30
Anyaman rambut yang dibuat, Afini buka semula. Sudah acapkali
dibuat, namun hasil yang diingini tidak jua diperolehinya. Pertama kali melihat
May mengikat tocang rambutnya, dia jadi kepingin untuk membuat anyaman rambut
seperti itu.
Seingatnya, kali terakhir
rambutnya diikat tocang sewaktu dia berada di tingkatan satu. Itu pun kerana
emaknya yang buatkan. Nak harapkan dia? Sampai saat ini tangannya masih tidak
mampu menghasilkan seni rambut itu.
“Susahnya nak buat tocang,” rungut
Afini bersama keluhan kecil. Matanya masih ditumpukan ke cermin.
“Buat apa tu?”
Hampir gugur jantung Afini disapa
Yus. Entah bila lelaki itu berada di belakangnya.
“Tak… tak ada apa-apa. Hmm… you
pergilah makan. I dah siapkan sarapan,” jawab Afini, gugup.
“You tak jawab lagi soalan I. You
tengah buat apa? Dari tadi I tengok you sibuk dengan rambut you. You nak buat
tocang ke?”
Afini sekadar mengangguk.
“You tak reti nak ikat tocang ke?”
‘Banyak mulut pulak mamat ni.
Pergi ajelah makan! Dahlah aku tengah bengang ni,’ gumam hati Afini sedangkan
lidahnya masih lagi diam.
Melihat Afini masih membisu, Yus
kian menghampiri isterinya itu. “Pusing belakang,” arahnya.
“Nak buat apa?” soal Afini, ingin
tahu.
“You ni, I suruh pusing, pusing
ajelah. Degil.” Yus lantas memusingkan badan Afini. “Bagi I sikat tu,” arahnya
persis seorang ayah memberikan arahan kepada anak kecil.
“You nak buat apa?”
Yus tidak mengendahkan pertanyaan
Afini. Pantas sahaja dia merampas sisir rambut yang sedang Afini pegang.
Kemudian dia membelai rambut isterinya itu lembut sebelum menyisirnya lurus.
Niat asal untuk menghalang tingkah
lelaki itu terbantut saat Afini berasa senang diperlakukan sebegitu.
Setelah siap menyisir rapi, Yus
menjuraikan rambut Afini di bahu kiri isterinya itu dan serta merta tangannya
menghentikan sentuhannya. Agak lama tingkahnya terhenti.
Afini yang
mulai curiga lantas mengalihkan pandangannya ke arah cermin. Serta merta
jantungnya berdegup kencang sehingga menghadirkan debaran yang hebat di dada
dan menyerbukan darah ke muka. Yus sedang memandang ke arah lehernya. Dia tahu
erti pandangan itu. Dadanya kian dilanda tsunami tatkala melihat Yus menelan
liur dan kini lelaki itu cuba untuk mencumbui lehernya seperti malam itu.
Tidak! Afini tidak akan membiarkan
peristiwa itu berulang semula! “You buat apa ni?!” sergah Afini lantas
berpaling menghadap Yus.
Bagaikan baru tersedar, Yus meraup wajahnya
berserta keluhan. “I… minta maaf. I… tak ada niat.”
Malas untuk mendengar alasan
lelaki yang telah pun menghadirkan rasa takut di dalam dirinya, Afini pantas
mengatur langkah untuk menjauhi Yus.
Namun, belum sebelum Afini
meneruskan niatnya itu. Yus terlebih dahulu memaut lengannya dan sekali lagi
dada Afini memainkan gendangnya. Ketakutan terus menerus menguasai diri Afini
dan peristiwa malam ‘itu’ sekali lagi bermain di tabir matanya.
“Afini…” Lembut Yus memanggil nama
insan yang amat dicintainya itu.
Afini suka nada itu digunakan
untuk memanjakan dirinya. Tetapi dia tidak akan tertipu untuk kedua kalinya!
“You nak apa! Kalau you cuba buat sesuatu, I takkan teragak-agak…” Ayat itu
tidak mampu dia habiskan kerana otaknya menjadi beku untuk mencari kata yang
sesuai.
“I takkan buat apa-apa. I cuma nak
tolong tocangkan rambut you aje.” Sekali lagi Yus memegang lembut bahu Afini
dan cuba untuk memusingkan badan isterinya itu.
Afini yang tidak mahu mengambil
sebarang risiko mengeraskan tubuhnya agar lelaki di hadadapannya ini mengerti
yang dia tidak memerlukan perkhidmatan lelaki itu. “Tak payah. I tak nak you
tocangkan rambut I.”
“Kalau you tak nak pusing belakang
dan tak izinkan I tocangkan rambut you, tak apa. Tapi jangan salahkan I kalau…”
“Kalau apa?” soal Afini, pantas
setelah melihat Yus kian berani merapatkan wajahnya.
Saat ini hanya senafas sahaja lagi
muka mereka akan bertemu dan Afini dengan pantas cuba menjauhi diri Yus. Namun
tingkah Afini terkunci apabila Yus terlebih dahulu merangkul pinggangnya.
Afini kian ketakutan. Dadanya
sudah tidak mampu menahan debaran. Kian kuat gendang irama yang teralun. Terasa
sakit dadanya saat ini. ‘Ya Allah...
bantulah aku.’ Doanya di dalam hati.
“Kalau you tak bagi I buat apa
yang I nak buat, I akan tuntut ‘hak’ I.”
Dada Afini kian berdebar. “Nak
tuntut ‘hak’ you?” Dia pantas menggeleng laju. Sungguh! Dia tidak mahu
dilakukan seperti apa yang dikatakan oleh lelaki kejam di hadapannya ini.
Andailah dia memiliki kuasa luar biasa, pasti sudah dilenyapkan Yus dari muka
bumi ini untuk selama-lamanya.
“Kalau tak nak, jangan melawan.”
Saat ini tubuh Afini telah pun
membelakangi Yus. Jari jemari Yus mula memainkan peranannya. Dibelai dan disisir
sekali lagi rambut Afini sebelum dianyam menjadi seni rambut yang Afini
inginkan.
Cantik! Itu perkataan pertama yang
terdetik di hati Afini saat melihat hasil seni Yus menerusi cermin yang berada
di ruang tamu itu. Tocang yang dihasilkan oleh Yus begitu sempurna. Setiap
helaian rambut Afini dijalinkan antara satu sama lain sehingga menghasilkan
satu anyaman yang begitu kemas dan cantik.
“Cantik.” Tanpa sedar Afini
memuji. Terbang jauh ketakutan yang tadinya bermukim di hatinya.
Yus sekadar tersenyum.
“Mana you belajar?” soal Afini
ingin tahu. Dia tidak menyangka lelaki sehebat Yus mampu menghasilkan seni
rambut yang begitu sempurna. Mengalahkan dirinya yang sememang tidak tahu
langsung. Malu pun ada.
“Masa I belajar dekat UK dulu. I
duduk serumah dengan kawan I. Setiap pagi dia ikat tocang rambut dia.So, dari situlah I
belajar.”
“You duduk serumah dengan
perempuan?” Lancang mulut Afini bertanya.
“Tak adalah. You ingat I ni apa?” sedikit
berang Yus berbicara.
“Manalah tahu,” perli Afini.
“You nikan dahlah tak reti nak
ucapkan terima kasih, fitnah I lagi. I bukan duduk serumah dengan perempuan, tapi lelaki.”
“Takkan lelaki tocang rambut?”
soal Afini lagi, kian pelik.
“Dia… mak nyah.”
Kenapalah dia boleh terlupa akan
status gay yang dipegang oleh Yus? Pastilah mak nyah yang dimaksudkan oleh Yus
itu adalah ‘teman wanitanya’. Dia sangka, Jeff insan pertama yang bertakhta di
hati Yus. Tetapi ternyata sangkaannya itu meleset.
“Jombreakfast,” ajakan
Yus itu mengembalikan Afini ke alam nyata.
“I puasa hari ni. You makanlah. I
dah sediakan air kopi dengan roti bakar untuk you.”
“Roti bakar aje?”
‘Eh, mamat ni! Kira baiklah aku
bagi kau makan roti bakar. Kalau aku bagi makan roti yang dah berkulat baru kau
tahu!’ marah Afini.
Yus sudah pun mengambil tempat di meja makan sambil
tangganya laju menjamah apa yang isterinya itu sediakan.
Afini yang turut mengambil tempat
di hadapan Yus, masih berkira-kira untuk meluahkan apa yang sedang
difikirkannya tika ini.
“Nak cakap apa?”
Afini terus memandang wajah Yus
saat lelaki itu bertanyakan soalan. Tahukah Yus apa yang sedang dia fikirkan
saat ini?
“Kalau muka you macam tikus mondok
tu, maknanya adalah benda yang you nak cakap dengan I. Apa dia?”
‘Tikus mondok? Muka aku yang
cantik macam bidadari ni dikatakannya tikus mondok? Kurang ajar punya gay!”
Sempat lagi dia membebel di dalam hati.
“Hmm… you tahukan hari ni I puasa.
Jadi… apa kata kalau you belanja I makan untuk berbuka puasa nanti?”
“I belanja you? Cik Afini yang
cantik jelita, bukan ke you yang sepatutnya belanja I. Dahlah I tolong you
tocangkan rambut. Terima kasih pun tak ada. Tup… tup... I pulak yang nak kena
belanja you.”
“Alah. Bukannya I tak nak belanja
you. Masalahnya you tu bukannya nak makan dekat restoran biasa. Nak yang adaair-cond. Dahlah
gaji belum masuk,” perli Afini..
Yus tersenyum. “Okeylah.... You
pilihlah you nak berbuka dekat mana nanti. Tapi ingat! I nak tempat tu mesti
adaair-cond dan paling penting tempat tu bersih.”
Afini mengangguk.
Selesai makan Yus bangkit untuk
membasuh piring dan cawan yang digunakan.
“Eh, ttak payah. Biar I buat.”
Pantas Afini mengambil apa yang dipegang Yus. Kalau bukan kerana mengharapkan
apa yang dirancangnya malam nanti menjadi nyata, tak ingin dia menjadi kuli
batak lelaki yang masih memandang pelik ke arahnya itu.
“Kenapa you baik sangat hari ni?”
tanya Yus.
“Mana ada. Bukan hari-hari I macam
ni ke?” Afini pantas mengatur langkah ke arah singki agar Yus tidak dapat
menghidu akan muslihatnya. Selesai mencuci, dia berpaling menghadap Yus yang
masih duduk di meja makan.
“Yus… terima kasih.”
“Terima kasih?” ulang Yus.
“Tocangkan rambut I. Cantik.”
Afini pusingkan semula tubuhnya sesudah mengakhiri kata-kata itu dan dia
sendiri tidak tahu apakah reaksi muka Yus saat ini. Senyum atau…
Setelah yakin telah masuknya waktu Maghrib, Afini membaca doa
berbuka puasa berserta doa makan. Terasa dingin tekaknya dibasahi jus tembikai.
Kesejukan minuman ini menambahkan lagi keenakan rasanya. Dia tersenyum puas.
Tiba-tiba terdengar tawa kecil lahir di bibir lelaki yang sedang memandang ke
arahnya.
“Kenapa you ketawa?” tanyanya
sambil menyuap makanan ke mulut.
“Tak ada apa-apa. Comel you senyum
macam tu. Ni you puasa nazar ke apa ni? Yalah siap berbuka dekat Hotel
Shangri-La lagi?”
“Perli nampak. Kan you yang kata.
Tak nak tempat kotorlah. Nak adaair-condlah.So, inilah tempat yang paling sesuai untuk lelaki yang
cerewet macam you. Untuk pengetahuan you, I ganti puasalah.”
Afini masih meneruskan suapan.
Tetapi saat mindanya memikirkan tentang apa yang dirancangkannya malam ini,
dadanya mula berdebar. Dia memandang ke arah Yus. Nyata lelaki ini kelihatan
tenang. Adakah ketenangannya itu akan kekal? “Yus… Hmm… kalau…”
“Kalau apa?”
Entah mengapa Afini berasa takut
untuk meneruskan kata-kata yang tersekat di kerongkongnya. Takut untuk
mengambil risiko. Dia menggeleng.
Yus tersenyum. “Cakap ajelah. I
tak makan oranglah.”
‘Memanglah sekarang kau cakap, kau
tak makan orang. Tapi kalaulah kau tahu apa yang akan berlaku sekejap lagi,
mesti kau cincang aku hidup-hidup.’ Terasa ngeri membayangkan kemungkinan yang
dinyatakan oleh hatinya itu. Serta merta tekaknya terasa haus. Cepat Afini
mencapai gelas dan meneguk airnya.
“You ni kenapa Afini? Dari pagi
tadi lagi I tengok you lain macam aje? You ada sembunyikan sesuatu dari I ke?”
Hampir tidak mampu Afini bernafas
saat ini. Segala sangkaan Yus tepat belaka. “Tak ada apa-apa. You tak nak makan
ke? Dari tadi you asyik tengok I makan aje. Bukannya boleh kenyang pun.” Afini
cuba mengalih topik.
“Siapa kata pandang you tak boleh
buat I rasa kenyang?” Kali ini Yus sudah pun memandang penuh romantik ke arah
Afini.
Tertelan liur Afini dibuatnya. ‘Ya
Allah… andailah lelaki ini tahu
apa yang sedang berlaku di luar pengetahuannya, adakah dia masih sudi memandang
Afini seperti itu?’
“Afini…” Kian lembut nama Afini
dipanggil. “Kalau I katakan… yang I ni bukannya seorang…”
Afini masih menanti penuh debaran
ayat akhir yang ingin diucapkan oleh Yus. Kali ini debarannya berkali ganda
mengetuk dadanya sehingga menghadirkan rasa sakit saat matanya terpandang
sesuatu. Ya! Saatnya telah tiba!
‘Ya Allah... kau bantulah aku dalam menjayakan rancanganku. Andai
kegagalan yangku temui, kau kuatkan hati dan semangatku untuk menempuhi
sebarang kemungkinan. Amin...’
“Kalau I katakan yang I ni
sebenarnya…”
“Yus...”
Serta merta riak wajah Yus yang
tadinya begitu lembut dan romantik bertukar terkejut. Terlihat bunga-bunga
kebencian dan kemarahan pada wajah lelaki itu tika ini. Dia pantas menoleh ke
arah wanita yang sedang memanggil lembut namanya. Kini dua orang insan yang
saling mempunyai pertalian darah yang kuat bertemu muka.
Terpamer riak kerinduan dan
kegembiraan di wajah Datin Nur Kamiilah saat dirinya berdepan dengan insan yang
amat dirinduinya.
Yus mendengus kasar. Jelas riak
kebencian dimukanya. Mukanya memerah menahan marah.
“Yus… mama rindu Yus.”
Saat Datin Nur Kamiilah ingin
menyentuh pipi anak lelakinya itu, Yus pantas menangkis tangan wanita itu
kasar. “Siapa anak kau? Sedar sikit siapa diri kau tu! Untuk pengetahuan kau,
kau tak layak nak gelarkan diri kau mama aku! Perempuan jahanam!”
Terkejut Afini mendengar kata-kata
Yus. Dia tidak menyangka Yus sanggup mengeluarkan kata-kata yang begitu kesat
kepada insan yang telah melahirkannya ke muka bumi ini. Walau sebesar manapun
kesalahan wanita itu, Yus tidak sepatutnya menuturkan itu semua.
“Kau dengar sini! Aku bukan anak
kau! Mama aku dah lama mampus!”
“Yus… sampai hati Yus cakap macam
tu dengan mama…” Air mata Datin Nur Kamiilah sudah mula mengalir.Tidak
dihiraukan lagi pandangan orang sekeliling yang memandang ke arah mereka untuk
mengetahui apakah yang sedang berlaku.
“Sampai hati?! Ayat tu sepatutnya
kau tujukan pada diri kau! Waktu kau menggatal dulu, kau campak aku dengan papa
macam kain buruk! Sekarang kau nak aku terima kau semula? Kau ingat
senang-senang aku nak lupakan semua tu?!” tengking Yus kuat.
Datin Nur Kamiilah kian dihambat
rasa sedih. Tangisannya makin kuat.
“Kalau ikutkan hati aku! Nak aje
aku bunuh kau!”
“Yus!” Tanpa sedar, Afini sudah
menjerit memanggil nama lelaki yang kian lancang mengeluarkan kata-kata kesat.
Tidak sanggup lagi rasanya, membiarkan Yus mencederakan hati wanita yang
diundangnya ke sini bagi memenuhi impian wanita itu untuk bertemu dengan anak
kesayangannya.
“Cukup. Kita balik,” pujuk Afini
sambil menggenggam jari jemari Yus. “Kita balik.” Kali ini kian lembut Afini
menuturkan kata-kata.
Afini yakin
hanya kelembutan yang mampu meredakan sedikit api kemarahan yang dinyalakan
oleh syaitan. Melihat Yus tidak bersuara, Afini menarik tangan Yus menjauhi
wanita yang masih memandang simpati dan belas ke arahnya itu. Bukan Afini tidak
berasa kasihan atau belas terhadap dirinya. Tetapi untuk saat ini, dia sendiri
tidak mampu untuk berbuat apa andai Yus masih tidak mahu menerima wanita itu.