Adwa tersenyum menerima kedatangan lelaki itu.
“Duduklah, nak minum apa?” soalnya. Tengku Hadwan tersenyum sambil mengambil tempat di hadapan gadis itu.
“It’s okay,” balasnya. Adwa mengangguk.
“You look great,” kata Tengku Hadwan sambil memandang wajah tenang gadis itu.
“Thanks. Wan, actually saya nak pulangkan ni,” balas Adwa sambil meletakkan bekas cincin di hadapan lelaki itu. Tengku Hadwan hanya memandang bekas cincin tersebut.
“I’m sorry,” ucap Adwa dengan perasaan bersalah. Dia tidak pernah berniat mahu mempermainkan perasaan lelaki itu. Adwa akui dia selesa dengan Tengku Hadwan. Namun dia masih belum bersedia untuk menerima seseorang dalam hidupnya. Tengku Hadwan mencapai bekas cincin tersebut lantas membukanya.
“Cincin ni untuk awak. Saya beli sebab memang nak hadiahkan untuk awak,” katanya. Dia kelihatan tenang namun hatinya sudah berkecai saat Adwa meletakkan bekas cincin tersebut. Walaupun sebelum ini dia sudah menjangkakan yang Adwa mungkin akan mengembalikan cincin tersebut, namun dia tetap sukar menerimanya. Sebak hati Adwa melihat wajah tenang lelaki itu.
“Saya tak suka terima hadiah daripada orang. Terutama hadiah macam ni. Saya bukan tak hargainya. Cuma tak selesa. Saya harap awak faham. Sorry Wan,” balasnya. Tengku Hadwan tersenyum.
“Awak dah buat keputusan Ad. Saya terima,” balasnya dengan perasaan kecewa. Adwa tersenyum hambar.
“Saya akan ke Berlin,” beritahunya. Tengku Hadwan terkejut.
“Bila? Selepas awak nikah dengan Iz?” soalnya.
“Dua minggu lagi,” balas Adwa. Tengku Hadwan mengangguk. Soalannya tidak berjawab. Adakah Adwa sengaja mengelak untuk menjawab soalannya atau tidak faham dengan soalannya? Tanpa sedar Tengku Hadwan mengeluh perlahan.
“Wan, saya harap lepas ni kita akan tetap jadi kawan,” sambung Adwa dengan penuh harapan. Tengku Hadwan tersenyum pahit.
“Of course,” balasnya dalam nada perlahan. Apa haknya untuk menghalang jika gadis itu ingin pergi?
“Thank you,” ucap Adwa. Dia sedar dia telah melukakan hati lelaki itu.
I’m really sorry, Wan.
*****
Rania tersenyum saat Adwa membuka pintu pagarnya.
“Nia?” Adwa jelas terkejut menerima kedatangan gadis itu.
“Kenapa tak call kalau nak datang?” soalnya. Nasib baik dia balik awal hari itu. Rania tersengih mengikut langkah gadis itu menuju ke halaman rumah.
“Aku sengaja. Kau tu kan tak nak jumpa kami. Tapi aku rindu kau. Tak tahan,” balas Rania dengan senyuman lebar. Adwa tersenyum.
“Sekejap aku ambil air,” katanya sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Rania hanya mengangguk. Dia menarik nafas lega. Lega apabila melihat rakan baiknya itu sudah mula tersenyum.
*****
“Aku gembira kau dah sihat semula,” kata Rania apabila Adwa sudah duduk dihadapannya. Adwa hanya tergelak kecil.
“Sorry. Aku bukan tak nak jumpa korang. Aku tak tahu nak cakap apa,” balas Adwa.
“Tak apa. Kami faham. Luf dan Ana tak tahu yang aku datang jumpa kau hari ni,” beritahu Rania. Adwa mengangguk.
“So, first thing aku nak tanya, kau dan Wan. How?” soal Rania ingin tahu. Adwa mencapai potongan buah epal di hadapannya.
“Aku dah kembalikan cincin yang dia beri hari tu,” jawabnya. Bulat mata Rania memandang gadis itu.
“So, tu aje? The end?” soalnya dengan riak tidak puas hati. Adwa mengangguk lambat.
“Kau setuju kahwin dengan Iz?” soal Rania lagi. Adwa menggeleng.
“What? Serius?” soal Rania yang jelas terkejut.
“Yes, aku memang tak nak kahwin dengan Iz. Tak terfikir pun,” balas Adwa kini dengan riak wajah serius. Rania mencapai jus oren. Dia meneguk laju.
“Aku akan ke Berlin sambung belajar,” beritahu Adwa. Hampir saja Rania tersedak mendengar kata-kata gadis itu. Adwa tergelak kecil.
“Kau biar betul?” soal Rania dengan kening berkerut.
“Aku jarang menipu,” balas Adwa masih dengan senyuman.
“Kau dan Wan tak jadi. Lepas tu Iz pun kau dah tolak. Then nak sambung belajar pula? Why?” soal Rania yang tidak berpuas hati. Banyak sangat berita yang mengejutkan disampaikan oleh gadis itu.
“Why? Tak boleh ke?” soal Adwa semula. Rania menggigit bibir.
“Okay. Bila nak jalan?” soalnya.
“Dua minggu lagi,” jawab Adwa. Rania mengeluh perlahan.
“Good luck. Kau dah buat keputusan. Aku sentiasa sokong kau,” katanya. Adwa menyentuh jemari gadis itu.
“Aku minta maaf. Aku tak berniat nak rahsiakan hal ni daripada korang. Aku dah jatuh cinta dengan bidang lukisan Nia. Aku nak belajar lebih banyak lagi dalam bidang ni,” balasnya. Rania tersenyum mengangguk.
“Pergilah Ad. Benda baik juga tu. Jangan lepaskan peluang yang ada,” sokongnya.
“Thanks,” ucap Adwa dengan senyuman.
*****
Lufia terdiam mendengar cerita Rania.
“Kau jumpa Ad?” soalnya ingin tahu. Rania terdiam. Diana memandang Lufia.
“Kau dan Ad tak okay lagi ke?” soalnya. Lufia mengeluh.
“Dia tak nak jumpa aku. Tak sambut call aku. Mesej aku pun dia biarkan macam tu aje,” beritahunya dengan perasaan kecewa. Entah apa yang Adwa marah sangat padanya.
“Yes, aku pergi rumah Ad,” celah Rania. Terangkat kening Diana memandang gadis itu.
“Bila?” soalnya.
“Semalam,” jawab Rania perlahan.
“Kenapa tak beritahu kami? Aku pun nak jumpa Ad. Aku nak tanya kenapa dia langsung tak nak jumpa aku,” celah Lufia dengan kening berkerut.
“Sorry,” ucap Rania dengan perasaan bersalah. Dia sengaja tidak memberitahu mereka kerana menyangka yang Diana dan Lufia tidak akan setuju dengan keputusannya untuk menemui Adwa.
“Tapi betul ke Ad tak jadi dengan Iz? Kalau tak jadi, kenapa Ad tolak Wan?” soal Diana pula. Giliran Rania pula mengeluh.
Perlu ke aku beritahu?
“Dia nak sambung belajar kat Berlin,” beritahunya perlahan. Lufia terkedu. Diana bersandar pada kerusinya.
Again?
*****
“Kenapa tak jadi Iz? Hari tu Maria dah terima,” soal Tengku Fariz yang jelas terkejut dengan perkhabaran daripada Izdan.
“Tak ada jodoh pa,” balas Izdan perlahan.
“Mama kamu nak cakap,” kata Tengku Fariz sambil menghulurkan telefon kepada isterinya. Tengku Mariam menyambut.
“Iz, kenapa tak jadi?” soalnya semula.
“Tak ada jodoh ma,” jawab Izdan lagi. Dia tahu kedua orang tuanya itu agak kecewa namun siapa dia hendak memaksa Adwa.
“Tak apalah. Nak buat macam mana. Iz tak nak balik rumah?” balas Tengku Mariam yang agak risau dengan keadaan lelaki itu.
“No ma. Iz okay kat sini. Hujung minggu nanti Iz balik. Sorry ma,” ucapnya.
“Tak apa. Iz jaga diri kat sana,” balas Tengku Mariam.
“Baik. Bye ma,” ucap Izdan sebelum menutup telefonnya. Keluhan berat dilepaskan.
Tak ada jodoh?
Izdan tersenyum. Hatinya hancur luluh saat mengucapkan perkataan itu.
Ad, you know what. I never stop loving you. Remember that.
*****
Maria mengetuk pintu bilik Adwa.
“Masuk,” kata Adwa sambil memandang ke arah pintu. Maria menolak pintu lantas melangkah masuk. Adwa tersenyum.
“Nenek ganggu ke?” soal Maria sambil duduk di kerusi yang berhampiran Adwa.
“Tak,” balas Adwa. Maria menarik nafas panjang. Wajah cucu kesayangannya itu ditatap penuh kasih.
“Maafkan nenek,” ucapnya. Adwa tersenyum.
“Ad sayang nenek. Ad Cuma ada nenek dan mama. Bila nenek buat keputusan hari tu tanpa tanya Ad terlebih dahulu, terus-terang Ad kecewa,” katanya.
“Nenek silap,” balas Maria dalam nada perlahan. Adwa bangun dari katil lantas menghampiri Maria. Dia duduk berteleku di depan orang tua itu. Adwa menggenggam erat jari-jemari Maria.
“Ad dah maafkan nenek. Ad tak boleh marah lama sangat dengan nenek. Ad pun minta maaf juga. Ad tahu Ad dah susahkan nenek dan mama,” ucapnya dengan senyuman hambar. Maria membalas genggaman gadis itu
“Ad tak salah apa pun. Ad juga tak pernah susahkan nenek dan mama. Ad anak yang baik,” balasnya.
“So, nenek tak ada masalah Ad nak pergi Berlin?” soal Adwa. Maria tergelak kecil.
“Nenek setuju. Jangan risau pasal nenek. Mama ada temankan nenek. Ad pergilah. Nenek dan mama akan sentiasa doakan agar semua urusan cucu nenek ni dipermudahkan,” balasnya. Adwa tersenyum lebar. Kini dia sudah boleh menarik nafas lega.
“Thanks nek,” ucapnya. Maria tersenyum mengangguk. Dia menarik nafas lega.