DATUK
HARRIS mengukir senyuman penuh makna. Raut wajah lelaki
itu juga kelihatan serius bagai nak rak. “Sebenarnya, saya nak jodohkan Rena
dengan dia,” balasnya tegas. Nada suaranya juga kedengaran serius. Erena
yang baru sahaja tiba di ruang makan terkejut biawak apabila mendengar
kata-kata papa. Matanya membulat besar, mulutnya ternganga luas. “Apa, kahwin?”
jeritnya sambil menayang muka terkejut badaknya di hadapan mama dan papa.
Dia
menjadi serba tidak kena. Hah… kahwin? Sukar hendak percaya, namun itulah
realitinya. Oh my ALLAH…Betul ke apa
yang aku dengar ni? Telinga aku tak bersumbat dengan kapas, kan? Hah… di usia
aku yang baru setahun jagung ni, papa dengan mama nak aku kahwin? Oh, aku bukan
dalam dunia Alice in Wonderland, kan? Aku tak bermimpi di siang hari, kan? Impossible!jerit hatinya sukar hendak
percaya.
Datuk
Harris mengurut dadanya. Terkejut apabila mendengar jerkahan itu. Masya-ALLAH… Nasib baik aku tak ada penyakit jantung. Kalau
tidak… hi hi bye bye la jawabnya.
“Rena ni, tak boleh bagi salam dulu ke? Suka sangat main terjah aja. Ingat kita
dalam rancangan Melodi TV3 ke, hah? Hisy! Buat papa terkejut ajelah,”
marahnya. Geram dengan tingkah laku
Erena.
Datin
Katrina menggeleng berulang kali. Astaghfirullahalazim… budak nilah! Tak
habis-habis dengan perangai kebudak-budakannya tu. Argh! Bilalah Rena nak
berubah sikap? Makin lama makin teruk, makin menjadi-jadi, bebel Datin Katrina
dalam hati. Risau jadinya apabila memikirkan sikap anak gadisnya itu.
Erena
mendengus geram. Ah, itu tidak penting! Isu kahwin ekspres ni lagi penting!
Tidak, aku tak nak kahwin!
Lantas, Erena melangkah
laju menuju ke meja makan. Matanya tajam menikam wajah Datuk Harris. Nafasnya
kedengaran turun naik, macam orang baru lepas bermaraton sebanyak sepuluh
pusingan.
Mata
Erena tidak ralit dari merenung tajam wajah papa. Wajah itu kelihatan begitu
keruh sekali. “Betul ke apa yang Rena dengar ni, papa? Mama dengan papa nak
Rena kahwin?” soalnya menginginkan kepastian yang tepat.
Datuk
Harris menggeleng. Budak nilah… cuba bawa bersabar sikit. Suka sangat nak jadi
wartawan tak bertauliah. Rena… Rena… bebelnya di dalam hati. “Kot iya pun, kita bersarapanlah dulu. Lepas makan, baru
kita bincangkan hal ni,” balasnya dengan suara tegas.
Erena
menggeleng laju. “Tak nak, Rena tak peduli! Rena nak bincang sekarang juga!”
bentaknya lantang.
Tiba-tiba,
kedengaran Datin Katrina mendengus geram. “Rena jangan nak mengada-ngada.
Dengar cakap papa tu. Kita bersarapan dulu.”
Erena
menarik muka cemberut. “Tapi… mama, papa, hal ini melibatkan soal masa depan
Rena. Rena tak peduli, Rena nak bincang sekarang juga!” bentaknya lantang. Siap
menghentak kaki lagi. Spesis kanak-kanak ribena aje lagaknya. Hisy… hisy…
Datin
Katrina berdehem. “Rena sedang bercakap dengan ayah kandung Rena tau. Jadi,
tolong hormat orang tua Rena,” tegurnya tegas.
Erena
mendengus. Dia menjeling geram. Mulutnya memuncung panjang bak kartun Donald
Duck. Dia mengambil sekeping roti bakar yang sudah pun disapu dengan mentega
kacang lalu meletakkannya ke dalam pinggan.
Gadis
itu merenung roti yang ada di dalam pinggannya. Walaupun roti itu nampak
menyelerakan, namun tidak terdetik langsung di hatinya untuk menjamah makanan
itu.
Macam mana aku nak makan? Selera aku dah mati!
Argh!
DATUK HARRIS merenung lembut wajah comel
anaknya, Erena. Dia mengukir senyuman kecil lalu menggeleng. Wajah anak
gadisnya itu kelihatan masam mencuka. Macam kena tabur dengan sekilo cuka.
Rena… Rena…
“Ehem!”
Datuk Harris berdehem. “Cuba senyum sikit, Rena. Anak papa dah tak comel kalau
masam mencuka tau,” guraunya. Geli hatinya apabila melihat telatah Erena. Punya
terkejut dengan berita yang didengarinya tadi, terus wajah anak gadis
kesayangannya itu masam mencuka.
Erena
menjeling geram. Gadis cantik itu menarik muka cemberut. “Papa ni, boleh pula
buat lawak antarabangsa kat sini? Hisy! Papa tahu tak, Rena dahlah tengah
serabut fikirkan hal kahwin. Janganlah menambah keserabutan Rena lagi, papa!”
marahnya geram. Grrr… grrr! Benci betullah, argh!
Datuk
Harris tergelak kecil. Keningnya terjungkit sebelah. “Kenapa pula? Patutnya,
Rena seronok bila dah nak kahwin. Kalau orang lainkan, mesti dah meloncat
gembira bila dah nak berumah tangga ni. Bukannya masam macam kena simbah dengan
berkilo-kilo tan cuka,” usiknya lagi.
Erena
mendengus keras. “Papa, seriuslah! Hisy!” marahnya lantang. Aku? Meloncat
gembira? Hisy, tak ada maknanya! Macam mana aku nak seronok kalau nak kahwin
pun kena paksa? Aku tak nak kahwin! bentak hatinya lantang.
Serta-merta
tawa Datuk Harris meletus kuat. Geli hati dengan telatah Erena yang mencuit
hati itu. Erena.. Erena.. umur dah mencecah 21 tahun pun, tapi perangai macam
budak 6 tahun. Teruk bebeno perangai anak aku ni.
Sekali
lagi Erena menjeling geram. Mukanya semakin masam mencuka. Hisy papa ni, ingat
aku tengah buat show dalam
pertandingan Raja Lawak ke? Ha ha ha… so
funny! Sabar ajalah, hisy! bentak hati Erena lagi.
Gadis
cantik itu mendengus geram. Bibirnya terjuih ke depan. “Papa ni… Rena punyalah
serius bagai nak rak, tapi papa boleh pula ketawa terguling-guling? Apa yang
lawak? Rena rasa, Rena tak buat lawak pun,” bidas Erena lantang.
Kening
Datuk Harris terjungkit sebelah. Dia hanya menggeleng. “Papa geli hati bila
tengok telatah kamu, Rena. Yalah… umur dah mencecah ke 19 tahun, tapi perangai
macam budak prasekolah. Rena… Rena... cubalah berubah sikit. Belajar jadi
matang. Tak lama lagi, kamu nak jadi isteri orang tau,” balasnya masih lagi
dengan sisa tawanya.
Erena
menarik muncung kartun Donald Duck. Argh, sekali lagi papa buka topik ni. Aku
benci… benci.. benci padamu. Cewah, dah macam lagu dangdut pula.
Erena membetulkan
duduknya. Wajah gadis cantik itu kelihatan serius. “Papa dengar ya, Rena tak
nak kahwin!” Dia membalas dengan suara tegas.
Datuk
Harris terus terdiam kaku. Serta merta, raut wajah lelaki itu bertukar serius.
Barangkali lelaki itu terkejut dengan kata-kata anak gadisnya itu.
Erena
memandang wajah papa yang sudah bertukar rupa. Argh, benci betullah bila jadi
mangsa keadaan ni! Ah, dirinya terasa umpama pesalah yang sedang menantikan
hukuman daripada sang hakim. Tapi, apakah kesalahannya? Argh!
Datuk
Harris menayang memek muka serius bagai nak rak. “Bila papa buat keputusan ni,
papa tak bergurau. Papa benar-benar serius dengan keputusan papa. Papa tetap
nak Rena kahwin sama ada setuju ataupun tidak!” tegasnya serius.
Erena
mendengus geram. Hisy, kenapa perlu mendesak aku? Zaman IT macam ni, ada lagi
ke perkahwinan yang diatur keluarga? Tidak masuk akal! Argh! “Kahwin? Apa ni,
papa? Rena baru 21 tahun tau,” bentaknya bersungguh-sungguh. Dia sedaya upaya
membantah kemahuan papa yang langsung tidak masuk akal itu.
Datuk
Harris mengukir senyuman sinis. Keningnya terjungkit sebelah. “Kenapa? Papa
rasa, tak ada salahnya pun kalau Rena kahwin awal. Lagipun, umur 21 tahun dah
layak untuk berumah tangga. Lainlah kalau Rena 15 tahun ke, 17 tahun ke, tu tak
apalah. Papa sendiri yang akan menentang tau. Ni dah 21 tahun, dah layak
kahwin,” balasnya. Siap tayang muka selamba badaknya lagi.
Erena
masam mencuka, bak tertelan sebakul buah limau masam. “Rena belum sedia
lagilah, papa. Kahwin ni untuk seumur hidup tau. Perkara ni serius, papa. Tolonglah papa, Rena merayu.
Tolong fikirkannya semula,” rayunya bersungguh-sungguh.
Wajah
Datuk Harris serius. Langsung tiada segaris senyuman yang meniti di bibirnya
“Papa dah fikir masak-masak, Rena. Papa tetap dengan keputusan papa! Sama ada
Rena suka ataupun tidak, papa tetap nak Rena kahwin. Muktamad!” balasnya tegas.
Erena
terus terdiam. Dia mati kutu. Aduh, macam mana ni? Aku tak nak kahwin! Argh,
otak… cepatlah cari alasan yang bernas. Please…
“Papa, Rena belum puas
enjoy! Rena masih muda lagi, masih
mentah untuk mendirikan rumah tangga. Tolonglah, papa. Rena tak nak kahwin!”
bentak Erena lagi.
“Erena Amani, wheither you like it or not,
you have to married!”tegas Datuk Harris.
Erena
bengang. “Wheither you like it or not, I
disagree!”bangkang Erena bersungguh-sungguh.
Datuk
Harris tersenyum sinis. “Rena… Rena… Nampaknya, Rena belum kenal lagi siapa
papa. Papa akan buat apa aje untuk pastikan Rena berkahwin dengan lelaki
pilihan papa. Jangan cabar papa, Rena!” balasnya tegas.
Erena
mengeluh geram. “Papa faham ke atau buat-buat tak faham? Rena tetap dengan
keputusan Rena! Rena tak nak kahwin!” bentaknya bersungguh-sungguh.
Datuk
Harris menjeling geram. “No, you have to
married!”tegasnya tidak mahu mengaku kalah.
“But papa, I…”
“Stop!”
Bak polis trafik yang sedang mengawal keadaan lalu lintas di jalan raya, Datuk
Harris menggewangkan jari telunjuknya di hadapan Erena.
“Papa tak nak dengar
apa-apa lagi! Rena kena kahwin dengan lelaki pilihan papa! Muktamad!” tegas
Datuk Harris. Sekali gus, lelaki itu bangun dan pergi meninggalkan anak
perempuannya sendirian.
Erena
mendengus keras. “Huhh, aku tak nak kahwin!” jeritnya bagaikan pontianak
menjerit.