Home Novel Cinta Harapan Kasih @ Aku Tunggu Dia
Bab 49

Iqmal Hisyam melipat kembali surat yang diterima itu. Ada senyuman yang terukir di wajah keduanya.

“ Kekasih hati sayang dah nak kahwin”

Lembut usikan bisikan Iqmal Hisyam di telinga Nadia Asyila disambut dengan cubitan kasar oleh wanita itu. Terhambur gelak daripada bibir Iqmal Hisyam dengan respon daripada Nadia Asyila.

“ Sampai ke Australia dia membawa diri.”

“ Abang ni. Sudahlah! Sekurang-kurangnya sekarang dia dah ada pilihan hati dia sendiri. Ada juga keinginan hati dia untuk membina sebuah kebahagiaan. Kita patut gembira untuk dia. Cukuplah dengan semua ujian yang kita semua lalui selama ini. Mungkin sekaranglah masa bahagia untuk dikecapinya.”

“ Yelah….yelah! habis nanti nak pergi la ni majlis kahwin dia? Sebulan je lagi ni.”

“ Mestilah. Takkan abang nak balas dendam sebab dia tak datang majlis kahwin kita kot. Abang yang Nadia kenal bukan macam tu.”

Jelingan manja yang dilemparkan oleh isterinya membuatkan Iqmal Hisyam tersenyum.

“ Tapi kat Australia ni. Ada bajet ker? Kalau nak pergi jauh-jauh mestilah kena pergi banyak tempat. Takkan semata-mata nak pergi kenduri dia jer.”

“ Laaa….dia tak buat majlis kat Malaysia ker?”

“ Peta Australia dalam kad undangan ni sayang.”

“ Ala…si Fazar ni pun satu. Nak kahwin, kahwin jauh-jauh. Susahkan orang jer.”

Omelan bersahaja Nadia Asyila meledakkan lagi ketawa Iqmal Hisyam. Dirangkul badan isteri yang mebelakanginya. Dipeluk kemas dari arah belakang.

“ Abang gurau je tadi. Tentang bajet tu biar abang tanggung semua. Sayang cuma apply cuti je. Kena buat awal-awal. Takut nanti tak dapat. Nanti dah alang-alang pergi sana, kita round satu Australia. Honeymoon untuk kali kedua.”

Nadia Asyila membalas pelukan suaminya. Gembira dengan apa yang baru sahaja terucap di bibir lelaki yang dicintainya. Sememangnya lelaki itu tidak pernah berkira dengan dirinya.

Sanggup melakukan apa sahaja untuknya. Hakikat yang disedarinya dari dulu hingga sekarang. Dan diharap realiti itu akan abadi untuk selamanya.

“ Terima kasih bang. Nadia cintakan abang sangat-sangat.”

“ Hmm? Banyak mana?”

“ Sebanyak pasir yang menjadi penghuni lautan di bawah sana.”

“ Wah! Banyak tu. Tapi banyak abang lagi.”

“ Iya?”

“ Hmm….sampai abang pun tak dapat nak mengungkapnya. Tak dapat nak dibandingkan dengan apa-apa pun di dunia ni. Pelik kan?”

Senyuman melebar di bibir keduanya. Nadia Asyila tahu yang cinta Iqmal Hisyam terlalu agung dan sejati untuknya. Sememangnya dia bertuah kerana menjadi penghuni di hati lelaki itu. Penghuni di sudut hati yang terdalam. Yang sentiasa dipenuhi dengan keindahan.

Iqmal Hisyam juga tahu cinta Nadia Asyila sehebat dan setanding dengan cintanya. Pengorbanan yang dilakukan untuknya selama ini menampakkan siapa dirinya di hati isterinya itu. Tidak pernah membuatkan dirinya rasa tersisih saat berdamping dengan pujaan hatinya itu.

“ Kalaulah kisah kita ini terakam di hati setiap orang yang mengetahui kisah kita. Alangkah bermaknanya kan sayang?”

“ Untuk apa dicerita apa yang kita rasa. Setiap orang mempunyai kisah yang tersendiri.”

“ Tapi sayang, Adakah di luar sana orang yang mengambil tahu kisah kita?”

“ Apalah abang ni. Kita bukannya sesiapa untuk membuatkan semua orang tahu tentang apa yang terjadi pada kita”

“ Bukan sesiapa ek? Ye kan kita bukan sesiapa pun. Hanya manusia yang mempunyai kisah yang dulunya pahit dan sekarang manis. Memang sudah menjadi lumrah kehidupan.”

“ Iya. Cuma cara yang berbeza.”

“ Dan mungkin kemanisan itu akan bertambah lepas kita balik honeymoon kali kedua nanti.”

“ Apa maksud abang?”

“ Abang nak sangat tengok puteri yang secantik sayang atau putera yang sekacak abang menghiasi hari depan kita nanti.”

Senyuman yang terukir di wajah Nadia Asyila semakin melebar apabila menyedari maksud suaminya. Pelukan dieratkan sambil mata mereka memandang laut luas yang terbentang. Kebiruan laut itu memberikan mereka kedamaian yang sangat mengasyikkan.

Kebahagian semakin terbina hari demi hari. Di sebalik pelukan kemas yang jelas di mata kasar, terdetik di hati mereka mendoakan kebahagiaan yang mereka kecapi akan terus menyinari hari-hari yang mendatang. Untuk selamanya tanpa pernah pudar.

Kesucian cinta yang terjalin

Takkan pernah dinodai waktu

Walau untuk beribu tahun

Cinta mereka akan terus bersatu

Tidak akan terusik oleh apa-apa yang lebih indah

Segalanya telah mereka kuburkan

Bersama satu hati dan dua jiwa

Yang akan sentiasa terakam megah

Di dasar hati yang takkan pernah gundah

Cinta itu akan terus kekal menjadi milik mereka

Iqmal Hisyam dan Nadia Asyila

TAMAT

Previous: Bab 48

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurul jannah