SPECIAL
TEASER 10 (FINALE)
“Boleh saya tanya sesuatu?” pinta Tengku Harrys seraya
memalingkan tubuhnya membelakangi Irish. Perlahan dia menghampiri jendela bilik
tersebut sebelum pandangannya dilemparkan ke arah luar.
“Apa
dia?”
“Pertemuan
awak dengan Reza tempoh hari.”
“Kenapa?”
“Did you tell your
family about that?”
“Kenapa tiba-tiba tanya?”
“I just want to
know.”
“Tak. Saya tak bagitahu. Dan saya rasa tak perlu untuk
sesiapa tahu.”
Tengku Harrys terdiam. Jawapan itu sedikit melegakannya.
Kalau boleh dia tidak mahu ada timbul masalah lain sekiranya berita tentang
pertemuan itu tersebar. Baik keluarganya mahupun keluarga Irish.
“Awak masih teringatkan dia?”
“Siapa?
“Reza.”
“Kenapa mesti saya nak teringatkan dia?”
“Only you have the
answer.”
Irish menghela nafas. “Reza dah lama mati dari hidup
saya. Sejak hari dia ambil keputusan untuk tinggalkan saya. Jadi tak ada sebab
untuk saya ingatkan dia lagi.”
“Perasaan awak pada dia?”
“Zero. Or negative.
Itu lebih baik saya rasa.”
“Have someone
replaced him?”
Lambat-lambat Irish menjawab. “Mungkin.”
Tengku Harrys tersenyum nipis. ‘Nampaknya kau masih tak
nak berterus-terang, Irish. Tepat seperti jangkaan aku!’ detiknya. Tengku
Harrys berpusing semula menghadap Irish. Gadis itu dilihat sedang merenung
jambangan mawar pemberiannya.
“Suka bunga tu?”
Irish mendongak. “Tiba-tiba bagi bunga. Kenapa?”
“Cause I only have
you.”
Seketika mata kedua-duanya berlaga, menghadirkan satu
perasaan halus dalam jiwa. Dan Irish tertunduk semula bila wajahnya terasa mula
membahang.
“Terima kasih,” ucap gadis itu tersenyum. Tanpa sedar
senyumannya itu telah membuatkan sekeping hati berdebar tidak menentu. Tengku
Harrys kembali menghampiri Irish. Kali ini lebih dekat.
“Saya rasa nak tengok muka awak puas-puas sebelum pergi.”
Irish mengangkat wajahnya kembali. “Kenapa cakap macam
tu?”
“Entah. Rasa macam saya takkan dapat tengok senyuman
manis tu lagi bila balik ke sini nanti.”
“Harrys!” tingkah Irish. Entah kenapa kata-kata yang
keluar dari mulut lelaki itu semakin lama semakin membuatkan dia berasa tidak
sedap hati.
“Rantai yang saya bagi dulu, you still wear it?”
“Saya tak pernah tanggalkan. Walaupun masa saya tak ada
kat sini.”
“Thanks. Keep
wearing it. Wherever you are, and no
matter what will happen to me.”
“Harrys. Kenapa cakap macam ni? Jangan buat saya takut!”
Tengku Harrys tegar mendiamkan diri. Kata-kata Irish
dibiarkan berlalu sahaja bersama angin. Hanya wajah gadis itu yang
terus-terusan direnung selagi kesempatan tersebut masih ada. Sekurang-kurangnya
ia mampu menjadi peneman sepanjang dia berada di Brunei nanti.
“Boleh jaga diri awak untuk saya?”
Irish mengangguk perlahan.
“Tunggu saya dengan senyuman tu?”
Sekali lagi Irish membalasnya dengan sebuah anggukkan.
“Janji dengan saya, Irish.”
“Janji apa?”
“Janji awak takkan pernah tinggalkan saya lagi lepas ni.”
“Kalau saya mungkiri?” soal Irish, sengaja ingin menduga
lelaki di hadapannya.
“Biarlah ajal yang menjadi penyebab. Bukan yang lain.”
“Apa maksud awak?”
“Nothing. Seems
like I have to go now.”
Tengku Harrys menghela nafasnya sekali lagi. Wajah Irish
terus direnung untuk kesekian kali. Agak lama kali ini.
“I’m going to miss
you.”
Irish hanya mendengar ucapan itu bersama mata yang
kembali berkaca.
“Saya pergi dulu.Assalamualaikum.”
Serentak itu Tengku Harrys menghayun kakinya meninggalkan bilik tersebut.
“Harrys...,” panggil Irish sewaktu lelaki itu sudah
menghampiri pintu. Tengku Harrys memusingkan semula tubuhnya.
“Saya pegang janji tu. Saya tunggu awak balik.”
Lelaki itu mengukir senyum. Kemudian dia mengorak semula
langkahnya. Sebelum keluar sempat lagi dia menghadiahkan sebuah renungan
terakhir kali buat Irish.
Irish hanya mampu berdiri kaku di tempatnya sambil
menghantar kepergian Tengku Harrys dengan satu pandangan. Dia tidak tahu
mengapa hatinya terasa berat untuk melepaskan lelaki itu pergi. Yang pasti
tingkah laku Tengku Harrys sebentar tadi benar-benar buatkannya tidak tenang
saat ini.