SPECIAL
TEASER 4
DETIK waktu menghampiri
jam 11.00 malam sewaktu Tengku Harrys keluar dari bangunan Haiyan Holdings.
Pulangnya agak lewat sedikit malam ini dari yang biasa. Banyak kerja yang perlu
disiapkan berkenaan projek di Brunei itu. Awalnya Irish ada bersama membantu
menyiapkan kerja-kerja tersebut. Namun bila waktu sudah merangkak ke malam, dia
menyuruh gadis itu pulang terlebih dahulu kerana tidak mahu Irish sampai rumah
lewat. Lebih-lebih lagi dengan memandu sendirian.
Baru sahaja kaki ingin melangkah masuk ke dalam kereta,
telefon bimbitnya berdering tiba-tiba. Tengku Harrys menutup pintu semula
sebelum mengeluarkan telefon dari saku seluar. Berkerut keningnya sebaik
melihat nama yang tertera di skrin. ‘Dia nak apa?’ desisnya. Tengku Harrys
berkira-kira sama ada mahu menjawab panggilan itu ataupun membiarkan sahaja.
Dan hatinya lega apabila deringan itu berhenti dengan sendiri. Namun hanya
sekejap bila sesaat kemudian telefonnya kembali berbunyi. Dalam keadaan
terpaksa, Tengku Harrys akhirnya menjawab juga panggilan tersebut.
“Hello.”
“Hello, Harrys! Oh, Thanks God! You jawab jugak call I at last!”
“You nak apa?”
“Harrys, I really need your help rigth now. I tak tahu nak minta tolong
siapa dah!”
“Tolong apa?”
“Kereta I tak boleh start. I kat depan ofis ni. Baru nak balik.”
“Kenapa tak call family you? Or your brother?”
“Sudah. But nobody answering my calls. Please, Harrys! I takut ni. Dah tak
ada siapa-siapa lagi kat sini.”
Tengku Harrys terdiam sejenak. Dia tidak tahu sama ada
Tengku Melissa bercakap benar atau tidak. Tetapi dari nada suara sepupunya itu
memang kedengaran sedikit cemas. Perlukah dia menolong gadis itu? Atau terus
sahaja pulang ke rumah? Tiba-tiba dia jadi serba salah. Jika terjadi apa-apa
pada Tengku Melissa nanti mungkin dirinya juga yang akan dipersalahkan
memandangkan dia orang terakhir yang gadis itu hubungi.
“Harrys? Are you still there?”
“Yes. You just stay in your car. I’ll coming in a few minutes.”
“Oh! Thanks, Harrys. Thanks! Okay. I tunggu sampai you datang!”
Sebaik mematikan talian, Tengku Harrys terus memasuki
keretanya. Walaupun dia sudah berasa tidak sedap hati, namun diteruskan juga
pemanduan menuju ke pejabat milik Pak Ngahnya. Semua ini dilakukan atas dasar
prihatin terhadap Tengku Melissa memandangkan sepupunya itu sedang dalam
kesulitan. Selang lima belas minit, Tengku Harrys tiba di hadapan bangunan
syarikat Tengku Arham. Dari kejauhan dia sudah dapat melihat Nissan Fairlady
hitam milik Tengku Melissa di tempat letak kereta berhadapan bangunan syarikat
itu. Perlahan dia memberhentikan keretanya di sebelah kereta gadis tersebut
sebelum berlalu keluar. Tengku Melissa juga turut keluar dari perut keretanya.
“Harrys!
Nasib baik you datang!”
“What’s wrong?” soal Tengku Harrys sebaik
merapati kereta gadis itu.
“Tak
tahu. Tiba-tiba je kereta ni tak boleh start.”
Mendengarkan
itu, Tengku Harrys mengarahkan Tengku Melissa untuk membuka bonnethadapan keretanya. Dia tidaklah
begitu mahir untuk membaiki. Tetapi sedikit sebanyak tahulah juga dia melihat
sekiranya ada kerosakan. Sebaik bonnet
kereta hadapan terbuka, Tengku Harrys terus menjenguk keadaan kereta itu. Dari
pengamatannya, kereta tersebut dalam keadaan baik-baik sahaja. Dia tidak nampak
di mana kerosakannya.
“I tengok kereta you okayje. Mana yang rosak?” Tengku Harrys bertanya sambil
pandangannya masih lagi terhala pada enjin kereta.
“Really? Tapi kenapa I start tadi tak hidup?”
“How about fuel?”
“Pagi tadi I dah isi full tank tau!”
“I think your car just fine. You try start.”
“Ermm... nanti-nantilah I start,” ujar Tengku Melissa seraya menyentuh lembut bahu Tengku
Harrys dari belakang, membuatkan lelaki itu sedikit terkejut. Cepat-cepat
Tengku Harrys menjauhkan dirinya.
“What are you doing,
Lissa?”
“Nothing. Just
wanna show my appreciates for your help.” Tengku Melissa bersuara sedikit
lunak sambil merapati semula Tengku Harrys sebelum menyentuh dada lelaki itu.
Pantas Tengku Harrys menepis.
“You just stop this! Idatang sini dengan niat untuk tolong you walaupun Ipenat baru balik kerja. Tapi ini agenda you!? Kereta rosak cuma satu alasan, isn’t it?!” suara Tengku Harrys sudah mula meninggi. Merah padam
mukanya menahan marah yang membuak tiba-tiba dek perbuatan Tengku Melissa yang
sengaja cuba mencabar kesabarannya.
“Kalau Itak
buat macam ni, you takkan datang,
kan? So I have no choice, dear.”
Tengku Melissa masih tidak berputus asa untuk terus
menggoda lelaki di hadapannya. Sekali lagi dia merapati Tengku Harrys dan kali
ini dia mula menyetuh pipi lelaki itu pula. Tengku Melissa nekad. Nekad untuk
mendapatkan lelaki pujaannya itu malam ini. Kerana itu dia berani untuk
bertindak begini. Dan tidak akan sekali-kali dia melepaskan peluang yang sudah
tersedia di depan mata. Lelaki. Setinggi manapun egonya, selangit manapun keras
hatinya, bila kemanjaan seorang wanita sudah membelai diri, pasti akan jatuh
tersungkur jua akhirnya. Dan malam ini dia sangat pasti Tengku Harrys juga akan
rebah dengan pujuk rayunya.