“JEMPUTduduk, Qasy. Jangan malu-malu. Buat
macam rumah sendiri aje. Lagipun, bukan dengan siapa-siapa, dengan bakal mentua
sendiri juga,” pelawa Datuk Harris. Erena yang sedang menghirup minuman panasnya terus
tersedak apabila mendengar kata-kata papanya. Dia menarik muka cemberut. Cis,
kenapa cakap macam tu? Kan tak pasal-pasal dah tersedak! Hisy! marah hatinya
geram.
Dr. Qasyiful mengerling sekilas wajah tunangnya. Dia rasa
geli hati melihat reaksi tunangnya. Apalah Uncle Harris ni? Agak-agaklah nak
cakap macam tu pun. Kasihan cik manja aku ni, tak pasal-pasal dah tersedak.
Datuk Harris sengaja menayang senyuman sumbing di hadapan
anaknya. Hatinya tergelak. Dia tahu, kata-katanya tadi membuat Erena menjadi
tidak selesa. Tapi tak apa… sekurang-kurangnya dia dapat memberi peringatan
yang Dr. Qasyiful adalah tunang pada anaknya. Bukannya apa, sekadar
menyampaikan tazkirah petang.
Ehem! Datuk Harris berdehem. “Hah… Rena, yang tercegat di
depan TV tu, kenapa? Takkanlah kamu dah melekat kat atas lantai tu? Papa
tahulah drama Filipina kegemaran Rena tu dah start.Tapi, tak reti-reti lagi ke nak pergi buat air untuk bakal
suami kamu ni?” tegurnya sinis. Siap menayang muka selamba badak lagi.
Erena terpempan. Bulat matanya apabila mendengar sindiran
papa. Argh! Dia menarik muncung Donald Duck. Hah… kena buat air ke? Dia
merenung tajam wajah Dr. Qasyiful. Lalu, sebuah jelingan tajam dihadiahkan pada
encik tunangnya itu. Argh, kecil besar, kecil besar aje aku tengok kau ni! Kalau
tak ada papa, memang aku dah hentam kau cukup-cukup. Jaga kau, siap! Kau
tengoklah apa aku nak buat. Dia tergelak jahat dalam hati.
Erena menjeling tajam ke arah encik tunangnya. “Hmm…”
jawabnya acuh tak acuh. Dia bangun lalu melangkah ke arah dapur.
Dr. Qasyiful hanya memerhati sekilas wajah tunangnya.
Lelaki kacak itu menguntum senyuman nipis. Makin sweet pula bila dia marah macam ni. Macam comel aje. Hu hu
hu…Tiba-tiba, dia seakan-akan baru tersedar. Eh, kau ni dah kenapa, Qasy? Relax,serius okey! Bukan ke dia panggil
kau mamat serius 24 jam?
“Qasy…” tegur
Datuk Harris. Bibirnya terukir senyuman kecil.
Dr. Qasyiful tersentak. Serta-merta, lamunannya
menghilang. “Ya, uncle.Err… kenapa unclepanggil Qasy ke sini?”
Datuk Harris menguntum senyuman kecil. “Actually,uncleada permintaan, Qasy. Uncle harap, Qasy boleh tunaikan permintaan
uncle,” balasnya perlahan.
Dr. Qasyiful menjungkit sebelah keningnya. Hairan
mendengar kata-kata bakal ayah mentuanya itu. “Permintaan? Apa dia, uncle?”
tanyanya ingin tahu.
Datuk Harris memandang Dr. Qasyiful dengan pandangan
penuh mengharap. Senyuman masih lagi bergayut di bibirnya. “Uncleharap, Qasy dapat
bentuk Rena jadi seorang isteri yang solehah bila kamu berdua dah berkahwin
nanti. Lenturlah dia elok-elok, Qasy. Janganlah terlalu keras, patah pula
nanti. Unclekenal, Rena. Walaupun
dia manja dan keanak-anakan, tapi dia seorang gadis yang penyayang dan baik
hati. Uncleharap, Qasy mampu
bersabar dengan perangai dia.”
Dr. Qasyiful tersenyum. “Insya-ALLAH, uncle. I will try do the best,”jawabnya
perlahan. Erk? Mampu ke aku bersabar dengan perangai manja tuning aku? Mampu ke
aku bertahan? gerutunya di dalam hati.
Erena menatang dulang yang berisi cawan dari arah dapur
lalu meletakkannya ke atas meja. Cawan yang sudah tersedia dengan air teh O
diletakkan di hadapan Dr. Qasyiful dan Datuk Harris. Dia duduk di sofa semula.
Dia menguntum senyuman penuh makna. Keningnya terjungkit
sebelah. Kau rasalah teh buatan masterchef
Erena Amani binti Datuk Harris ni. Gerenti muka kau terus berubah menjadi
kelat. Hatinya tergelak jahat.
Datuk Harris dan Dr. Qasyiful menghirup sedikit minuman
mereka. Apa lagi? Terus muka Dr. Qasyiful berubah menjadi kelat apabila minum
teh buatan tunang manjanya itu. Ayoyo, kelatnya! Nasib baik tak tersembur.
Kalau tidak, naya aje Uncle Harris kena tepung tawar, marah hatinya geram.
Erena menayang muka sepuluh sennya di hadapan Dr.
Qasyiful, berlagak seolah-olah tiada apa pun yang berlaku. Sengaja dia
menyembunyikan senyumannya. Takkanlah nak mengaku pula? Percuma aje kena
ceramah. Yang penting, Erena sudah puas hati. Dapat juga aku kerjakan kau,
wahai encik tunang a.k.a Dr. Serious.Padan
muka! Dia tergelak jahat di dalam hati.
Dr. Qasyiful mengerling sekilas wajah Erena. Dia
menjeling geram. Ooo… kau kenakan aku ya, sayang? Kau bagi aku minum air teh
kelat? Cis! Tak apa... tak apa… ada ubi ada batas, ada hari aku balas. Siaplah
kau nanti, wahai cik manja! ngomel hatinya geram.
“Qasy? Rena?” Tiba-tiba Datuk Harris menegur. Sekali gus
mematikan lamunan pasangan tunang itu.
“Ya?” jawab Dr. Qasyiful dan Erena, serentak memandang
wajah Datuk Harris.
Datin Katrina yang baru sahaja datang dari arah dapur,
segera melabuhkan duduk di sebelah suaminya.
“Alhamdulillah,
papa bersyukur sangat, Rena, Qasy. Akhirnya, kamu berdua dah pun sah menjadi
tunang semalam. Papa harap, kamu berdua jaga status sebagai tunang. Papa tak
nak dengar berita buruk pasal kamu berdua!” kata Datuk Harris tegas.
Dr. Qasyiful tersenyum. “Insya-ALLAH, uncle,”jawabnya dengan wajah tenang.
Erena menarik muncung Donald Duck. Hisy, papa ni macam
tak percayakan aku aje! Walaupun aku tak sukakan mamat serius 24 jam ni, tapi
aku sedar status sebagai tunang dia. Takkanlah aku nak buat benda yang
bukan-bukan belakang dia pula? Akal fikiran aku masih waras lagi, okey,
ngomelnya di dalam hati.
Datuk Harris mengerling sekilas wajah Erena. “Hah… Rena,
kamu dengar tak apa yang papa cakap tadi?”
Erena tersentak. Lalu, cepat-cepat gadis cantik itu
mengangguk. “Rena dengarlah, papa!” jawabnya acuh tidak acuh. Hisy, aku belum
pekak lagilah! Telinga aku masih boleh berfungsi dengan baik, bebel hatinya.
“Kami dah
berbincang semalam, Qasy, Rena. Kami akan berikan tempoh selama enam bulan pada
kamu berdua untuk mengenali satu sama lain. Gunakanlah tempoh selama enam bulan
ini untuk menyelami isi hati masing-masing. Enam bulan adalah satu tempoh yang
panjang. Gunakanlah sebaiknya, Qasy, Rena,” kata Datuk Harris tegas.
Erena menjungkit sebelah keningnya. Dia tersenyum penuh
makna. Hmm… enam bulan, ya? Yes… dia
ada rancangan baik punya.
Dr. Qasyiful tersenyum. “Insya-ALLAH, uncle.Kami akan gunakan tempoh enam bulan ni
sebaik yang mungkin untuk mengenali satu sama lain. Kan, Rena?” Selamba badak
dia mengenakan Erena. Ambik kau! Haa… tadi kenakan aku, sekarang kau pula yang
terkena! Satu sama, horrey!
Erena yang sedang melayan perasaannya, sekali lagi
tersentak. Dia menjeling tajam wajah tunangnya. “Hmm…” jawabnya dengan suara
geram.
Datuk Harris tersenyum lega. “Alhamdulillah! Haa… Qasy,
jemputlah minum,” ajaknya. Dia mengambil
cawannya dan menghirup minumannya sehingga habis.
Dr. Qasyiful mengukir senyuman kelat. Wajahnya berubah
masam. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Macam mana aku nak minum?
Cik manja aku ni sengaja buat air teh ni jadi kelat. Dia merenung tajam wajah
tunangnya. Hisy, geramnya!
Erena sengaja buat-buat tidak nampak. Siap menayang muka
selamba badak lagi. Bukannya dia tidak perasan akan renungan tajam encik
tunangnya itu. Ha ha ha… kelat juga muka kau ya, wahai encik tunang a.k.a Dr. serious? perlinya dalam hati.