Januari 2005
“Apa yang kau dok
pandang pakwe tu Nadia oi? Kalau jatuh cinta kan parah.”
“ Apalah kau ni
Mierah. Pandang pun boleh jatuh cinta ke?”
Amierah tersengih.
“ Kalau tak silap
aku, lelaki tu form 5 kan?
Fazar kan?”
Nadia Asyila mengangguk sedikit tanda mengiakan.
“ Handsome kan
dia?”
“ Eleh setakat muka macam tu, handsome lagi si Hisyam
yang tengah pandang kau tu” Nadia Asyila tersentak.
“ Apa kau cakap?”
Amierah ketawa kecil. Diangkat sedikit jari telunjuknya
dan menunjukkan ke satu arah. Nadia Asyila pantas menurut arah jari itu.
Matanya bertentang dengan mata Iqmal Hisyam. Seketika kemudian lelaki itu
memberikan senyuman untuknya. Nadia Asyila kaget.
‘ Dia senyum kat aku ke?’
Dipalingkan wajahnya ke arah Amierah. Gadis itu sudah
tiada.
‘ Eh macam biskut. Cepat betul dia ni hilang.’
Dipandang kembali wajah lelaki yang kurang dikenali di
bangunan yang bertentangan dengan bangunan tempatnya berdiri.
Apa yang Nadia Asyila tahu, lelaki itu adalah sahabat
karib kepada Fazar Azameer. Lelaki yang diminatinya dalam diam. Perasaan sayang
yang semakin hari semakin bertambah.
Nadia Asyila mengerling wajah yang masih senyum
memandangnya. Tanpa sedar, Nadia Asyila turut sama membalas senyuman itu. Iqmal
Hisyam semakin melebarkan senyumannya.
Tanpa sebarang amaran, Nadia Asyila terus melangkah
memasuki kelas yang terbina di belakangnya apabila menyedari yang waktu rehat
sudah hampir tamat.
Iqmal Hisyam terus memandang tanpa jemu insan yang
semakin menghilang dari pandangannya. Senyuman masih setia terukir di bibir
merah yang tidak merokok itu.
Seketika tadi Iqmal Hisyam sedikit kecewa bila
pandangannya terarah pada lelaki yang dipandang oleh mata cantik milik gadis
yang semakin mendapat tempat di hatinya. Matanya tidak salah. Gadis itu sedang
memandang Fazar Azameer dan seakan-akan sedang mengangankan sesuatu.
Iqmal Hisyam segera menepis rasa kecewa itu. Segalanya
bagaikan terubat apabila bibir mungil yang merekah milik gadis itu tersenyum
padanya. Bagaikan dunia ini terlalu indah.
Hatinya mula berdebar dengan perasaan yang tidak
disengajakan. Perasaan itu indah. Mungkin itulah yang dikatakan cinta.
Dia tidak senang dengan kehadiran perasaan itu yang
semakin hari semakin mendalam menghuni hatinya. Dalam hidupnya, inilah pertama
kali perasaan itu hadir.
Seakan memenjarakan dirinya dalam satu ruang yang
sentiasa menyesakkan nafasnya. Sentiasa ada dan wujud wajah gadis itu di
mana-mana. Bukan sahaja di dalam hatinya. Tetapi turut merajai fikirannya. Sukar untuk dia
memfokuskan perkara lain. Pasti gadis itu yang akan sentiasa berada di hadapan.
Satu keluhan yang agak panjang dilepaskan. Seakan cuba
menenangkan dirinya yang mula kalut dengan perasaan sendiri. Dia sedar yang
cinta kepada gadis yang bernama Nadia Asyila tidak seharusnya bersikap
terburu-buru.
Pasti dia akan berterus terang suatu hari nanti. Bila?
Itu dia tidak tahu. Apa yang pasti, akan ada waktu dan masanya. Untuk masa sekarang, pelajaran harus diutamakan. Dia
tidak mahu memikirkan sekiranya gadis itu telah mempunyai pilihan. Apa yang dia
tahu, dia akan merebut cinta gadis itu. Hanya untuk dirinya. Dia akan pastikan akan ada ruang cinta seperti mana
perasaannya sekarang di dalam hati gadis itu. Dia mempunyai cara dan gayanya
yang tersendiri. Seketika kemudian, dia tersenyum.
“ Syam. Apa yang kau senyum sorang-sorang ni?
Teringatkan makwe?”
Tepukan dibahunya membuatkan Iqmal Hisyam sedikit
terperanjat. Terus melayang dan menghilang entah ke mana senyuman milik gadis
yang bermain di dalam kepalanya. Dijeling Fazar Azameer yang berada di
sebelahnya.
‘ Aik! Bila masa pulak mamat ni berdiri kat sebelah aku?
Tadi bukan main lagi bergurau senda dengan si Syikin sampai si Nadia tu pandang
langsung tak perasan.’ Iqmal Hisyam bermonolog.
“ Apasal pulak jeling aku macam tu? Macam nak gaduh je.”
Iqmal Hisyam menyedari yang dia agak beremosi.
Sebenarnya dia cemburu kerana Nadia Asyila memandang kawannya itu dengan penuh
perasaan. Segera diimbas kembali persoalan yang dilontarkan oleh Fazar Azameer
sebentar tadi. Dia tersenyum.
“ Sorrylah. Makwe-makwe ni aku tak mainlah. Bukan macam
kau. Buaya!”
Fazar Azameer ketawa kuat.
“ Hei kawan! diorang yang datang pada aku. Aku layan je
la. Takkan tak nak layan pulak?”
“ Ah buang karan je cakap dengan kau.”
Iqmal Hisyam terus berlalu menuju ke kelasnya yang
berada di hujung bangunan itu. Menyedari diri ditinggalkan, Fazar Azameer berlari
anak mendapatkan Iqmal Hisyam dan memeluk mesra bahu kawannya sambil berjalan
beriringan.
Sebentar kemudian, kedengaran ketawa dari keduanya.
Pasti Fazar Azameer yang terkenal dengan kenakalannya itu membuat lawak.