26
Hampir seminggu Afini mengisytiharkan perang dingin dengan Yus. Sewaktu di
rumah, bilik merupakan zon selamat untuknya diami sepanjang tempoh tersebut.
Yus pula pada kebiasaannya akan terus menghilangkan diri selepas dia menghantar
Afini pulang. Baliknya pula melebihi waktu tengah malam.
Sepanjang perjalanan pulang dari pejabat,
seperti biasa suasana bisu akan menyelubungi Afini dan Yus. Walaupun jarak di
antara syarikat dan kondominium milik Yus tidaklah berapa jauh, namun tika ini
terasa masa berlalu dengan begitu perlahan. Andailah dia mampu terbang, pasti
sudah lama dia meninggalkan lelaki yang sedang menumpukan perhatian terhadap
pemanduan saat ini.
Handphone Afini berdering. Cepat sahaja Afini mendapatkanhandphone yang berada di
dalamhandbag. Tetapi saat terlihat nama sang pemanggil yang tertera di skrin,
dia pantas mematikan niatnya. Deringan senyap seketika. Namu,n beberapa saat
kemudian melodinya hadir semula dan seperti sebelumnya, dia hanya membiarkan
sahaja.
“Kenapa tak jawab?” tanya Yus kasar.
Afini bagai tidak percaya yang Yus sedang
bertanyakan soalan itu.
Setelah hampir seminggu, akhirnya Yus berbicara
jua dengan dirinya. Kiranya dalam perang ini, Afini lah yang menjadi
pemenangnya.
“Siapa telefon?” Yus masih bertanya apabila
Afini tidak memberikan jawapan terhadap soalan sebelumnya.
“Tak penting,” jawab Afini, sepatah.
“Tak penting? Panggilan tu tak penting ke? Atau
tak penting untuk you menjawab soalan I?” tanya Yus dengan suara sinis.
Afini malas hendak berbahas dengan lelaki yang
sentiasa mencurigai dirinya itu. Lantas, dibiarkan sahaja persoalan itu tanpa
jawapannya. Suasana kembali menyepi. Tetapi ia tidak lama.
Sekali lagihandphone Afini berdering dan sepantas kilat Yus merampashandphone yang sedang
dipegangnya. Dia tergamam. Tidak menyangka yang Yus akan bersikap seperti itu
sedangkan dia sedang memandu. Debaran kian kuat terasa di dadanya apabila Yus
meletakkanhandphonenya ke telinga. ‘Oh tidak!’
“Siapa ni?” tanya Yus sedikit kasar.
“Ooo… Zack.” Sambil menyebut nama itu, Yus
menjeling tajam ke arah Afini.
‘Mati aku!’ Peluh dingin membasahi Afini.
“Dia tak ada. Mandi. Boleh I tahu kenapa you nak
bercakap dengan dia?” Tipu Yus dan terdengar nada ketidaksenangan dalam
bicaranya.
“Okey. Nanti I minta diacall you balik.” Tanpa
mengucapkan salam Yus terus memutuskan talian.
Afini
diam. Dia menantikan reaksi daripada Yus. Dia pasti Yus akan melenting selepas
ini.
Yus menghelas nafas kasar. Dengan pantas, dia
menekan butang yang mengawal turun naik cermin kereta. Sekuat hati dia
mencampakkanhandphone Afini. Nasib baik jualah tidak terkena cermin hadapan sebuah kereta
yang memandu bersebelahan dengan mereka. Tetapi kerana si pemandu berang dengan
sikap Yus, hon dibunyikan.
Yus tidak menghiraukan bunyi hon yang diberikan
akibat sikap kurang ajarnya. Cermin kereta sudah lama dinaikkan semula. Dia
menguatkan penghawa dingin.
Afini hanya mampu menelan liur, melihathandphonenya yang
berkecai. Dia masih mendiamkan diri, takut untuk berkata atau melakukan
apa-apa. Tidak dihiraukan rasa sakit hati akibathandphonenya dicampak keluar. Biarlah… biarlah dia kehilangan gajet itu
daripada kehilangan nyawanya!
“Tak guna!” jerit Yus.
Afini
benar-benar takut melihat muka Yus yang kelihatan bengis.
“Patutlah bila aku mintak ‘hak’ aku, kau tak
bagi! Rupa-rupanya kau ada hubungan sulit dengan lelaki jahanam tu! Betul kan?
Jawab!”
Hampir menitik air mata Afini mendengar
tengkingan Yus. ‘Mampus aku! Yus betul-betul dah naik hantu ni!’ Ketakutan kian
mencengkam kuat tali hati Afini.
“Jawab!!!” Sekali lagi Yus menengking. “Kau bisu
ke apa?! Aku tanya kau ni!”
Saat ini Yus sudah memberhentikan keretanya di
bahu jalan. Lengan Afini dicengkamnya kuat.
“Sakit…” Air mata Afini mula berlinangan.
“Sakit! Tolong lepaskan I!”
Namun Yus tidak menghiraukan rayuan Afini. Malah
lelaki itu kian mengcengkaman Afini dengan kuat.
“Kau ingat kalau kau menangis, aku akan simpati!
Hah! Kau memang perempuan tak guna!”
“I tak ada hubungan sulit dengan sesiapa
termasukZack! Dia cuma sahabat I.”
“Sahabat? Kalau sahabat kenapa kau tak jawab
panggilan dia tadi? Kau takut?! Takut aku tahu yang kau ni memang ada hubungan
sulit dengan dia!”
Kali ini Yus sudah melepaskan lengan Afini.
Tetapi pandangannya masih tepat ke arah isterinya itu, bagai mahu dibahamnya
Afini saat ini.
“I memang tak ada apa-apa hubungan dengan Zack.
Dia cuma telefon I untuk bertanya khabar. Itu aje.”
“Bertanya khabar? Tolonglah… macamlah telinga
aku ni pekak! Tak dapat nak cam suara orang yang tengah sedih! Kenapa? Dia
sedih sebab kau dah tak layan dia ke?”
Hati Afini kian berdarah mendengar fitnah dan
syak wasangka daripada Yus. “Yus… walaupun you tak pernah layan I dan anggap I
sebagai seorang isteri, tapi… sumpah demi Allah
yang I memang tak pernah ada hubungan sulit apatah lagi nak melakukan dosa
besar seperti yang you sangkakan itu. I tahu siapa I di sisi you. Tapi, tolong
jangan fitnah I sampai macam tu sekali. I masih ada maruah sebagai seorang
perempuan dan tolong hormati I.”
Linangan air mata Afini kian laju mengalir.
Kemarahan Yus yang menggila terus menghilang
saat melihat air mata Afini. Dia menghela nafas berat.
Yus termenung di depan bilik Afini. Masih terngiang-ngiang di telinga
Yus akan kata-kata Jeff.
“Kau kena belajar untuk bersabar. Kawal marah
kau tu! Kau tak boleh nak terus-terusan sakitkan hati Afini. Lagipun, aku tak
percaya yang Afini tu jenis perempuan yang macam kau sangkakan tu. Aku yakin
dia tak ada hubungan dengan Zack! Ini cuma salah faham. Kalau kau sayangkan
Afini, kau kena percayakan dia!” nasihat Jeff.
Tangan Yus masih berkira-kira sama ada mahu
mengetuk atau tidak daun pintu di hadapannya ini. Setelah hampir lima minit
berdiri di hadapan muka pintu, akhirnya ketukan diberikan. Walaupun dua kali
pintu diketuk, masih tiada respons daripada Afini. Dia yakin, Afini masih marah
dengan dia. Dia berpaling untuk melangkah.
Namun, baru selangkah, terdengar daun pintu
dibuka perlahan. Cepat sahaja Yus menoleh dan jelas di penglihatannya kini
wajah Afini. Mata Afini bengkak. Serta merta dia rasa bersalah sangat. Dia
menghampiri insan kesayangannya yang masih memakai telekung.
“Maaf… tadi I sembahyang,” lirih suara Afini.
‘Kenapa Afini yang harus menuturkan kata maaf
sedangkan aku yang menyakiti dan menghancur remuk hatinya?’ rintih hati Yus. “I
tunggu you dekat meja makan.”
“Tak apalah, you makanlah. I dah makan,” tipu
Afini.Sebenarnya, sejak sampai di rumah tadi, dia langsung tidak meneguk air.
Kesedihan membuatkan dia lupa segalanya.
“I ada perkara nak bincang dengan you. I tunggu
you dekat meja makan.” Suara Yus lembut.
Hampir sepuluh minit, barulah Afini keluar dari biliknya. Dia melangkah ke
meja makan. Yus setia menunggunya di situ. Dia atas meja, terhidang nasi ayam
berserta sup dan air sirap limau di hadapan mereka berdua.
“I beli dekat kedai makan tadi,” beritahu Yus
tanpa diminta. “Makanlah. I tahu you belum makan.”
Afini hanya diam. Nasi ayam di depan mata hanya
di pandang sekilas.
“Afini…”
“You nak cakap apa? Maksud I… tadi you kata you
nak berbincang. You nak bincang apa?” Suara Afini kedengaran serak akibat
tangisan yang menggila siang tadi. Dia masih menundukkan wajahnya.
“Nah, ambil ni,” kata Yus sambil menghulurkan
beg kertas warna biru di depan Afini.
Pantas, Afini menoleh ke arah Yus untuk melihat
apakah yang dihulurkan kepadanya. Dia masih berkira-kira sama ada ingin
mengambilnya atau tidak.
“Ambillah. I belikan khas untuk you,” pujuk Yus.
Dengan perlahan, Afini menerima pemberian Yus
itu.
“Bukalah,” arah Yus dan Afini hanya menuruti.
“iPhone?” soal Afini, bagaikan tidak percaya.
Sudah lama dia mahukan gajet yang sudah pun berada di tangannya ini. Memang
selama ini impiannya nak memiliki gajet itu. Tetapi saat memikirkan yang dia
perlu membayar ansuran bank cagaran tanah pusaka emaknya, dia hanya menyimpan
sahaja hasratnya itu. Apatalah lagi jumlah yang perlu dibayar setiap bulan agak
tinggi. Dia tersenyum.
“You suka?” tanya Yus.
Afini lantas mematikan senyumannya. “Tapi…
harganya mahal. I tak mampu nak bayar.”
Yus tersenyum. “I tak kata pun yang you perlu
bayar. I nak gantikanhandphone you yang I campak petang tadi.”
“Handphone yang you campak tu murah aje. Tak sama dengan iPhone ni.” Afini
masih berkira-kira.
“You tak nak iPhone ni? Kalau tak nak, tak apa.
Esok I pulangkan balik dekat kedai. Lepas tu, I carikanhandphone yang sama dengan
handphone you tu.” Cepat sahaja Yus ingin mengambil semula pemberiannya. Dia
cuba menarik iPhone ditangan Afini.
Tetapi makin kuat Yus menarik, makin erat pula
genggaman tangan Afini. Bagai tidak mahu dilepaskanbarang yang sudah lama
diidam-idamkannya itu.
“Kenapa tak nak lepas?” Yus tersenyum.
“Hmm… nanti ada duit I bayar.”
Kian lebar senyuman Yus. “Tak payah bayar. I
tahu you dah lama nakkan iPhone ni. Pertama kali you pandang iPhone I pun I
tahu you mahukannya. Jadi tak payahlah you nak bayar. Anggap sahaja pemberian
ini sebagai gantihandphone you yang I dah rosakkan tu. Lagi satu, I dah dapatkan nombor
telefon sama yang you pakai sebelum ni. I tak tukar nombornya. I percaya dekat you. Kalau you kata tak ada
hubungan dengan Zack, I percaya! Cuma I harap… you takkan hancurkan kepercayaan
I.”
Afini membiarkan matanya menjamah seraut wajah
milik Yus. Kumis nipis di wajah itu
menambahkan lagi kekacakan lelaki itu. Namun, di sebalik wajahnya yang sempurna
terlihat sebuah penyesalan. Sesalkah Yus dengan perbuatannya petang tadi?
“Afini…” Yus dan Afini bertentangan mata seketika.
“I… nak minta maaf dengan apa yang I dah buat dekat you tadi.”
Afini menundukkan wajahnya. Tidak mampu untuk
bertentang mata dengan Yus saat ini.
“I… I tahu yang I tak layak dimaafkan. Dah
banyak kali I sakitkan hati you. Tapi, I betul-betul tak dapat terima… kalau
benar you ada hubungan dengan mana-mana lelaki. I takut!”
“Takut?” soal Afini.
Agak lama
Yus mengambil masa untuk menjawab soalan itu. “Betul. I takut. Takut yang I
akan menerima nasib yang sama macam papa I!”
Afini mengerti apa
yang ingin Yus sampaikan melalui renungannya itu. Tetapi adakah Yus mengerti
dan memahami dirinya? Andai Yus benar-benar mengetahui siapakah Nur Afini yang
sebenarnya, pasti lelaki itu tidak akan mencurigainya lagi.