Home Novel Komedi/Romantik Komedi Beb, I Love You!
Bab 19


Tidak berkelip mata Fuadzi memandang gadis yang sedang mengambil tempat di hadapan mereka. Lufia agak berdebar melihat reaksi tenang Adwa.
"Ad, kenalkan ni Fuadzi. Dia salah seorang model aku," beritahu Diana dengan senyuman lebar. Adwa mengangguk. Dia hanya memandang sekilas ke arah lelaki itu sebelum memandang tajam ke arah Lufia. Lufia menggigit bibir.
"Panggil Fuad aje,"kata Fuadzi dengan senyuman. Dia cuba mengikut rentak gadis itu. Rania menyiku lengan Adwa
"Senyum lah sikit," bisiknya. Adwa sekadar tersenyum hambar.
"Hai, saya Jimy," celah rakan yang ada di sebelah Fuadzi.
"Hello," balas Adwa dengan senyuman. Terangkat kening Lufia dengan reaksi sahabatnya itu. Dia memandang Diana, gadis itu hanya tersenyum lebar. Fuadzi berdehem perlahan.
"Terima kasih sebab selamatkan saya hari tu," katanya separuh mengusik. Adwa sekadar tersenyum sinis.
"Fuad dan Ad pernah jumpa sebelum ni?"soal Rania agak teruja.
"Pernah. Cuma masa tu saya tak kenal Adwa Riana. Cepat sangat larikan diri," jawab Fuadzi masih dengan senyuman nakal.
“Awak mesti tak sayang nyawa. Saya menyesal pula terserempak dengan awak hari tu," balas Adwa tanpa senyuman.
"Mungkin ni takdir kita berdua. Awak dah tak boleh larikan diri lagi," balas Fuadzi sambil merenung tajam ke arah gadis itu.
"Jangan nak bermimpi di siang hari," kata Adwa mula geram.
"Awak cabar saya?" soal Fuadzi yang agak tercabar dengan kata-kata gadis itu.
"Wou! Kami masih ada kat sini ya," Diana bersuara apabila melihat Adwa yang mula berang.
"Aku dah lama tak tengok drama melayu," celah Jimy sambil menyiku rakannya itu. Fuadzi tergelak kecil. Rania menyentuh jemari Adwa. Gadis itu dilihatnya sedang menarik nafas perlahan cuba menenangkan diri.
"Kau kena berdepan dengan kami dulu Fuad," celah Lufia sambil mencapai jus epal di depannya.
"I see..." balas Fuadzi sambil merenung Adwa. Adwa bingkas berdiri.
"Nak ke mana?" soal Rania dengan kening berkerut. Adwa berlalu tanpa menjawab. Lufia menahan Rania daripada mengikut langkah gadis itu.
“Bukan sekarang,” bisiknya. Rania akur. Fuadzi tersenyum hambar melihat langkah laju Adwa meninggalkan mereka.

                                  *****

Lufia mengeluh perlahan apabila melihat bilik mereka kosong tanpa Adwa. Entah kemana gadis itu pergi.
"Kau okay?" soal Dania sambil berbaring di atas katil.
"Mana Nia?" tanya Lufia tanpa menjawab pertanyaan gadis itu
"Mana lagi kalau tak dengan buah hati," jawab Diana sambil cuba memejamkan matanya. Lufia berpaling memandang sahabatnya itu.
"Aku rasa bersalah pada Adwa. Aku dah buat dia terluka lagi," katanya dengan perasaan bersalah.
"Maksud kau?" soal Diana dengan kening berkerut.
“Fuadzi tu abang Iz,” beritahu Lufia.
What? Kau biar betul?” soal Diana sambil bangikit dari katil. Lufia mengangguk perlahan.
“Sejak bila? Maksud aku, sejak bila kau tahu? Kenapa tak beritahu aku? Tak lah aku ajak Fuad berganding dengan Adwa hari ni. Nasib baik tak jadi,” balas Diana sambil meraup wajahnya. Dia benar-benar tidak tahu akan perkara tersebut.
“Macam mana aku nak beritahu kalau Fuad tu dah ada depan mata?” soal Lufia sambil mengeluh lagi.
“Maafkan aku,” ucap Diana dengan perasaan bersalah. Lufia menggeleng.
“Bukan salah kau,” katanya.
“Kalau Fuad ada kat sini, Iz pun tentu ada sekali,” teka Diana. Lufia mula berdebar mendengar tekaan gadis itu.
“Qish pun ada kat sini,” sambung Diana.
How? Kenapa semua orang ada kat sini?” soal Lufia dengan kening berkerut. Diana menggeleng tanda tidak tahu. Dia juga hairan.

                                 *****

Fuadzi bersandar tenang pada kerusi.
“Fuad, cuba kau beritahu aku. Siapa Adwa tu? Cara kau pandang gadis tu macam dah lama kenal. Tapi kau tak pernah pun cerita dengan aku,” tanya Jimy.
“Aku pernah jumpa dia 4 tahun yang lepas. Sebenarnya rumah kami kat Malaysia tak jauh sangat dengan rumahnya. Adwa tu kawan baik Iz,” jawab Fuadzi tanpa memandang rakannya itu. Jimy mengangguk.
“Dah tu kenapa korang berdua buat tak kenal aje tadi?” soalnya lagi.
“Kami jumpa beberapa kali aje Jim. Memang kami tak kenal sangat pun,” balas Fuadzi dengan senyuman hambar.
“Tapi kau suka dia kan?” soal Jimy separuh meneka. Fuadzi terdiam. Empat tahun yang lalu memang dia tidak nafikan hatinya terpaut pada gadis itu. Selepas dia kembali ke Itali, hatinya dibiarkan kosong tanpa memberi peluang kepada sesiapa yang mahu mendekatinya. Sejak pertemuannya dengan Adwa beberapa hari yang lepas, hatinya mula berharap semula.
“Kau diam ni maksudnya betul lah tu,” sambung Jimy separuh mengusik. Fuadzi tergelak kecil. Dibiarkan soalan Jimy tidak berjawab.

                                 *****

Adwa memandang langit yang gelap. Dia mengeluh perlahan sambil memandang telefonnya yang bergetar menandakan ada mesej yang masuk. Lufia.
-Ad kat mana? Kata nak balik bilik.
-Tak jadi.
-okay, but where are you?
-Ad nak sendirian.
-Okay. Call me if you need someone.
-Thanks Luf.
Adwa menutup telefonnya.
"Tak sejuk ke?"
Adwa memandang lelaki yang berdiri tidak jauh dari tempatnya. Tengku Hadwan. Lelaki itu kelihatan turut memandang langit. Adwa hanya diam tidak membalas. Tengku Hadwan melangkah perlahan menghampiri gadis itu. Dia membuka jaketnya dan menghulurkan kepada Adwa. Terangkat kening Adwa memandang telatah lelaki itu.
"Saya tak perlu," tolaknya. Tengku Hadwan menarik lembut tangan Adwa lantas meletakkan jaket tersebut di atas tangannya.
"Hari ni awak bertuah sebab saya bukannya jenis yang baik hati sangat," katanya sebelum berlalu pergi. Terkebil- kebil Adwa memandang langkah lelaki itu.

                                   *****

Rania menarik lengan Adwa melangkah masuk ke dalam gimnasium.
"Lengan aku ni bukan besi lah cik adik, " kata Adwa dengan kening berkerut. Rania sekadar tersengih mendengar kata-kata sahabatnya itu sambil memandang sekeliling.
"Kau tunggu kat sini kejap. Aku nak cari Ray. Kata dah sampai tapi tak nampak pula kesayangan aku ni. Kejap ya, " pinta Rania sebelum berlalu. Adwa hanya menggeleng perlahan.
Dah ada buah hati tapi masih juga nak berkepit dengan aku.
"Adwa…,"
Panggilan lembut itu membuatkan Adwa terkedu sejenak. Dia berdiri kaku tanpa berpaling memandang si pemilik suara tersebut.
"Adwa Riana, " panggil suara itu lagi sambil memaut lengannya lembut. Namun dengan pantas Adwa menepis tangan lelaki itu.
"Don't touch me!" jeritnya kuat sambil membalas tajam pandangan lelaki itu.
"Ad..., Why..., I..., " Izdan jelas terkejut dengan reaksi gadis itu. 
"Iz dah lama cari Adwa," katanya dengan perasaan sebak. Adwa mendengus geram sebelum mula melangkah untuk berlalu.
"Adwa Riana!"
"Aku tak pekak lah!" balas Adwa keras. Langkahnya terhenti.
"I miss you, " ucap Izdan agak kuat.
"I really miss you," sambungnya dengan nada sayu. Adwa berpaling memandang lelaki itu semula.
"Tolong jangan ganggu aku lagi. Aku nak kau pergi jauh dari hidup aku! Leave me alone!" balas Adwa separuh merayu.
"Adwa," Rania pantas menarik lengan gadis itu untuk berlalu. Izdan meraup wajahnya.

                                  *****

"Siapa beritahu dia?" soal Adwa yang sedang berdiri membelakangi rakan-rakannya.
"Tak ada sesiapa " jawab Diana perlahan. Adwa tersenyum sinis. Dia berpaling memandang rakan-rakannya.
"So, macam mana dia ada kat sini?" soalnya lagi tidak berpuas hati.
"Qish pun ada kat sini juga. Aku rasa mereka itu sedang cuti bersama," balas Lufia sambil membetulkan rambutnya.
"Aku nak balik, " kata Adwa sambil melangkah ke arah almari.
"Ad please, kita dah rancang lama percutian ni. Takkan sebab Iz ada kat kapal ni, holiday kita pun cancel, " Rania yang kebetulan berdiri berhampiran dengan almari pantas menghalang Adwa.
"Ad, dah beberapa tahun berlalu. Kau masih tak boleh maafkan Iz? Aku sebenarnya tak faham. Apa salah Iz? Yang buat fitnah dan cerita tu Qish. Bukan Iz. Iz tak tahu apa yang berlaku," celah Diana sambil memandang tepat sahabatnya itu.
"Aku tak nak jawab soalan tu. Lagi satu aku benci soalan tu!" balas Adwa geram.
"Adwa," celah Lufia yang mula risau dengan emosi gadis itu.
"Aku tak kisah kalau korang nak berkawan dengan sesiapa pun. Tapi jangan paksa aku. Korang dah lama kenal aku. Tapi aku rasa korang masih tak faham kenapa aku jadi macam ni, " balas Adwa sambil melangkah pantas menghampiri pintu bilik.
"Adwa…," panggil Rania. Lufia menahan langkah gadis itu.
“Biarkan dia tenang dulu,” katanya. Diana mengeluh perlahan. 

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.