.KERETAToyota Vios berwarna hitam memandu
laju membelah jalan raya yang penuh dengan kenderaan persendirian dan awam.
Masing-masing berpusu-pusu menuju ke destinasi yang dimahukan.
Dr. Qasyiful mengukir senyuman penuh makna. Di
fikirannya, terbayang wajah comel tunang manjanya itu. Ah, tidak sabar rasanya
mahu berjumpa tunangnya, cik manja Erena Amani.
Kedengaran Dr. Qasyiful menarik nafas panjang. Lalu,
menghembusnya secara perlahan-lahan. “Jangan gelabah sangat Qasy, just relax, ok. This is your first date!Jadi,
kau kena pastikan ia berjalan dengan lancar,” pujuknya bersungguh-sungguh.
Sedaya upaya dia cuba menenangkan hatinya yang berdebar-debar sejak tadi.
Bayangan wajah tunangnya yang comel itu menjelma di ruang
mata. Bayangan itu seolah-olah sedang tersenyum manis sambil melambai-lambaikan
tangan ke arahnya. Seolah-olah tidak sabar mahu berjumpa dengannya. Ah, so sweet!
Angan-angan itu membuat Dr. Qasyiful tersenyum sendiri.
“Kau jangan nak beranganlah, Qasy oii. Ini semua angan-angan kau aje, Qasy.
Angan-angan Mat Jenin. Tak mungkin akan jadi kenyataan. Lagipun, kaukan mamat
serius 24 jam. Manalah sesuai dengan cik manja yang comel lote tu,” ngomelnya.
Tiba-tiba, kata-kata Dr. Aiman singgah ke cuping
telinganya. “Dia gelar kau macam tu ya, Qasy?
Hah... memang padanlah dengan kau, wahai encik mamat serius 24 jam. Aku tengok,
depan dia bukan main lagi kau serius bagai nak rak. Cuba romantik sikit, Qasy. Bukannya
dengan siapa-siapa pun. Dengan tunang sendiri juga.”
Sekali lagi Dr. Qasyiful tersenyum. Dia menggeleng.
“Romantik?” Dia tergelak. Keningnya terjungkit sebelah. “Kalau aku romantik
dengan Rena, mahu pengsan tunang aku dibuatnya nanti. Iya la, mamat serius 24
jam tiba-tiba jadi romantik? Macam tak kena aje.”
Dr. Qasyiful mengeluh. “Ah, lupakan ajelah Qasy. Just be yourself.Tak payah nak jadi
orang lain, okey,” ngomelnya lagi.
Kata-kata Dr. Aiman sekali lagi singgah ke cuping
telinganya. “Hah… bagus sangatlah tu! Mamat
serius 24 jam vs cik manja. Kita tengok siapa yang tunduk dulu. Kau atau dia?”
Sekali lagi Dr. Qasyiful menggeleng. Sekali lagi lelaki
itu tergelak. “Siapa yang tunduk dulu? Aku ke Erena?” Dia tersenyum.
Kening Dr. Qasyiful terjungkit sebelah. “Mamat serius 24
jam vs cik manja? Hisy, ada-ada aje si Aiman ni! Sengal sungguh!” gerutunya
lagi.
Sedang asyik melayani perasaannya, tiba-tiba telefon
bimbit Dr. Qasyiful berdering. Dia terus melihat skrin telefon bimbitnya.
Dahinya berkerut seribu. “Kajang Medical
Centre?”
Lantas, punat hijau ditekan. “Hello?” sapanya dengan nada suara serius.
Dr. Qasyiful
diam. Memberi ruang untuk si pemanggil menyampaikan tujuannya menghubungi Dr.
Qasyiful.
“Baik, I ke sana sekarang,” jawab Dr. Qasyiful dengan
nada suara tegas.
Serentak itu, dia segera mengubah haluan untuk ke Kajang Medical Centre.