“SORRY,I’m late!”tegur
Dr. Qasyiful, serius. Dengan selamba kataknya, dia melabuhkan duduk di hadapan
Erena. Siap menayang muka tak bersalah lagi. Erena tercengang. Mulutnya ternganga luas. Aku tunggu kat
sini berjam-jam macam Patung Cendana, dengan selamba badaknya dia boleh minta
maaf? Oh! “Just sorry? Saya tunggu
awak dari pukul 1.30 petang tau. Then,pukul
4.00 baru bayang awak muncul!” marahnya.
Dr. Qasyiful merenung wajah tunangnya dengan tajam.
“Habis tu, awak nak saya cakap apa? Sebab saya lambatlah, saya minta maaf.
Lagipun saya tahu awak dah lama tunggu saya, that is why I ask your forgiveness. Anything false?”
Erena mendengus geram. Boleh pula dia tayang muka serius
depan aku? Aku tahulah yang kau tu mamat serius 24 jam. Kot ia pun, tak
payahlah nak tayang muka serius tu! Hisy… mamat ni memang hati keringlah!
gerutu hatinya geram.
“Awak janji nak jumpa saya pukul berapa?” tanya Erena
tegas. Lagaknya bak penyiasat polis yang sedang menyiasat suspek bagi satu kes
jenayah berat.
Kening Dr. Qasyiful terjungkit sebelah. “1.30 pm.”
Erena mendengus keras. “Awak sampai pukul berapa?”
Dr. Qasyiful menjeling tajam. Eh, tunang aku ni? Jam
cantik terhias kat tangan kau tu, buat apa? Sekadar hiasan aje ke? sindir
hatinya geram.
Namun, Dr. Qasyiful tetap setia menayang muka selamba
badaknya di hadapan Erena. “4.00 pm,”
balasnya dengan nada suara tidak bersalah.
Erena semakin geram. Hisy! Dah buat salah pun, boleh
tayang muka serius lagi ke? Ayoyo, sakit hati aku! Benci betullah dengan mamat
serius 24 jam ni! Sahlah, memang hati kau kering macam padang pasir, gerutu
hatinya geram.
Erena menayang muka tidak puas hati. Sekali lagi, dia
mendengus geram. “That is mean,dua
jam setengah saya tunggu awak kat sini macam Patung Cendana tau? Apa, awak
ingat saya ni tak ada kerja lain ke, hah?” bidasnya.
Kening Dr. Qasyiful terangkat sebelah. Wajahnya masih
serupa, tetap serius bak cikgu disiplin. “Saya dah minta maaf kan, Rena? So,awak ada masalah ke dengan ungkapan
maaf saya tu? Lagipun, saya bukan sengaja buat awak tertunggu-tunggu tau. Saya
ada emergency case!”
Erena mencebik. Do
I care?sinis hatinya. “At least, you
must to tell me first!Jadi, tak ada la saya tertunggu-tunggu awak macam
tunggul kayu. Ni tak, saya calltak
berjawab. SMS pun tak reply.Ada phonepun, tak ada gunalah! Baik campak
dalam lombong lagi bagus!”
Dr. Qasyiful menggeleng. Kepalanya semakin pening mahu
melayan karenah manja tunangnya itu. “Okey, saya minta maaf. Saya tahu saya
salah sebab tak informawak
awal-awal. Saya tak sempat, lagipun saya nak cepat. Sorry, Rena,”balasnya serius.
Erena mendengus geram. Amboi, senangnya kau cakap! Oii Dr. serious, aku yang sakit hati tau,
bukannya kau! Hisy, hancuss planaku!
Semua ni mamat serius 24 jam ni punya pasal la! marah Erena dalam hati.
“Awak dah makan?” tanya Dr. Qasyiful lembut. Sengaja mahu
mengubah topik perbualan mereka. Lagipun, dia tidak mahu bergaduh dengan
tunangnya. Inikan first datemereka?
Jadi, dia mahukan yang terbaik.
Kening Erena terangkat sebelah. Makan? Dia tersenyum
sinis. Aku rasa macam nak telan kau hidup-hidup tau! Biar lenyap dari muka bumi
ni, baru puas hati aku! “Saya tak nak makan. Saya nak balik!” katanya serius.
Dr. Qasyiful terkesima apabila mendengar jawapan yang
terkeluar dari mulut Erena. “Eh, saya kan baru aje sampai? Takkan awak dah nak
balik? Lagipun, kitakan dah janji nak lunch.”
Erena tergelak sinis. Lunch?
At 4.00 pm?Kau bergurau ke? Sekarang ni waktu minum petang tau, bukan
waktu lunchlagi okey! sinis hatinya
berkata.
“Saya tak lapar!” jawab Erena ringkas. Hah, padan muka
kau! Kan aku dah kata… ada ubi ada batas, ada hari aku balas. Haa… inilah
balasannya!
Dr. Qasyiful melepaskan keluhan panjang. “Rena, tolonglah
jangan tayang perangai manja awak tu kat sini! Saya drivemacam ribut semata-mata untuk lunchdengan awak, cik manja.”
Erena tergelak sinis. “Do
I care?”soalnya, sengaja mahu menyakitkan hati encik tunangnya itu.
“Dahlah, saya nak balik! Awak makanlah seorang diri kat sini!” katanya, siap
menayang muka selamba katak lagi.
Serentak itu, Erena mengatur langkah meninggalkan encik
tunangnya sendirian di lobi hotel itu.
Dr. Qasyiful mengeluh. Dia menggaru kepalanya yang tidak
gatal. Susah betullah nak melayan karenah tunang
aku yang manja ni, omel hatinya geram.