Home Novel Cinta Teriring Doa
Bab 43b

“Sayu…terpisah,”

“Hikayat indah ini hanya tinggal sejarah.”

“Berhembus…angin rindu,”

“Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu…” dendangnya perlahan sambil menghayati setiap lirik dan perkataan, menggambarkan kerinduan pada yang telah meninggalkan.

 

“Hujan lebat mencurah kini…”

“Bagaikan tiada henti…”

“Kaulah laguku, kau irama terindah,”

“Yang tak lagi ku dengari…”

 

“Kau pergi…”

“Pergi…” dalam kepayahan rangkap kedua dihabiskan dengan suara yang bergetar saat kenangan lama memunculkan dirinya, dan serentak dengan itu dia jadi rindukan ummi semula.

 

“Sepi..tanpa kata,”

“Terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa.”

“Apapun, kata mereka,”

“Biarkan kenangan berbunga di ranting usia…” dendangnya sebelum dia pantas menyeka air mata yang mula hadir bersama dengan belakang tangan, tak mahu keterlaluan kerana dia berada di jalanan.

 

“Hujan lebat mencurah kini…”

“Bagaikan tiada henti…”

“Kau lah laguku, kau irama terindah,”

“Yang tak lagi ku dengari…”

 

“Kau pergi…”

“Pergi…”

“Kau pergi, pergi…pergi…” rintihnya tanpa henti.

“Kau pergi…”

 

“Kau pergi, pergi…pergi…”

“Kau pergi…”

“Ummi…” rayunya pada ummi yang sentiasa diingati ditemani ingatan yang takkan dapat untuk dilupakan. Senyum dan tawanya sentiasa di bawa kemana-mana, kerana ummilah kesayangannya.

“Ummi…” bisiknya perlahan menggembarkan perasaan kerana dia tak mampu lagi untuk menahan. Serentak air mata yang hampir kering terbit semula sebelum dia teresak-esak perlahan, sambil berusaha untuk menahan kesedihan. Puas dia menahan air mata, namun sukar kerana dia terlalu rindukan umminya.

Kak Lela segera bertindak mendapatkan Dian. Tepukan daripada penonton menggamatkan keadaan, tapi tidak Dian kerana dia jadi lebih ingatkan ummi. Kak Lela mendakap dan memujuk Dian lembut disertai Aimi yang turut sama menyumbang baktinya. Tiada siapa dapat menyangka Dian akan jadi terharu sebegitu.

Azeem yang melihat tetap terpaku kerana kesedihan Dian turut sama dirasainya malah lebih lagi setelah sedar dialah punca Dian kehilangan segala. Melalui lirik yang disampaikan dia tahu Dian menujukan lagu itu khas untuk ummi serentak dia dihambat perasaan bersalah itu lagi.

“Ya-Allah…ampunkan aku, aku berdosa. Aku bertaubat padaMu Ya-Allah…” bisiknya di dalam hati, berkali-kali sambil menginsafi diri sebelum mengesat air mata sendiri.

“Dian sabar. Mak pasti ummi bahagia. Janganlah nangis. Mesti ummi sedih bila tengok Dian macam ni. Dian sayang ummi kan?” soalnya mahu membantu Dian mendapat semula kekuatan. Segera Dian mengangguk. Dia sayang ummi, rindukan ummi dan mencintainya sepenuh hati. Sampai bila-bila ummi tetap akan disimpan di dalam kotak hati dan selagi nafas dapat dihela, selagi itulah mereka akan hidup bersama.

“Kenapa tu?” soal Adam yang turut terdengar esakan Dian. Perasaan bersalah menyelubungi diri kerana dia yang beriya-iya memaksa tadi.

“Dian sedih ingatkan ummi dia. Adam kau punya fasal la ni.” marah Aimi.

“Kenapa aku?” jawap Adam tak percaya.

“Kan kau yang paksa-paksa dia nyanyi tadi. Tengok, sekarang apa yang dah jadi. Takpa Dian, biar aku ketuk budak sorang ni.” tutur Aimi menyalahkan Adam secara bersendirian, kerana itulah cara yang paling berkesan. Serentak tangannya diangkat mahu menjauhkan hukuman, namun puas dihayun tetap juga tak mengenai sasaran.

“Ish, kau kat mana ni Adam? Kenapa tak kena-kena aku ketuk?” gerutunya tak puas hati. Semua yang mendengar geli hati sebelum suasana keceriaan muncul kembali.

Azeem mengeluarkan beberapa note ringgit daripada dompet dan meletakkannya ke dalam casing guitar yang tersedia sebelum dia segera beredar. Dia tak mahu kehadirannya di situ diketahui sesiapa kerana masanya belum tiba. Melihat ingatan Dian pada ummi yang tak pernah berkurangan membuatkan dia menangguhkan hasratnya untuk bersemuka dengan Dian.

“Adam, Nasir, kita berhenti rehat la. Akak ada bawakan makanan. Kita cari mana-mana tempat untuk makan dulu. Lepas tu baru sambung semula.” cadang Kak Lela pula.

“Tadi akak ada nampak kerusi dengan meja batu kat belakang sana. Kita makan dekat situ je lah.” tambahnya lagi.

“Maksud akak, kerusi kat sebelah bangunan tu?”

“Hmm, dekat jalan masuk tadi.” balas Kak Lela pula.

“Alright, tu memang tempat biasa kami. Oklah kalau macam tu, akak bawa Dian dengan Aimi pergi sana dulu, sekejap lagi kami sampai. Alhamdulillah akak belanja, harap-harap makin murah rezeki akak nanti. Amin.” balas Nasir gembira.

Adam mencari hasil yang dituai di dalam casing guitarnya sebelum tangannya tersentuh duit yang ditinggalkan oleh Azeem tadi. Dia mula hairan, serentak dia bertanyakan kepada Kak Lela yang masih ada berdekatan.

“Kak Lela sekejap. Ni apa ni? Duit ke?” soalnya.

“Iyalah duit. Adam dapat kat mana?” soal Kak Lela pula kerana dia turut hairan tadkala melihat duit yang berada di tangan.

“Kat dalam casing guitar ni lah. Macam banyak je ni. Berapa ni kak?” soalnya lagi sambil menghulurkan duit tersebut kepada Kak Lela.

“500.” jawap Kak Lela yang baru selesai mengira.

“Biar benar kak, 500. Sepanjang kami busking kat sini, 50 pun tak pernah ada yang beri, ini pulak 500. Mesti orang ni tersilap tak? Betul ke ni kak? Akak tak bergurau?” soalnya semula masih tak dapat mempercayainya.

“Ya-Allah budak ni. Kita cakap betul-betul, dia cakap kita main-main. Kalau Adam tak nak, biar akak je yang simpan.”

“Akak janganlah, mana boleh macam tu. Rezeki kan dari Allah, tak baik tolak. Moga-moga bertambah-tambah rezeki insan yang baik hati ni. Amin.” tutur Adam gembira dan mereka turut sama mengaminkannya.

“RM 500 Dian. Mesti dia orang kaya kan? Boleh bagi duit macam tu banyak. Takpun dia lepaskan nazar agaknya. Tak sangka ada lagi orang baik macam tu dalam dunia ni kan?” tutur Aimi meluahkan kegembiraan. Bangga kerana masih ada insan yang pemurah dan berhati mulia.

“Hmm...” balas Dian dalam senyuman, turut sama memanjatkan kesyukuran.

“Ambil duit ni, simpan elok-elok. Cuba untuk kembangkan pahalanya, InsyaAllah nanti Allah pasti akan balas dengan sesuatu yang lebih baik.” tutur Kak Lela.

“Akak bawa Dian dengan Aimi ke sana dulu. Adam dengan Nasir kemas-kemaslah ya.” tutur Kak Lela sebelum menuntun Dian dan Aimi ke tempat yang dimaksudkan.

“Ok kak.” balas keduanya serentak, sambil menyambung semula kerja mengemas sedang mulut mereka masih menceritakan perihal wang terbabit.

Previous: Bab 43a
Next: Bab 44

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.