Home Novel Cinta BaYaNGaN GuRaUaN
Bab 26


PAGI itu Haiyan Holdingsdidatangi seorang gadis berambut perang yang agak asing bagi sebahagian pekerjadi situ. Gayanya yang begitu elegan dan seksi mampu menarik perhatian sesiapasahaja yang memandang. Sesetengah mereka mungkin memuji kecantikan sertaketerampilannya. Namun ada juga yang tidak berkenan dengan imejnya yang agakkebaratan itu.     

Your boss ada?” soal gadis itu tanpa secalit senyuman menghiasi bibir.    

“Maksudcik, Tengku Harrys?”

Why? Howmany bosses do you have?” Sedikit meninggi suara gadis itu kali ini.

“Maafya, cik. Memang bossayaTengku Harrys. Tapi Tengku Haiyan dan Tengku Hafiy pun boskat sini. Jadi tak salahkan kalau saya nak kepastian daricik.”

Sedikit berubah wajah gadis itu mendengar kata-kata Natasya. Baru saja dia inginmembalas kata-kata tersebut, kedengaran pintu bilik terkuak.

You watch out, okay!” tingkahnya bagai memberi amaran sebelum beredar. Namun Natasyasekadar mencebik tanda tidak menghiraukan amaran tersebut.

“Apa-apalah perempuan! Kau yang datang tempat orang, salam tak ada, nak marah-marah pulak.Ingat aku hairan!”

“Hei! Membebel sorang-sorang ni kenapa?” sergah Insyirah melihatkan rakannya mengomelsendirian sambil memegang beberapa fail untuk dibawa ke bilik Tengku Harrys.

“Tu! Minah salleh celup tu!”

“Siapa tu?”

“Entah. Pagi-pagi dah buat hal!” Natasya menjongketkan bahu tanda tidak mengetahuigerangan gadis tersebut. Pantang betul dia orang yang tidak tahu adab sepertiitu.

“Hai, cousin!”

“Eh, Lissa!” Tengku Hafiy yang baru keluar dari bilik adiknya, sedikit terkejutdengan kehadiran gadis itu secara tiba-tiba. “What a surprise!Bila balik?”

“Malam tadi. Tu yang datang sini. Saja nak buat surprise.”

“Sorang aje? Zafran mana?”

“Tidur lagi kat rumah tu. Kejutkan jugak tadi mintak dia temankan I ke sini. Worthless!”

Tengku Hafiy tergelak kecil. “I tak tahu pulak youdengan Zafran dah balik. Tak dengar apa-apa news pun?” jelas TengkuHafiy. Memang dia tidak mendengar sebarang berita sama ada dari mama ataupapanya. Biasanya kedua-dua orang tuanya akan maklumkan kepulangan dua beradikitu. Itupun melalui pak ngahnya, Tengku Arham. “Sajatak nak bagitahu. Nama pun surprise, kan. Hmm... Harrys ada, Fiy?”

“Adadalam bilik dia. We all ada discussion sikit tadi.”

So,dah habis kan? Bolehlah kalau I nakjumpa dia.”

“Yup. Tapi dia tengah discusslagi dengan assistant dia. Kalau nasib you baik, baiklah kut. Macam you tak kenal si Harrys tu.”

TengkuMelissa hanya tersenyum. Memang dia kenal sangat dengan perangai sepupunya yangseorang itu. Kalau sedang melakukan sesuatu kerja memang serius. Jangan adasesiapa pun yang cuba mengganggunya. “Tak apa.I cuba dulu.”

Okay.Good Luck!” Tengku Hafiy meninggalkan Tengku Melissa lalu melangkah kebiliknya. Banyak urusan yang perlu diselesaikannya hari ini.

Tengku Melissa menghampiri pintu bilik pejabat Tengku Harrys. Terasa ada sedikit debarandi dadanya. Sudah lama dia tidak bertemu jejaka itu. Seingatnya hampir duatahun sejak dia dan abangnya tidak pulang ke Malaysia. Gadis itu cubamenenangkan diri sebelum mengetuk pintu bilik tersebut. Sejurus itu, kedengaransuara lelaki memberi arahan masuk dari dalam.

Sebaik melangkah masuk, mata Tengku Melissa terus menangkap sesusuk tubuh yang segakdengan pakaian lengkap pejabat sedang khusyuk meneliti fail di atas meja.Kemudian matanya dihala pula pada seorang gadis yang duduk berhadapan lelaki itu,juga sedang menatap fail di hadapannya. Kedua-keduanya nampak serius.

Yes, Tasya. Ada apa?” Tengku Harrys bersuara tanpa mengangkat wajahnya.  

“Tengku Harrys Damien.”

Spontan lelaki itu mendongak apabila nama penuhnya disebut. Keningnya berkerut. Sedikithairan apabila gadis yang sedang berdiri di hadapannya itu tiba-tiba muncul.Irish yang berada di situ, turut menoleh.

“Lissa.”

“Hai! Long time no see you. How are you, my dear cousin?” sapa Tengku Melissa mesra.

Dua tahun tidak berjumpa, banyak perubahan yang dilihat pada diri Tengku Harrys. Makinkacak dan segak lelaki di hadapannya ini. Lelaki yang dalam diam dipujanyasejak zaman sekolah lagi. Cuma satu sahaja yang tidak berubah tentang lelakiitu, senyumannya. Dari dulu memang sukar untuk melihat senyuman terukir dibibir lelaki itu.

Fine. Bila sampai?”

Last night. Tu yangIterusdatang sini pagi-pagi ni. Rindu nak jumpayou!”

Irish yang hanya menjadi pemerhati semenjak gadis yang dipanggil Lissa itu masuk kebilik ini tadi, semakin tidak selesa untuk berada di bilik tersebut. Dan kegelisahannyaitu turut disedari Tengku Harrys yang sedang memandang ke arahnya. 

“You busy ke, Rys? I ingat nak ajak you lunch hari ni.”

Tengku Melissa menghampiri Tengku Harrys lalu duduk di sisi lelaki itu sebelum memeluklehernya tanpa menghiraukan Irish. Sekali lagi mata Tengku Harrys tepatmemandang wajah Irish. Merona merah muka gadis itu. Dia sendiri terkejutdiperlakukan sedemikian. Selama ini tidak ada seorang pun perempuan yang beranimendekati, apatah lagi menyentuhnya begini.

SorryLissa. I’m really busy right now. You ajaklah orang lain.” TengkuHarrys menolak semula tangan gadis itu agar tidak terus berkelakuan sedemikian.

“Ala...you ni. I baru balik. Jomlah lunch dengan I. Then temankan Ishopping, bolehkan?” Sekali lagi Tengku Melissa memaut leher TengkuHarrys.

Tidak betah lagi melihat keadaan itu, Irish langsung mengemas barang-barangnya untukberedar. “Err... saya keluar dulu, Tengku. Kita sambung kemudian,” ujarnya.

Tanpa memandang kedua-dua mereka di hadapan, Irish terus beredar walaupun TengkuHarrys tidak berkata apa-apa. Cepat kakinya melangkah menghampiri pintu tanpamenoleh ke belakang lagi.

‘Fuh! Nasib baik. Selamat aku!’ Irish tersandar di pintu sebaik keluar dari bilikTengku Harrys. Lega rasanya dia dapat meloloskan diri dari kedua-dua manusia itu.Pantas langkahnya diatur kembali menuju ke biliknya.

“Cik Irish!”

“Hmm?” Sekali lagi jantung Irish bagaikan ingin luruh dengan teriakan itu. Sudahlahkejutan di bilik Tengku Harrys tadi belum hilang, sekarang yang ini pula. 

“Cik Irish okey ke? Cemas semacam aje.Kenapa? Ada masalah ke?” Insyirah yang masih lagi berada di meja Natasya,bertanya apabila melihatkan ketuanya itu tergesa-gesa keluar dari bilik TengkuHarrys.

Perlahan Irish menghampiri mereka. “Banyaknya soalan. Mana satu saya kena jawab?”

“Alamak,Cik Irish. Sorry!”

“Cik Irish kenapa? Keluar tergesa-gesa macam baru nampak hantu aje dalam bilik bos saya tu. Ke sebab minah sallehcelup tu?” Natasya menyoal pula.

“Minah salleh celup?”

“Alaa...perempuan dalam bilik Tengku Harrys tu lah, Cik Irish. Siapa lagi!”

“Oh...maksud awak Lissa?” 

“Ooo...itu Tengku Melissa ke? Awat lain benar rupa dia? Tak macam dulu.”

“Kau kenal ke, In? Siapa dia tu?” tanya Natasya.Maklumlah, Insyirah sudah berkhidmat lama di sini. Sedangkan dia masih barusejak menyandang jawatan sebagai setiausaha TengkuHarrys. Jadi, dia tidak begitu mengenali orang-orang yang pernah datang ke sinisebelum ini.

“Dia tu sepupu Tengku Hafiy dengan Tengku Harrys. Kiranya anak buah our big bosslah.Tapi rupa dia lain sikitlah, tak macam dulu. Tu yang aku tak cam tadi.” 

  “Oh, macam tu ke? Tak kiralah sepupu ke, anakbuah ke, apa ke. Beradablah sikit. Harap muka aje cantik, tapi perangai, sedih!”Natasya terus meluahkan rasa marahnya. Nampak benar dia tidak berkenan dengangadis itu sejak dari awal tadi.

“Memang dari dulu dia macam tu. Tak ada sesiapa pun yang suka, Tasya. Bertuahlah kalauada yang suka.”

“Hmm... pun! Eh, yang Cik Irish ni pun belum jawab soalan lagi. Kenapa tiba-tibaCik Irish keluar macam tu aje tadi?”

“Tak ada apalah, Tasya. Rasa macam saya mengganggu kat dalam tu. So, sayakeluar.”  

“Iyake ni, Cik Irish?” Insyirah seakan tidak berpuas hati dengan jawapan itu.

Baru sahaja gadis itu ingin membuka mulut untuk bertanya lagi, terdengar bunyi suaraorang sedang marah dari arah bilik Tengku Harrys. Sesaat kemudian, pintu bilikitu terbuka. Kelibat Tengku Harrys muncul sebelum lelaki itu berdiri di mukapintu sambil berpeluk tubuh.

“Sampa ihati you halauI macam ni, Harrys!”

“I tak halau. Idah cakap baik-baik, tapi youyang tak faham.”

“I cuma mintak you temankanI,itu aje. Susah sangat ke?”

I’m very busy, Lissa. So, please!” Tengku Harrys menunjukkan isyarat padaTengku Melissa agar segera beredar dari biliknya. Sebolehnya dia cuba menahannada suaranya agar tidak didengari semua yang berada di tingkat itu.

Okay, fine! Today is your day, Harrys!”

Tanpa menunggu lagi, Tengku Melissa segera berlalu meninggalkan tempat itu dengan wajah merah padam. Kecewa dilayan sebegituoleh Tengku Harrys. Sangkanya lelaki itu sudah berubah, tetapi hatinya tetapkeras seperti dulu.

Natasya, Insyirah serta Irish pula hanya kaku menyaksikan adegan tersebut. Masing-masingkecut perut melihatkan kemarahan Tengku Harrys. Ini kali pertama mereka melihatlelaki itu berkeadaan seperti ini.

“Irish!”

“Hmm?”Spontan Irish menyahut panggilan itu.

“Masuk bilik saya!”  

Tanpa menunggu sebarang jawapan, lelaki itu masuk semula ke dalam biliknya.Terpinga-pinga Irish. Dipandangnya Natasya dan Insyirah silih berganti, bagaimemohon pertolongan. Namun, kedua-dua gadis itu sekadar menjongketkan bahu.

Sorry,Cik Irish. Bab-bab ni kita orang tak boleh nak handle!ujarNatasya sambil tersengih. Irish mengeluh akur.

“Dan ini fail-fail yang Cik Irish mintak tadi.” Insyirah menyerahkan beberapa buah faildi tangannya kepada Irish. “Ingat nak bagi dari tadi. Tapi ada tetamu tu...”

“Tak apa. Terima kasih, In.”

Dengan langkah longlai, Irish memasuki semula bilik Tengku Harrys. Melangkah saja kemuka pintu, renungan Tengku Harrys lebih dulu menyapanya. Tanpa menghiraukanpandangan tersebut, Irish menutup kembali pintu dan terus mengambil tempat yangditinggalkannya tadi. Fail-fail di tangan lantas diletakkan di atas meja laludibuka.

“Kenapa keluar tadi?”

“Hmm?” 

“Ada saya benarkan?”

 Irish menundukkan wajahnya. Agak lama diaterdiam.

“Ada saya benarkan?” Sekali lagi Tengku Harrys menyoal.

“Tak ada.”

So, kenapa keluar?”

“Saya cuma tak nak mengganggu.”

“Tak nak mengganggu atau tak sanggup nak tengok saya kena peluk macam tu?” 

Serta-merta Irish memandang Tengku Harrys yang masih lagi merenung ke arahnya. Sedikitterkejut dengan kata-kata lelaki itu. ‘Hmm... kenapa pulak dia ni?’

Am I right, Miss Irish Qiara?”

“Err... saya cuma tak nak mengganggu. Itu aje. Boleh kita sambung discussiontadi?”

Tanpa menunggu jawapan lelaki itu, Irish meneruskan tugasnya yang tergendala dekkehadiran Tengku Melissa sebentar tadi. Dia cuba berlagak tenang sambilmeneliti satu per satu dokumen di depan mata walaupun sedar renungan TengkuHarrys masih melekat di wajahnya.

‘Biarkanlah.Kau tak buat salah apa-apa pun, Irish. Tak perlu takut.’

Next time bertindak mengikut arahan. I am your boss. Jadi apapun awakbuat, waktu dengan saya, mesti dapat izin saya dulu. Selagi saya tak suruhpergi, stay with me. Understand?”

Irish hanya membatukan diri. Soalan tadi hanya dibiarkanberlalu tanpa jawapan.

“Irish Qiara...” “Yes, Tengku!” sahut Irish sebelum sempat TengkuHarrys menghabiskan ayatnya. Bimbang sekiranya angin tak baik lelaki itu datanglagi seperti tadi. Sedikit pun tidak diangkat wajahnya. Tidak berani untukmenentang renungan lelaki di hadapan. 

Mata Tengku Harrys masih tidak lepas dari memandangIrish. Entah kenapa emosinya agak terganggu hari ini. Ditambah dengan kehadiranTengku Melissa ke sini secara mengejut. Serta-merta ingatannya melayang padaperbualan bersama mamanya lewat malam tadi. Mengingatkan itu, rasa marahnyakembali menerjah. Pantas kepalanya disandarkan pada kerusi. Matanya turut dipejamkan.Cuba mengusir segala andaian yang muncul di benak ketika ini.

Seminit dua, kelopak matanya dibuka semula. Wajah Irishkembali menerpa. Melihat saja wajah gadis itu membuatkan hatinya sedikittenang. Dia memerlukan beberapa minit lagi untuk terus menatap wajah mulus itu bagimenghilangkan segala rasa yang sedang berperang di dalam jiwanya saat ini.

 

“RUGI betul aku tak tengokdrama pagi tadi. Mesti gempak, kan?” Begitu teruja Zaryn mendengar cerita Insyirahdan Natasya mengenai insiden yang berlaku pagi tadi. Tengah hari itu merekamakan seperti biasa di kedai makan Mak Ani.

“Itulah,memang rugi Ryn. Kau patut tengok macam mana muka minah salleh celup tu kenamarah dengan Tengku Harrys. Merah padam! Betul tak, In?”

“Memang patut Tengku Harrys buat macam tu. Perempuan gedik tu aje ubatnya!”

“Mesti ada sebabnya Tengku Harrys marah sampai macam tu. Sebelum ni tak pernah pun. Coolaje dia,” celah Kak Maisarah pula.

“Ha! Yang tu kena tanya Cik Irish. Sebab Cik Irish yang ada dalam bilik bossmasa mula-mula Tengku Melissa masuk.”

Kata-kata Natasya itu menyebabkan semua mata tertumpu pada Irish.

“Betul ke Cik Irish? Awatnya sampai jadi macam tu?”

“Eh!Tak adalah, Zaryn. Dengarlah cakap Tasya tu. Saya tak tahu apa-apa pun.”

“Alaa...Cik Irish. Cerita ajelah. Kita orang cuma nak tahu,” pinta Zaryn lagi.

“Betul.Saya tak tahu apa-apa pun. Lepas Tengku Melissa masuk, saya terus keluar dari

 bilik tu. Tak naklah ganggu privacy diaorang.”

“Memang sejak dulu Tengku Harrys tak berapalayan cousin dia tu, kan. Tengok ajelah masa annual dinnersyarikat dulu. Tengku Melissa tu aje yang dok tergedik-gedik, tapi TengkuHarrys mana layan pun. Tak kuasa betul akak tengok!” Kak Maisarah pula melampiaskan  rasageramnya. Hampir tujuh tahun bekerja di Haiyan Holdings, sedikit sebanyak diaturut mengetahui apa yang berlaku di syarikat tersebut.

“Eeuw! Itu perempuan tak ada rasa malu, maa! What’s wrong with her?”

“Mentallah kalau dah macam tu, Elaine! Dah orang tak layan yang dia nak terhegeh-hegehbuat apa!”

“Sabar, Tasya.” Irish cuba menenangkan Natasya di sebelahnya.

“Saya ni bukan apa, Cik Irish. Kita orang Malaysia ada adab, kan? Berbudi bahasalahsikit. Ini tidak, dahlah masuk tempat orang, lepas tu nak marah-marah pulak.Ha... kan dah kena marah balik! Padan dengan muka dia!”

“Sabar ajelah, Tasya. Nak buat macam mana. Dah memang perangai dia lagu tu. PatutTengku Harrys tak layan dari dulu. Cuba macam Cik Irish, memang cairlah TengkuHarrys tu!”

“Tak adalah, Kak Mai. Kalau hati dah suka, teruk mana pun kena terima.” Irishmeluahkan pendapatnya. Ingatannya terus melayang pada kejadian di bilik TengkuHarrys pagi tadi saat sepupu lelaki itu memaut lehernya. Dilihat Tengku Harryshanya membiarkan sahaja dirinya diperlakukan sebegitu. Menolak tidak,membiarkannya pun tidak.

‘Tak suka, ya. Memang lelaki macam tu agaknya. Luar kata lain, dalam hati siapatahu?’

“Tak apa. Hari ni aku tak dapat tengok. Kita tunggu masa annual dinnersyarikat minggu depan. Tak sabar aku nak tengok drama apa pulak kali ni!” Tersenyum-senyumZaryn menuturkan kata-katanya.

“Aku setuju! Aku pun tak sabar nak tengok next acting minah salleh celup tu!”

“Yang you Tasya tak habis-habispanggil itu amoi macam tu kenapa, maa?”

“Kau patut tengok dia dulu, Elaine. Then kau pun akan setuju dengan panggilanaku ni. Tak sedar diri tu orang Melayu, ada hati nak jadi orang putih. Orangputih pun tak over macam dialah! Kan, In?”

Exactly!”

Perbualan mereka tengah hari itu semakin rancak membicarakan kejadian yang berlaku pagitadi. Perasaan ingin tahu semakin membuak-buak memandangkan inilah kali pertamakejadian sebegini berlaku di Haiyan Holdings.

 

PENUH berhati-hati wanita itu membancuh minuman panas di dalamgelas. Niat ingin melelapkan mata juga terbatal apabila si suami memintasecawan kopi panas di tengah malam.  

“Mama! Tak tidur lagi ke?” 

Bagai hendak terkeluar jantung Tengku Dafina dikejutkansebegitu rupa. Mengucap panjang dia sambil mengusap-usap dada sebelum berpalingke belakang.

“Kamu ni, Hafiy! Kalau ya pun bagilah salam dulu.Terkejut mama dibuatnya!”

Tengku Hafiy sudah mengekek ketawa melihat riak terkejutmamanya. “Sorry, maam!

“Suka! Nasib baik mama tak simbah kamu dengan air panasni tadi!” tingkah wanita itu sambil memukul lembut bahu anaknya yang masih lagiketawa sebelum menyambung semula kerjanya. “Ha! Yang kamu ni tak tidur lagikenapa?”

“Hafiy tengah siapkan kerja sikit kat bilik. Rasa hauspulak. Tu yang turun ni nak minum. Tengok-tengok mama ada kat sini. Sajalah nakusik-usik manja.”

“Usik-usik manja, ya? Kalau mama kena heart attacktadi macam mana? Bermalam kat hospitallah jawabnya!”

“Hisy, merepek aje! Yang mama pun tak tidur lagi kenapa?Haus jugak ke buat air ni?”

“Bukan mama yang haus. Papa kamu tu.”

“Eh! Papa pun belum tidur lagi?

“Belum. Ada kat bilik bacaan tu. Adalah tu kerja yangdibuatnya. Kau orang anak-beranak ni sama aje. Dah tengah malam macam ni punsibuk dengan kerja.” 

“Biasalah, ma. Kalau tak, tak adalah syarikat papa tujadi macam sekarang. Lebih sikit usahanya, lebihlah sikit rezeki yang ALLAHbagi. Tak gitu?”

“Hmm... betullah tu. Ha, kamu nak minum apa? Bolehlahmama buatkan sekali,” tanya Tengku Dafina yang sudah selesai membancuh minumanuntuk suaminya.

Sure ke ni, ma?”

“Yelah. Dah cepat, nak minum apa?”

“Neslo panas. Boleh?”

“Boleh. Tunggu kejap mama buatkan.”

Tengku Hafiy berlalu ke mini bar di ruangan dapur. Sambilmenunggu mamanya menyiapkan minuman, terdetik di hati ingin bertanyakan satuperkara yang tiba-tiba terlintas di benaknya. “Hmm... Hafiy nak tanya mamasikit boleh?”

 “Tanya apa?”

“Mama serius ke dengan hajat mama tu?”

“Hajat apa?”

“Nak pinang adik Izzul.”

Barulah kali ini tangan wanita itu terhenti. Dia kemudianberpaling memandang Tengku Hafiy. “Kenapa kamu tanya macam tu? Nampak ke yangmama ni tak bersungguh-sungguh?” 

“Bukan macam tu. Mama sendiri tahu Harrys tu macam mana.Dan kita pun tak tahu penerimaan Irish nanti macam mana. Setuju ke tidak. Itusatu hal. Keluarga Izzul lagi. Lagipun dia orang tak pernah bercinta. So,it’s quite complicated. Mama dah ready ke?”

“Maksud kamu?”

“Yelah. Mama dah ready dengan apa aje keputusan diaorang? Walaupun mama yang akan kecewa nanti bila hajat mama tu tak kesampaian.”

Sebaik Tengku Hafiy menghabiskan kata-katanya, TengkuDafina kembali memusingkan badan sebelum menyambung kerja. “Sekurang-kurangnyakita cuba, Hafiy. Mereka terima atau tak, itu belakang cerita. Yang pentingmama akan cuba sedaya-upaya untuk penuhi hajat tu. Walaupun keputusan merekananti sebaliknya, mama reda kalau Irish bukan jodoh adik kamu.

Mama dengan papa kamu dulu pun tak bercinta. Kenal pun tak.Tahu-tahu jodoh dah dicarikan oleh atuk dan nenek kamu. Alhamdulillah, bahagiasampai sekarang.” Tengku Dafina menambah bicaranya lagi.

“Itu dulu, ma. Orang muda zaman dulu dengan sekarang dahtak sama. Masing-masing kalau boleh nak cari pasangan sendiri. Baru serasikatanya.”

“Itu cakap orang yang tak nak mencuba. Kahwin denganpilihan sendiri pun ramai jugak yang bercerai-berai, kan? Kalau dah ditakdirkanitu memang jodoh kita, pilihan orang tua pun kalau dapat restu kedua-dua belahkeluarga, insya-ALLAH akan kekal bahagia sampai akhir hayat. Memanglah taksalah nak cari pilihan sendiri. Tapi kalau dah perangai macam adik kamu tu,cuba bagitahu mama sampai bila kita nak tunggu dia dapat calon? Hmm?” bidasTengku Dafina yang sudah selesai kerjanya. Dia kemudian menghampiri TengkuHafiy sambil memegang dua biji gelas di tangan.

“Betul jugak cakap mama tu. Alamat berjanggutlah jawabnyanak tunggu. Entah-entah dalam kepala dia sekarang pun belum tentu terlintas nakcari sorang perempuan buat isteri.”

“Kan? Betul tak? Kamu pun tahu adik kamu tu macam mana.Hai! Manalah hati mama tak risau, Hafiy. Ingat dah balik ke sini berubahlahjugak. Hmm... sama!”

Tengku Hafiy kembali tertawa. Memang begitulah selalunyaapabila cerita berkenaan Tengku Harrys dibangkitkan. Pada dialah tempat mamanyaitu meluahkan kerisauannya. Hendak atau tidak, terpaksalah dia menadah telingamendengar bebelan wanita itu. Namun dia tahu, mamanya itu cuma ingin melihatanak-anaknya hidup bahagia sebelum dia menutup mata.

“Dah. Pergi naik atas siapkan kerja kamu cepat. Nantilewat pulak. Ni air mama dah siapkan. Mama pun nak hantar air papa ni kat bilikbacaan. Tertunggu-tunggu pulak dia nanti,” arah Tengku Dafina sambilmenyerahkan gelas berisi Neslo panas pada anak bujangnya itu.

“Baiklah, maam!” Tengku Hafiy menyambut huluranitu lalu bangun dari kerusi yang diletakkan di mini bar tersebut.“Anyway,thanks ma buatkan air untuk Hafiy,” ucapnya. Sempat lagi dia mengusikmamanya dengan menghadiahkan satu ciuman di pipi wanita itu sebelum berlalupergi, membuatkan Tengku Dafina terjerit kecil.

“Hisy! Dari kecik tak berubah-ubah! Esok dah kahwin taktahulah macam mana!”

“Dah kahwin nanti Hafiy cium pulak pipi wifeHafiy!” balas lelaki itu selamba bersama tawanya yang kedengaran di sebalikdinding dapur.

Tengku Dafina hanya mampu menggeleng melihat kerenahanaknya itu. Dari kecil hinggalah sekarang, sikap cerianya tidak pernah hilang.Berbeza dengan anak lelakinya yang seorang lagi, pendiam dan lebih sukamemendam perasaan. Dua karakter yang amat berbeza, namun sering sependapatdalam semua hal. Kecuali berkenaan perempuan.

‘Ya ALLAH Ya TUHAN-ku, KAU bukakanlah pintu hati anakku.Kumohon agar KAU permudahkan segala urusan untuk melunaskan hajatku nanti!’

 

Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.