Home Novel Cinta Jodoh Yang Kucari
BAB 6

6

 

LAJU Syam mendapatkan teman wanitanya yang sudah pun memandang tajam ke arahnya.

“Mana you pergi ni? I tunggu you macam orang gila you tahu tak?!” Sally terus memuntahkan pelurunya setelah lelaki di hadapannya itu melabuhkan punggungnya.

“I ada kerja tadi.” Agak malas Syam menjawab persoalan teman wanitanya itu.

Sudahlah dirinya ditimbuni pelbagai kerja di pejabat sehingga waktu makan tengah harinya terpaksa dilepaskan. Kini, setelah bertemu dengan insan yang sepatutnya menyejukkan hatinya serta menenangkan jiwanya, dirinya pula dihentam dengan pelbagai persoalan yang amat kurang disenanginya.

“You jangan nak tipu Ilah. Sebelum I ke sini, I dah pergi pejabat you dulu. Setiausaha you beritahu yang you dah lama keluar! You pergi mana?!” Kian tinggi nada suara Sally.

Syam mendiamkan dirinya. Malas hendak bertegang urat, lantas tangannya dilambaikan kepada seorang waiter. Cepat sahaja pelayan itu memahami signal yang diberikan.

“Encik nak makan apa?” Sopan, pelayan itu bertanya.

“Bagi saya jus tembikai dan chicken chop,” jawab Syam.

“Puan?” Bersama soalan tunggal itu, pelayan tersebut menghalakan pandangannya ke arah Sally.

“Siapa Puan? Aku belum kahwinlah!” jerkah Sally dan Syam sudah menggelengkan kepalanya. Sesal dengan sikap teman wanitanya itu.

“Cik ni dah makan. Bagi dia air kosong je,” sinis Syam

“Air kosong?! You gila ke?!” Kian berapi amarah Sally.

Pelayan yang sedang melihat pertelingkahan pasangan kekasih itu sudah kebingungan. Tidak tahu hendak memesan hidangan apa untuk wanita seksi di hadapannya itu.

“Hei budak! Bagi aku sama yang macam lelaki ni order tadi. Faham?!”

“Faham Puan. Tak… maksud saya cik,” menggelabah pelayan itu mencatit ulangan menu yang dipesan oleh lelaki yang lebih bersopan itu. Setelah waiter itu berlalu…

“Kenapa you layan waiter tu macam tu? Kalau ya pun you marahkan I janganlah libatkan orang lain,” tutur Syam.

“Suka hatilah I nak layan orang sekeliling I macam mana pun! Sekurang-kurangnya I tak menipu!” Masih kasar bahasa yang Sally gunakan.

Syam sudah kelelahan. Acap kali dirinya dilabelkan sebagai penipu oleh wanita yang masih menyinga wajahnya itu.

“You pergi mana semalam?” Sally masih belum berpuas hati.

Syam sudah mengerutkan dahinya. Tidak faham dengan sikap Sally. Sekejap bertanyakan ke mana dirinya menghilang siang tadi, sekejap bertanyakan ke mana dia menghilang semalam. Kenapa? Kenapa setiap pergerakannya harus dipantau?!

“I ada urusan dengan keluarga I.” Lambat Syam memberikan jawapan.

“Jadi sebab tu you batalkan temu janji kita. Macam tu?!” Laju Sally membidas.

“I bukan sengaja. I betul-betul kena uruskan hal keluarga I semalam. Tu yang I tak dapat keluar dengan you tu.”

“Hal apa?” Sally masih memandang curiga lelaki yang dicintainya itu.

Terdengar keluhan berat terpacul di bibir Syam. Hatinya sudah sedikit memberang dengan  sikap queen control Sally.

“Kenapa you mengeluh? You nak mengaku sesuatu pada I ke?” perli Sally.

“Apa maksud you?” Kali ini Syam menentang pandangan tajam Sally. Pandangan itu amat dibenci Syam. Baginya pandangan seperti itu tidak seharusnya dilemparkan kepadanya sementelah dirinya adalah seorang lelaki!

“Yalah… manalah tahu you nak mengaku yang you dah curang dengan I. You ada simpan perempuan lain di belakang I!”

“Sally stop okey! I dah tak tahan dengan sikap curiga dan mengongkong you tu! Sampaikan I nak keluar dengan keluarga I pun you nak control. Apa hak you?! You ingat sikit ya! I lelaki! Dan you tu perempuan!!!” tengking Syam. Hilang sudah kesabarannya.

Sally terpempan. Tidak disangkanya lelaki di hadapannya itu akan menengkingnya sebegitu sekali. Terlihat beberapa pasang mata memandang ke arah mereka. Rasa malu dan sedih bercampur sehingga menghadirkan rasa sebak di hati wanitanya. Cepat sahaja cecair suam itu membasahi pipinya.

“You dah tak sayangkan I. You dah buang rasa cinta you pada I. Sampai hati you tengking I sampai macam tu sekali. I cuma tanya betul ke you keluar dengan keluarga you semalam. Itu je… kenapa you nak tengking-tengking I? Kenapa?” Semakin kuat tangisan Sally.

‘Ni yang aku lemah ni,’ desis hati Syam saat melihatkan linangan air mata Sally kian menderas.

Sudah dijangkanya perkara itu akan terjadi. Pasti wanita di hadapannya itu akan membuatkan dirinya lemah dengan tangisan mahupun rengekan dan sesungguhnya itulah kelemahannya!

“You dah tak sayangkan I…”

“Siapa kata I tak sayangkan you? Kalau I tak sayangkan you, I takkan jumpa you sekarang ni. Sally… I betul-betul tak ada perempuan lain selain you. Hanya you di hati I dan sememangnya hanya you sahaja yang I benar-benar cintai. Hanya you dan bukannya perempuan lain. Percayalah.” Syam cuba meyakinkan teman wanitanya itu.

Sally mengesat-ngesat air mata palsunya itu dan wajah yang kian sedih sengaja dipamerkan untuk ‘melumpuhkan’ lelaki yang sudah pun mengelus lembut jari jemarinya.

“Betul semalam you ada hal dengan keluarga you?” Lembut Sally bertanya.

“Betul sayang. I ada hal dengan keluarga I. Maafkan I ya sebabcanceltemu janji kitalast-last minute. Maafkan I.” Perlahan Syam menghapuskan linangan air mata di pipi Sally dan mengucup lembut jari jemari wanita yang sudah lama menyulam kasih dengannya.

Sally memandang puas lelaki yang sedang mengucup jari jemarinya itu. Hatinya turut puas dapat ‘menundukkan’ lelaki itu dan kepuasan di hatinya kian mencanak saat lelaki itu mengungkapkan kalimah cintanya, “I cintakan you Sally.”

Previous: BAB 5
Next: BAB 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.