harrys sudah berkira-kira
untuk melangkah sebaik punat alarm
kereta ditekan. Namun niatnya terhenti bila melihat Irish hanya tegak berdiri
di sisi keretanya. Dia tahu Irish tidak selesa untuk ke majlis malam ini. Riak
wajah gadis itu sudah cukup untuk menjelaskan. Perlahan Tengku Harrys bergerak
merapati gadis itu.
“Don’t worry. I’m
here with you.”
Dengan separuh hati, Irish menuruti langkah Tengku
Harrys. Dari jauh sudah terlihat kelibat Tengku Hafiy sedang bersembang bersama
Helena di salah sebuah meja di laman banglo itu. Lansung Tengku Harrys membawa
Irish untuk duduk menyertai mereka.
“Hai, guys! Dah lama sampai?”
Satu
suara menyapa tiba-tiba saat mereka berempat sedang rancak bersembang,
sekaligus mematikan perbualan di meja itu.
“Hai,
Lissa. Lama tak lamalah. Anyway girl,
happy advanced birthday!”
Ucapan
itu membuatkan Tengku Melissa tergelak. “Thanks,
Fiy! Belum masanya lagi dah sambut, kan? I tak nak tapi my mom nak
buat sekali. So, ikut jelah.”
“Okaylah tu. Untung ada orang nak
buatkan. Yang youtak siap lagi ni
kenapa? Bukan majlis dah nak start
ke?” Tengku Hafiy bertanya bila melihatkan sepupunya itu hanya berpakaian biasa
sahaja di tengah-tengah orang ramai begini. Sedikit pelik baginya kerana Tengku
Melissa yang dia kenal tidak gemar berjumpa dengan orang sebelum dirinya
‘lengkap’ terlebih dahulu.
“Itu
masalahnya sekarang! Baju yang I
tempah khas untuk malam ni boleh tak siap! Tu yang I tengah pening kepala nak pakai baju apa ni!”
“Alaa,
Lissa. Apa susah. You kan banyak collections dalam wardrobe. Pakai jelah balik. Bukan orang tahu pun.”
“Hmm...
betul jugak cakap you, Fiy. That’s a good idea. But... I need someone’s help to assist me might be.”
“Untuk apa?”
“Tolong I pilihkan baju yang sesuailah. Ermm…
Irish. You boleh tolong I, kan?”
“Hmm?” Irish sedikit kaget. Perlahan
dia menoleh Helena di sebelah, kemudian Tengku Hafiy sebelum berakhir pada
Tengku Harrys di hadapannya. ‘Macam mana ni? Nak ikut ke tak nak? Yang jantung
aku ni pun tiba-tiba berdebar ni kenapa pulak!’
“Boleh,
Irish?”
Irish
kembali mendongak memandang Tengku Melissa. Serba salah diri jadinya. Separuh
hatinya ingin mengatakan ‘ya’ untuk membantu. Tetapi separuh hatinya lagi
begitu berat untuk menunaikan permintaan tersebut.
“Irish? Are you okay with that?”
“Ya.
Boleh.”
“Alright! Thank you! So, jom. Kita
naik atas pergi bilik I. “
Dalam
separuh rela Irish bangun juga dari kerusinya. Namun sebelum melangkah, sempat
dia melirik pada Tengku Harrys dengan satu pandangan yang agak berat.
“Rys,
kau tak rasa pelik ke?” Tengku Hafiy menyoal setelah Irish dan Tengku Melissa
meninggalkan meja tersebut.
“Pelik
kenapa?”
“Tak
adalah. Abang macam pelik je tengok si Lissa tu malam ni. Biasa everything she wear from the top to bottom,
mana pernah minta pendapat orang. Selalu ikut tastedia.Semua orang
tahu kut! Tapi malam ni minta tolong orang lain, dengan Irish pulak tu, orang
yang dia tak familiar. Don’t you think that something smell fishy
here?”
“El pun
rasa macam tak sedap hati jugak. Bukan nak sangka buruk. Cuma risaukan Irish
je. Dia pertama kali ke sini,” tambah Helena.
Tengku
Harrys terdiam. Wajah Tengku Hafiy dan Helena ditenung silih berganti. Ingatkan
hanya dia seorang yang berperasaan demikian. Ikutkan memang dia tidak mahu
Irish pergi tadi. Namun dia tidak mahu terlalu cepat membuat andaian.
“Tak ada apa kut. She’ll
be fine.” Akhirnya Tengku Harrys bersuara.
“Tak apa! Kita tunggu dulu. Kalau dalam masa setengah jam
Irish tak keluar jugak, kita masuk cari dia. Jadi apa-apa kat Irish, masak
abang nak jawab dengan Izzul nanti!”
***** INTERMISSION *****