Home Novel Komedi/Romantik Komedi Beb, I Love You!
Bab 26

Berkerut kening Adwa melihat lelaki yang sedang tercegat berdiri di sebelah keretanya. Fuadzi tersenyum membalas pandangan gadis itu. Adwa berhenti melangkah. Kini dia berdiri di hadapan lelaki itu.

“Pagi tadi bunga. Sekarang awak pula yang tercegat kat sini,” tegur Adwa tanpa senyuman.

Sorry pasal pagi tadi. Saya tahu awak tak suka. Tapi saya dah lama nak beri awak something,” balas Fuadzi dengan perasaan berdebar. Dia bukan tidak ingat amaran gadis itu. Cuma dia gagal mengawal diri.

“Fuad, saya minta tolong dengan awak sekali lagi. Tolong jangan ganggu saya. Saya hargai perasaan awak. Saya minta maaf sebab tak mampu nak balas. Saya tak boleh paksa diri. Awak pun tak ada hak nak paksa saya,” kata Adwa dengan tegas. Fuadzi menarik nafas dalam.

“Saya harap awak pun faham. Saya tak mampu nak kawal perasaan ni. Saya sayangkan awak. Saya serius Adwa. Awak tak nak beri saya peluang?” balasnya separuh merayu. Adwa menggeleng.

“Saya tak suka beri harapan. Maafkan saya,” katanya sambil berjalan pantas menuju ke arah keretanya. Fuadzi memandang saja gadis itu. Adwa menurunkan cermin keretanya.

“Saya ulang sekali lagi. Tolong jangan ganggu saya,” katanya sebelum memecut keretanya. Fuadzi mengeluh.

                                  *****

Rania memandang Lufia yang hanya membisu sedari tadi. Dia menoleh pula ke arah Diana. Gadis itu sedang sibuk membelek gambar. Rania menggeleng.

“Luf, kenapa diam aje? Ada masalah?” tanyanya.

“Aku lupa nak beritahu. Adwa kata tak dapat datang. Dia tak sihat,” celah Diana tiba-tiba.

“Sakit? Teruk ke?” soal Rania agak risau.

“Sakit kepala. Dia dah minum ubat. Katanya nak tidur awal. Tu yang dia tak datang,” jawab Diana sambil meletakkan semula gambar di tangannya. Dia menoleh ke arah Lufia.

“Luf, kau tak jawab soalan Nia lagi,” katanya dengan senyuman. Rania tergelak kecil.

“Aku tak ada mood malam ni,” balas Lufia dengan senyuman hambar.

“Kau tak sihat?” soal Rania dengan kening berkerut. Lufia menggeleng.

“Ada masalah ke Luf? Tak nak kongsi dengan kami?” soal Diana pula. Dia bukan baru kenal dengan gadis itu. Melihat sahaja dari riak wajah Lufia, dia sudah dapat meneka ada sesuatu yang mengganggunya. Lufia menarik nafas dalam.

“Dua hari lepas Qish ada datang jumpa aku,” beritahunya.

“Sebab?” tanya Rania dengan kening berkerut. Diana terdiam mendengar kata-kata Lufia.

“Dia beritahu yang Fuad ada hati pada Adwa,” sambung Lufia.

What? How?” soal Diana yang jelas terkejut.

“Qish yang beritahu? Boleh percaya ke?” soal Rania pula. Lufia mengangkat bahu.

“Tak tahu lah Nia. Nak percaya pun susah. Tak nak percaya pun macam betul pula. Aku nak beritahu Adwa pun serba salah. Qish pula tak pasti Fuad dah beritahu Adwa atau tak. Tapi memang Fuad ada kata dia nak beritahu Adwa,” balasnya. Rania menggaru kepalanya.

“Patut lah Fuad beria nak nombor Adwa,” katanya perlahan.

“Masa bercuti hari tu pun aku perasan juga Fuad tu asyik tanya pasal Adwa,” celah Diana dengan kening berkerut.

“Iz tahu ke pasal ni?” soal Rania. Lufia menggeleng.

“Qish tak beritahu lagi. Tak tahu apa reaksi Iz nanti kalau dia tahu,” jawab Lufia.

So kau nak beritahu Adwa?” soal Rania lagi.

“Tak tahu lah. Takut pula aku nak beritahu. Korang bukan tak tahu Adwa tu,” balas Lufia resah.

“Kau cuba tanya Adwa dulu. Mana tahu Fuad tu dah beritahu dia. Aku sibuk sangat sejak akhir-akhir ni. Tak sempat nak tengok keadaan Adwa,” cadang Diana.

“Aku pun dah lama tak jumpa Adwa,” celah Rania dengan perasaan bersalah. Dia agak sibuk dengan projek baru sehingga tidak ada masa dengan kawan-kawannya. Hanya telefon yang menghubungkan mereka sejak kebelakangan ini. Hendak bertemu masing-masing tidak ada masa.

“Aku cuba dulu,” kata Lufia akhirnya. Diana dan Rania serentak mengangguk tanda setuju.

                              *****

“Minggu depan nenek nak balik kampung,” beritahu Maria. Adwa yang sedang menjamu selera hanya membisu.

“Bagus lah tu. Dah lama kita tak balik. Nia pun ingat nak bercuti sekejap,” kata Tania dengan senyuman.

“Sesuai sangat lah tu. Adwa pun kena ikut juga. Nenek tak nak kamu tinggal seorang kat sini,” kata Maria sambil memandang tepat wajah gadis itu. Dia tahu yang Adwa masih merajuk dengannya dan Tania disebabkan isu kahwin hari itu. Dia berharap rancangan balik ke kampung mampu menenangkan hati gadis itu.

“Tak apa lah nek. Adwa bukannya takut duduk seorang kat sini. Bukannya tak biasa,” tolak Adwa. Tania berdehem perlahan.

“Sayang, tak salah kalau ikut kami kan? Lagipun dah lama Adwa tak balik kampung. Adwa tak payah risau dengan galeri. Sekarang ni tak sibuk sangat pun,” katanya separuh memujuk. Adwa menarik nafas dalam. Dia meletakkan sudu sambil memandang kedua-dua wanita itu.

“Nanti Adwa fikirkan,” jawabnya perlahan. Tania dan Maria tersenyum lebar.

                             *****

Tengku Hadwan tersenyum membalas pandangan kedua-dua orang tuanya itu.

Are you sure?” soal Tengku Jasmine dengan kening berkerut.

“Ya ibu. Bila Adwa dah bersedia, Wan akan beritahu ibu dan ayah,” jawab Tengku Hadwan.

“Ayah tak ada masalah. Kahwin ni hanya sekali dalam hidup Wan. Tak payah terburu-buru nak kahwin kalau tak sedia lagi,” celah Tengku Kamal.

“Amboi abang ni,” kata Tengku Jasmine sambil menjeling suaminya. Tengku Kamal dan Tengku Hadwan serentak tergelak.

“Sabar lah Min,” balas Tengku Kamal separuh memujuk.

“Baik lah, nanti ibu beritahu Tania. Wan tu jangan berhenti pujuk Adwa. Tak takut Adwa kena sambar dengan orang lain?” soal Tengku Jasmine dengan kening berkerut. Tengku Hadwan  tersenyum mendengar pertanyaan wanita itu.

“Wan akan pastikan tu tak akan berlaku,” balasnya perlahan.

“Ibu risau sebab Adwa tu cantik orangnya,” kata Tengku Jasmine.

“Min ni mengalahkan Wan,” usik Tengku Kamal.

“Issh, abang ni tak habis-habis nak usik Min,” balas Tengku Jasmine dengan kening semakin berkerut. Tengku Hadwan hanya tersenyum melihat telatah kedua-duanya. Dalam diam dia mengeluh perlahan. Dia memang takut kehilangan Adwa. Namun dia tidak mahu terburu-buru. Adwa masih perlukan masa. Dia tidak mahu memaksa gadis itu.

                                *****

Balqish terkejut dengan pengakuan Fuadzi.

“Awak dah beritahu Adwa?” soalnya sekali lagi inginkan kepastian. Fuadzi mengangguk.

“Awak memang melampau. Tak takut Iz tahu pasal ni?” soalnya dengan kening berkerut.

“Buat apa nak takut? Saya bukan buat benda salah. Lagipun Iz dan Adwa tu tak ada apa-apa hubungan istimewa. Adwa tu bukan milik sesiapa. Awak tak ada hak nak halang saya,” balas Fuadzi. Dia sering menyoal diri adakah perasaannya itu sesuatu yang salah sehingga dia dipersalahkan?. Balqish menarik nafas dalam.

“Saya tak berniat nak halang awak. Saya juga langsung tak ada hak nak halang perasaan awak. Tapi Fuad, awak sendiri tahu perasaan Iz pada Adwa. Kalau awak tak tahu, mungkin tu dah lain cerita. Awak tak rasa bersalah pada Iz?” soalnya agak kecewa dengan tindakan lelaki itu. Fuadzi menggeleng perlahan.

“Saya tahu awak sayangkan Iz. Awak jangan lupa Qish, Iz tu adik saya. Saya juga sayangkan Iz. Tapi saya tak boleh abaikan perasaan ni. Saya ikhlas sayangkan Adwa. Saya tak perlu minta kebenaran awak atau Iz untuk sayangkan Adwa. Saya beritahu awak ni pun sebab awak tu kawan. Saya tak minta pun sokongan awak. Cukup sekadar awak tahu,” katanya dengan nada tegas. Balqish terdiam.

“Awak jangan risau. Saya akan beritahu Iz tak lama lagi. Apa pun yang akan berlaku antara kami, tak ada kaitan dengan awak,” sambung Fuadzi. Balqish melepaskan keluhan perlahan.

“Suka hati awak lah,” balasnya mula putus asa. Dia sudah tidak mampu lagi menasihati lelaki itu.

Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.