27
SUHAILAH
masih mendongakkan kepalanya. Cuba mencari permata di dada langit, namun tidak
ditemui.
‘Kelamnya
malam ini, sekelam hatiku,’ sayu kata-kata itu berbisik di hati Suhailah dan
semerta kelopak matanya terasa hangat. Berlinangan lagi air matanya.
Kesedihan
semakin menguasai emosi Suhailah. Terseksa jiwanya saat bayangan lelaki itu
menjelma semula. Lelaki yang bertahun lamanya mencurangi diri akhirnya hadir
semula petang tadi. Hadirnya bersama seorang wanita bergelar isteri dan seorang
kanak-kanak lelaki bergelar anak.
“Azura…”
tanpa sedar Suhailah menyebut nama wanita yang telah merampas kekasih hatinya.
Wanita
bertubuh tinggi serta berkulit putih itu memang jauh lebih moden penampilannya
berbanding dirinya. Rambut ikal milik wanita itu juga amat sesuai dengan wajah
bujur miliknya sehingga menyerlahkan lagi kecantikannya. Mungkin itulah antara
faktor kenapa Rusydi sanggup memungkiri janji dan memusnahkan cinta mereka.
Mata
Suhailah terpejam. Teresak-esak dirinya menahan kesedihan. Mujur juga dia
berdiri jauh dari kumpulan orang ramai yang turut berada di jambatan Putrajaya
itu.
“Assalamualaikum.”
Lembut suara itu menyapa Suhailah.
Suhailah
tersentak. Lantas matanya terbuka dan dirinya amat terkejut melihat insan di
sisinya.
“Waalaikumussalam…”
Perlahan salam dijawab sambil tangannya laju menghapuskan linangan air matanya.
“Suhailah,
kan?” Lelaki itu meneka.
Suhailah
menganggukan kepalanya dan mindanya cepat dikerahkan untuk mengingati seraut
wajah di sebelahnya itu.
“Saya
Syam. Abang kepada Rouf. Pak cik saudara Laila dan Laili.” Syam mengerti apa
yang sedang berlegar-legar di minda insan di sisinya. Lantas diri
diperkenalkan.
“Ooo…
Syam,” tutur Suhailah lemah dan pandangan matanya dihalakan semula ke hadapan.
Sunyi
seketika suasana. Syam tahu Suhailah ingin bersendirian. Sewaktu dia tiba di
jambatan Putrajaya itu, kereta VIOS putih milik Suhailah sudah menarik
perhatiannya. Lantas tuan empunya kereta dicari. Sewaktu ditemui kelibat Suhailah,
dilihatnya wanita itu berdiri berjauhan daripada orang ramai. Dia cuba
menghampiri. Namun saat terlihatkan tangisan sedang menguasai wanita itu, dia
menghentikan niatnya. Agak lama dia cuba menahan dirinya. Tetapi saat hatinya
sudah memberontak untuk melihat seraut wajah ‘sejuk’ itu, dia memberanikan jua
dirinya.
“Suhailah
suka datang sini?” Berhati-hati Syam bertanya.
“Suka,”
jawab Suhailah sepatah.
“Saya
pun suka jugak.” Lembut Syam berkata-kata.
Suasana
kembali sunyi. Otak Syam ligat memikirkan cara untuk memanjangkan perbualan.
Dia harus melakukan sesuatu!
“Awak
ingat tak tentang ‘kemalangan’ tu?” Sengaja Syam ingin ‘memancing’ reaksi
Suhailah.
Suhailah
mengerutkan dahinya. Cuba memikirkan maksud yang tersirat di sebalik pertanyaan
lelaki di sisinya itu.
“Awak
tak ingat?” soal Syam kemudiannya.
“Kemalangan
apa?” soal Suhailah agak lambat.
“Awak
ingat tak, masa tu awak ada beli barang dekat AEON, IOI Mall. Saya nampak masa
tu awak kelam kabut dan tiba-tiba awak terlanggar troli saya. Banyak kali awak
minta maaf. Ingat tak?” Bersungguh-sungguh Syam cuba mengingatkan wanita di
sisinya.
Seketika
Suhailah berfikir dan saat memorinya mengingati tentang ‘kemalangan’ itu,
senyuman kecil terukir di bibirnya.
‘Ya
ALLAH… manisnya senyuman dia.’ Bergetar jiwa Syam saat terdengar bisikan itu.
Berdiri bersebelahan dengan Suhailah, biarpun agak jauh jaraknya namun
kesempurnaan dan kecantikan wanita itu dapat dilihat dengan jelas.
“Ya
ALLAH… jadi awaklah lelaki yang saya ‘langgar’ hari tu. Saya betul-betul dah
tak ingat. Saya nak minta maaf sekali lagi ya.” Suhailah tersenyum kian ikhlas.
Terbang seketika kesedihannya sebentar tadi.
“Tak
apa. Itu maknanya kita berjodoh,” tutur Syam bersahaja.
Namun
kata-kata itu telah menghadirkan satu rasa yang indah di hati Suhailah. Rasa
tenang dan bahagia! Syam turut merasai perkara yang sama.
“Tak
sangka ya, Suhailah ni rupa-rupanya cikgu kepada anak-anak buah saya.” Syam
terus memanjangkan bicaranya. Tidak mahu kebisuan mencelah di antara mereka.
“Ha’ah.
Tapi tak sangka pulak orang yang saya ‘langgar’ tu rupa-rupanya pak cik kepada
Laila dan Laili. Nasib baiklah budak comel berdua tu tak tahu tentang hal tu.
Kalau tak mesti kena omellah saya.” Suhailah tertawa kecil mengingati telatah
si kembar.
“Budak-budak
tu ada masa ‘kemalangan’ tu. Cuma mungkin dia orang dah tak berapa ingat dah muka
awak. Biasalah budak-budak,” jelas Syam.
Suhailah
terdiam. Tidak menyangka yang Laila dan Lalili turut ada pada waktu itu.
“Kan,
saya dah kata yang kita ni berjodoh.” Sengaja Syam mengulangi kata-kata itu.
Dia suka akan rasa aneh yang hadir di jiwanya. Suhailah tertunduk dan
tersenyum.
Alunan
muzik dari handphone Suhailah
menyentak kedua mereka. Segera Suhailah mencapai gajet itu dan menjawab
panggilan itu.
“Waalaikumussalam.”
Salam di hujung talian dijawab.
“Kejap
lagi akak baliklah.” Suhailah menjawab persoalan si pemanggil.
“Ya…
akak balik. Takkanlah tak balik pulak.” Masih lembut Suhailah menenangkan insan
di hujung talian.
“Yalah.
Akak balik sekarang.” Akhirnya kata putus, Suhailah ambil sebelum menamatkan
panggilan.
“Siapa?”
Tanpa sedar Syam bertanyakan soalan itu saat Suhailah sudah memasukkan semula handphonenya.
“Aliif.
Adik saya. Saya nak kena baliklah,” tutur Suhailah.
Syam
tersenyum. Lain benar cara senyumannya.
“Kenapa
awak senyum?” tanya Suhailah pelik.
“Adik
awak... nampak sangat yang dia sayangkan awak. Habislah pakwe awak. Tak ada can
nak bawak awak keluar lama-lama.” Ada makna terselit di sebalik kata-kata Syam
itu. Dia sebenarnya ingin mengetahui akan status wanita di sisinya itu. Sudah
berpunya atau belum?
“Biasalah.
Adik beradik.” Hanya itu sahaja jawapan Suhailah. Entah mengapa hatinya menjadi
sayu semula saat perihal ‘pasangannya’ yang tidak wujud ditanyai.
“Saya
balik dulu. Assalamualaikum,” tuturan salam seiring langkah sulungnya. Namun…
“Nanti
dulu. Ni kad saya.” Syam menahan langkah Suhailah dan sekeping name card dihulurkan.
Lambat.
Barulah Suhailah mengambilnya.
“Terima
kasih,” ujar Suhailah.
“Awak
punya?” soal Syam laju.
“Saya
punya apa?” soal Suhailah semula tanda tidak mengerti.
“Awak
punya name card.” Syam menebalkan
mukanya untuk meminta ‘balasan’ terhadap pemberian kadnya sebentar tadi.
Pelik
Suhailah dengan sikap lelaki di hadapannya itu. Mana ada orang meminta-minta name card orang lain sebegini sekali.
Namun kerana malas hendak melewatkan kepulangannya ke rumah dan lemah dengan
bebelan adiknya itu nanti, Suhailah mengambil jua name cardnya dan disuakan kepada Syam. Syam tersenyum dan Suhailah
pula memanjangkan langkahnya untuk pulang.