Oktober 2006
Fazar Azameer mengikuti langkah Iqmal Hisyam yang
membawanya ke taman. Mungkin apa yang dinantinya selama ini telah ditunaikan
oleh kawannya itu. Apabila Iqmal Hisyam menghentikan langkahnya, dia turut sama
berhenti.
Iqmal Hisyam memuncungkan bibirnya ke arah bangku yang
berada tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Terlihat kelibat dua orang gadis
sedang duduk di bangku berkenaan. Fazar Azameer mengenali akan kelibat itu.
Bibirnya menguntum senyum.
“ Thank you Syam.”
Dia menepuk bahu kawannya perlahan. Mengucapkan rasa
terima kasih terhadap pertolongan yang telah dilakukan.
Fazar Azameer menapak langkahnya mendekat dengan insan
yang berada di bangku di hadapannya.
“ Fasha”
Dia menegur lembut gadis itu. Kawan yang berada di
sebelah gadis itu bangun. Meminta diri dan mendekat ke arah Iqmal Hisyam yang
sedang menunggu. Sememangnya Iqmal Hisyam melakukan pertemuan itu dengan
pertolongan Ila. Jika tidak, tak mungkin dia akan Berjaya membawa Fasha
keluar dan bertemu dengan Fazar Azameer.
Dia bersyukur kerana Ila yang agak rapat dengan Fasha
sudi membantunya. Entah alasan apa yang digunakan oleh gadis itu, dia sendiri
tidak tahu. Apa pun, dia bersyukur dengan kejayaan yang dilakukan oleh rakan
sekelasnya itu.
“ Boleh saya duduk?”
Fazar Azameer melihat senyuman yang terukir di bibir
wajah itu. Seakan membenarkan. Senyuma itulah yang dia rindukan selama ini.
“ Kenapa awak larikan diri dari saya? Langsung tak beri
saya peluang untuk mengatakan tentang hati saya.” Fasha geram apabila memandang Ila dan Iqmal Hisyam
meninggalkan taman itu secara beriringan. Pasti ini adalah rancangan mereka.
Hatinya membengkak.
“ Antara kita sudah tidak ada apa-apa Fazar. Saya rela
melepaskan awak dengan melihat kebahagian awak bersama orang yang mencintai
awak.”
“ Siapa? Nadia? Dia tidak pernah ada kaitan dengan kita.”
“ Saya kenal Nadia. Dia seorang kawan yang baik.
Pastinya dia akan menjadi pencinta yang baik.”
Fasha mula mahu ketawa dengan apa yang dilakonkannya.
Terasa geli hatinya dengan ayat yang dituturkannya. Berlagak seakan malaikat di
hadapan lelaki itu.
“ Sudahlah sebut nama perempuan tu. Saya tak mungkin
akan menyintai dia. Saya hanya sayang dan cintakan awak. Takkan ada orang lain
yang boleh mengisi hati saya. Hanya awak.”
“ Pasti awak akan Nampak ketulusan cinta dia suatu hari
nanti. Pada masa tu awak akan sedar yang dia sememangnya ditakdirkan untuk
awak. Kehadiran dia memang telah ditakdirkan. Dia juga akan mengisi kekosongan
hati awak. Malah akan menyempurnakan kekurangan diri awak.”
“ Siapa awak untuk menentukan takdir saya?”
Fazar Azameer berdiri. Menbentak dengan apa yang
diungkapkan Fasha.
“ Dia bukan sesiapa pun pada saya. Dia tidak akan pernah
wujud sebagai seseorang yang istimewa di hati saya. Tiada apa yang dapat
menghalang cinta kita. Saya benar-benar ikhlas menyintai awak.”
Fazar Azameer memandang wajah Fasha yang menunduk
memandang rumput taman. Gadis pujaannya
tidak mendongak untuk melihat wajahnya. Dia duduk. Cuba mencari wajah itu untuk
ditentang. Dia begitu rindu.
“ Bangunlah! Jangan buat macam ni. Malu orang tengok.”
Fasha cuba memujuk lelaki itu untuk kembali berdiri.
Dilihat ada beberapa mata yang memandang ke arah mereka.
Fazar Azameer masih dengan duduknya. Dia mahu memujuk
gadis yang dicintai itu untuk kembali kepadanya. Dia yakin yang cinta mereka
masih utuh.
“ Sayang, please! Lupakan apa yang berlaku. Nadia bukan
alasan untuk kita tamatkan perhubungan kita. Dia hanya….dia bukan sesiapa.”
“ Anggaplah kita memang dah tak ada jodoh. Saya yakin
yang cinta Nadia jauh lebih mendalam berbanding saya. Dia insan yang selayaknya
untuk membahagiakan awak. Setiap patah perkataan yang dia tulis dalam diarinya
mampu menyentuh hati sesiapa sahaja yang membacanya.”
“ Apa ni? Kenapa awak cakap macam ni? Saya cintakan
awak. Bukan dia. Dah penat saya nak jelaskan. Dah tak tahu macam mana lagi saya
nak cakap. Dia bukan halangan untuk kita. Saya dah putuskan persahabatan dengan
dia.”
Fasha memandang wajah yang kekeruhan itu. Sedikit
tersentak dengan apa yang baru diperkatakan oleh Fazar Azameer. Dia tidak
menduga sehingga ke tahap yang sebegitu lelaki itu akan bertindak.
“ Tak elok awak putuskan silaturrahim yang terbina. Awak
tak patut buat dia macam tu.”
“ Habis apa yang awak lakukan pada saya ni patut? Ini
lagi tak patut. Ini bukan satu pengorbanan tapi satu kegilaan.”
Fazar Azameer
geram dengan kedegilan gadis itu. Seakan tidak wujud walau sekelumit rasa cinta
untuknya. Fasha menelan liurnya. Lelaki itu mula bercakap kasar. Bimbang
kiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini jika dia terus bersuara dengan
lakonan yang diciptanya.
“ Sudahlah. Saya nak balik. Dah lewat.”
Fasha mula melangkah.
“ Semudah itu?”
Fazar Azameer memegang lengan Fasha yang ingin menjauh.
Gadis itu mengaduh. Fazar Azameer tersedar. Segera dia melepaskan lengan itu.
“ Maaf. Saya tak bermaksud untuk menyakiti.”
Fazar Azameer bersuara lembut.
“ Inilah takdir yang tertulis antara kita. Terimalah
dengan hati yang terbuka. Jangan cari saya lagi. Maafkan saya.”
Fasha melangkah laju. Di hatinya tersimpan debaran.
Risau kiranya lelaki itu melakukan kekasaran.
Fazar Azameer memandang langkah Fasha yang semakin
menjauh. Ditarik nafasnya sedalam mungkin. Seketika kemudian dilepaskan
hembusan udara itu bersama setitik air matanya yang turut gugur.
“ Fasha”
Hanya itu yang terluah di bibirnya.