SARAH NATASYA? Siapa
yang tidak mengenali model terkenal tanah air itu? Seorang model yang putih
gebu bak bedak Baby Johnson’s, seksi bak pelakon telenovela dan hotbak ayam KFC hot and spicy. Bak goreng pisang panas, model cantik itu
sememangnya digilai ramai.
Natasya melabuhkan duduk di atas sofa empuk, lalu dia
mengeluarkan kipas tangannya yang berwarna merah jambu dari dalam beg
tangannya. Kemudian, model cantik itu mengipas dirinya. Huh, panas!
Ah, penatnya! Kerja… kerja… dan kerja! Huh! Masanya
banyak dihabiskan ke arah itu. Dengan fashion
show… photoshootuntuk majalah-majalah, macam-macamlah. Dunianya sentiasa busy.
Fasha menarik muncung Donuld Duck. Dia menayang memek
muka geram. “Oii nyah, kau pergi mana, hah? Semua orang cari kau tau! Tau-tau
aje dah hilang. Hisy… sengaja tau buat propa.” Suara Fasha lantang. Fasha
adalah lelaki, cuma bezanya dia seorang yang lembut. a.k.a abe si merah jambu.
Natasya mengerling sekilas wajah pembantu peribadinya
a.k.a PAnya.Dia menghela nafas
panjang. Dia mengurut tengkungnya. Ah, lenguh rasanya. “I penatlah, Fasha. And I need some rest.You sendiri
tahukan, I langsung tak ada rehat. Always
busy with my fashion show and photoshot. I’m really tired, Fasha,”keluhnya.
Fasha tergelak. Kedengaran agak manja bunyinya. “Ala
nyah, kau tukan model terkenal? Biasalah tu… mestilah busy 24 hours,kan?” balasnya dengan gaya lemah lembutnya. Sopan
santunlah dikatakan.
Natasya mengeluh panjang. “Tulah. Banyak betul kerja I kali
ni tau.”
Fasha menjungkit sebelah keningnya. Bibirnya terukir
senyuman sumbing. “You ni Tasy, macam tak biasa pula? You tu kan tengah hot sekarang ni? Almaklumlah, orang
cantik kan, putih gebu pulak tu. Hisy, Jealous
mak, nyah,” balasnya selamba.
Natasya tersenyum. “Ada-ada aje you ni, Fasha.”
Fasha mencebik. “Eleh… tak nak mengaku pula? Oii nyah,
aku cakap benda yang betul, okey? Kalau tak, tak adalah si Ray CEO buaya darat
tu terkejarkan kau, nyah. Kan… kan… kan?” balasnya bersungguh-sungguh.
Mata Natasya membuntang luas sebaik sahaja nama itu
terkeluar dari mulut Fasha. “Don’t
mention that name ok. I don’t like it!Helo,nama tu langsung tak ada dalam kamus hidup I tau,” balasnya tegas.
Hisy… geli-geleman aku bila dengar nama buaya darat tu. Iyyuuuu… tolonglah!
bentak hatinya geram.
Kening Fasha terjungkit sebelah. Lelaki lembut itu
memeluk tubuh sambil bola matanya memandang wajah model terkenal itu. “Kenapa
kau tak nak terima aje CEO kacak tu, nyah? Kalau aku jadi kau kan nyah, confirmaku terima dia. Walaupun dia tu
buaya darat, at leastdia berduit
tau. So,bolehlah aku kikis duit dia
sampai habis. Hebat tak aku, nyah?” Dia ketawa.
Natasya mencebik. Dia menjulingkan matanya ke atas. “Hello, he is not my taste ok! I tak
pandang semua itulah, Fasha. Benda-benda macam tu, I boleh cari sendiri tau.
Lagipun, tu semua duit bapa dia, bukannya duit dia pun. Kalau duit dia, tak
apalah juga. Bolehlah I kikis sampai licin. Daripada I kikis dia, lebih baik I
kikis bapa dia. Baru masyuk poket I!” balasnya selamba.
Fasha menjungkit sebelah keningnya. Mulutnya ternganga
luas. “Wah… hebatnya kau, nyah! Erk… kaki pengikis juga kau ni ya, nyah?”
Natasya ketawa. “Haruslah, Fasha! Nak hidup di bumi Kuala
Lumpur ni, semuanya kena pakai duit.”
Fasha ketawa. “Baguslah kau ni, nyah. Hisy… suka mak! Kau
ada wawasan diri.”
Natasya mencebik. Dia menjungkit keningnya berkali-kali.
“Tengok oranglah, Fasha.” Masuk bakul angkat sendiri.
Mereka berdua ketawa.
Fasha memandang Natasya. “Oii, nyah…”
“Hmm…” balas Natasya acuh tidak acuh.
Fasha tersenyum penuh makna. “Aku rasakan nyah, tak salah
kalau kau nak cantas si Ray tu. Lagipun, diakan tergila-gilakan kau? Kau
buatlah sampai dia melutut di kaki kau, nyah. Bila dia dah betul-betul sukakan
kau, tinggalkan dia. Masa tu, barulah dia terkial-kial nanti. Padan dengan muka
buaya darat dia tu.”
Kening Natasya terjungkit sebelah. “Cantas mamat CEO tu?
Huh… itu bukan cara I, okey. I tak minat dialah, Fasha. Sikit pun I tak pandang
muka buaya darat dia tu. I tak tahulah, kenapa semua perempuan boleh
tergila-gilakan dia? Buang masa ajelah I nak buat semua tu, I banyak kerja
lagi, okey.”
Bibir Fasha masih lagi terukir senyuman penuh makna. “At leastdia berduit, nyah. Kau
jadikanlah dia tu sugar daddykau.
Mewah hidup kau nanti.”
Natasya ketawa. “Sugar
daddy? Huh, please…Aku tak nak
semua tu! Itu duit haram okey!”
Fasha mencebik. “Suka hati kaulah,
nyah,” Tiba-tiba dia bangun berdiri. “Haa… aku nak pergi beli minuman dan
makanan ni. Kau nak kirim apa-apa tak?” tanyanya.
“Tak naklah, Fasha. I nak rehat
aje,” jawab Natasya ringkas.
“Okey.” Fasha terus berjalan pergi
meninggalkan Natasya sendirian di situ.
“HELO, abang? Qasy ni,”
sapa Dr. Qasyiful sebaik sahaja nada talian bersambut.
“Oh… Qasy rupanya?
Abang ingatkan, awek manalah callabang.
Siap pakai private numberlagi,” kata
Shukri selamba.
Dr. Qasyiful tergelak. “Sorry,bang. Qasy guna private
numberQasy. Actually, numberQasy
lagi satu kehabisan kredit. Tu yang Qasy call
abang pakai nomborni.”
“Oh… patutlah pakai
nomborni. Lain kali, jangan callabang pakai nomborni, okey. Qasy tahu kan kerja abang
macam mana?” balas Shukri. Nada suaranya kedengaran agak tegas.
Dr. Qasyiful tersenyum. “Baiklah, bang.”
“Sorryya,
Qasy. Bukannya abang nak kecilkan hati Qasy. Cuma…”
“It’s ok, my
brother. I’m understand.Lagipun, abang Qasy ni kan pegawai polis. Mestilah
ada banyak enemy.”Dr. Qasyiful
segera memotong percakapan abangnya. Tidak mahu abangnya itu berasa serba
salah.
“Thank you because
understanding me, Qasy. I’m appreciate it,”balas Shukri lega.
“Abang, actuallyQasy
call ni nak bagitahu abang yang kami
berdua dah selamat sampai. Nanti bagitahu mak dengan ayah, ya? Risau pula dia
orang nanti kalau Qasy tak bagitahu apa-apa.”
Shukri tersenyum. “Okey Qasy, nanti abang bagitahu mak
dengan ayah. Lagipun, dia orang bukannya ada pun kat rumah sekarang ni.”
Dahi Dr. Qasyiful berkerut seribu. “Dia orang pergi mana,
bang?”
“Pergi rumah Mak Su Khadijah. Kak Long Maria baru
bersalin petang tadi,” beritahu Shukri lagi.
“Oh!” balas Dr. Qasyiful. “Eh, bila abang nak balik ke
Kuala Lumpur?”
Shukri tersenyum. “Insya-ALLAH, esok.” Dia berdehem.
“Err… Qasy, abang nak tanya sesuatu, boleh?”
“Apa dia, bang? Tanyalah!” balas Dr. Qasyiful ingin tahu.
Shukri menarik nafas panjang, lalu menghembusnya
perlahan. “Macam mana hubungan Qasy dengan Amani?”
Dahi Dr. Qasyiful berkerut. Aik, kenapa Abang Shukri
tanya macam ni? Ada sesuatu ke yang dia cuba selindungkan daripada aku? desis
hatinya. “Err… kami okey aje, bang. Kenapa?” Dia cuba berlagak selamba.
“Bukan itu maksud
abang, Qasy. Abang tahu, hubungan Qasy dengan Amani memang okey. Cuma… macam
mana Qasy boleh tergerak hati nak bertunang dengan dia?”
Dr. Qasyiful terpempan. Hah, alamak! Kenapa pula ni? Apa
yang Abang Shukri cuba sampaikan? Aduh, susah betul berabangkan pegawai
penyiasat polis ni. Segala macam dia nak tahu, gumam hatinya lagi.
“Qasy?” panggil Shukri apabila tiada tanda-tanda Dr.
Qasyiful menjawab pertanyaannya.
Dr. Qasyiful menarik nafas panjang, menenangkan dirinya
sebelum menjawab soalan cepumas itu. “Sebenarnya bang, kami bertunang atas
permintaan Datuk Harris.”
Shukri mengeluh. “Memang abang dah agak, Qasy. Patutlah
abang tengok Qasy dengan Amani nampak macam kekok aje. Amani pun nampak macam
nak mengelak daripada Qasy. Seorang ke utara, seorang
lagi ke selatan. Hmm… rupa-rupanya,memang ada udang di sebalik batu.”
Dr. Qasyiful mengeluh. Lalu, dia menceritakan segala
peristiwa yang berlaku pada dirinya dan Erena sebelum dan sepanjang tempoh
mereka menjalinkan pertunangan. Tiada satu pun yang disembunyikan dari
pengetahuan abangnya.
Sebaik selesai Dr. Qasyiful bercerita, Shukri mengeluh
panjang untuk kesekian kalinya. “Qasy tak patut buat keputusan drastik macam
ini. Qasy patut bincang dengan kami dulu.”
Dr. Qasyiful menguntum senyuman kelat. “Qasy serba salah,
bang. Lagipun, Datuk Harris dah banyak bantu Qasy.”
“Tapi ini bukan caranya, Qasy. Masih ada banyak cara
untuk membalas budi,” balas Shukri beria-ia.
Dr. Qasyiful mengeluh lagi. “Entahlah, bang. Qasy tak
boleh tarik keputusan yang Qasy dah ambil, bang. Qasy tak nak jatuhkan air muka
orang lain. Lagipun, Qasy dah pun menjadi tunang Erena. Qasy tak boleh mengelak
apa-apa lagi.”
Shukri terdiam. Tidak tahu ayat apa lagi yang boleh
digunakan untuk membalas kata-kata adik lelakinya itu.
Dr. Qasyiful tersenyum kelat. “Abang jangan risau. Qasy
tahu apa yang Qasy dah buat. Qasy tetap akan teruskannya juga. Walaupun Qasy
yang makan hati, tapi Qasy akan cuba sampai Qasy berjaya menawan hati tunang
Qasy.”
Erk? Mampu ke aku menawan hati Erena yang keras macam
Tugu Negara tu? ngomel Dr. Qasyiful dalam hati.
Shukri mengeluh. “Baiklah, Qasy. Kalau itu keputusan
Qasy, abang ikutkan aje. Cuma… banyak-banyakkan bersabar. Amani tu masih budak
mentah. Berusaha sedaya upaya untuk memenangi hati dia ya, dik?”
Dr. Qasyiful tersenyum. “Insya-ALLAH, bang. Terima
kasih.”
Selepas mematikan talian, Dr. Qasyiful meletakkan telefon
bimbitnya di atas meja makan. Dia mengeluh. Ya ALLAH… kuatkanlah hati hamba-MU ini
untuk menghadapi karenah tunang aku. Sekiranya Erena memang tercipta untuk aku,
aku ikhlas menerimanya. Amin!