PUSINGkiri, pusing kanan… semuanya serba
tidak kena sahaja. Jalan ke depan, mundur ke belakang… argh, semuanya masih
lagi serba tidak kena. Argh, bencinya! Hisy, ni semua gara-gara kaulah, wahai
mamat serius 24 jam! Hati Erena membentak keras. Berita yang disampaikan papa tempoh hari masih lagi
terngiang-ngiang di cuping telinganya. Berkali-kali ayat itu terucap di
gegendang telinganya. Umpama kaset yang dimainkan di corong radio.
“Minggu depan Rena dan Qasy akan bertunang.”
Erena menghentak kaki tanda geram. Dia menarik muka
cemberut. Argh! Dia menjerit nyaring dalam hati. Dia meraup wajahnya yang kusut
masai itu. Dia kelihatan resah gelisah. Macam kucing hilang anak.
“Papa pun satu,
ada ke suruh aku bertunang dengan mamat serius 24 jam tu? Hisy! Kalau papa
suruh aku bertunang dengan pelakon Korea tu, tak apalah juga. Dahlah handsome,pandai menari pula tu. Ni tak…
boleh pula suruh aku bertunang dengan Dr. Qasyiful? Dahlah tak romantik, asyik
serius aja 24 jam aje. Huhh!” tokok Erena tanda tidak puas hati.
Erena melabuhkan duduk di atas kerusi batu. Dia menongkat
dagu. Hisy, benci betullah bila kena paksa macam ni! Kenapa papa dan mama
beria-ia nak aku kahwin dengan mamat serius 24 jam tu? Apa yang hebatnya dia?
Sekali lagi hati Erena membentak keras.
Tidak semena-mena, bahu Erena ditepuk kasar dari
belakang. Dia terkejut besar. Apa lagi? Pantang sahaja tercuit, gadis itu pasti
akan melatah. “Oh, mak kau meletup!”
Fina ketawa apabila melihat reaksi Erena. Dia geli hati
dengan reaksi gadis itu. Rena... Rena… sehari tak melatah, memang tak sah. Itulah
Erena Amani, ratu melatah sejak zaman-berzaman lagi.
Erena mendengus geram. Dia menjeling geram. Hisy… dia
nilah, kecil besar, kecil besar aje aku tengok kau ni tau. Huhh! “Ha ha ha…
lawaknya! Entah apa yang kelakarnya, aku pun tak tahulah,” bidasnya geram.
Fina tidak menjawab. Sebaliknya dia masih lagi ketawa
terbahak-bahak.
Erena membuntang mata, siap bercekak pinggang lagi. Kalah
mak tiri Cinderella. “Dahlah tu Fina, hisy! Tak payahlah nak ketawakan aku
lagi, nenek sihir oii! Aku dahlah tengah serabut memikirkan masalah, kau pula
menambah lagi. Argh, ada juga yang merasa kehebatan karate do aku ni!”
Fina menayang sengihan kerang busuk. Lalu, keningnya
terjungkit sebelah. “Janganlah serius sangat, Rena. Aku bergurau ajelah. Tu pun
nak ambil hati. Relaxla, kawan,”
balasnya. Siap menayang muka selamba badak lagi.
Erena mencebik. Sekali lagi dia menjeling geram.
“Berguraulah sangat. Huhh! Seriuslah sikit, Fina!” bidasnya geram.
“Hah… apa masalah
kau kali ni, Rena?”
Erena menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Mukanya
cemberut. Dia mengeluh. Mulutnya memuncung panjang. “Papa nak aku bertunang
dengan Dr. serioustu minggu depan,
Fina.”
Fina ternganga. Tiba-tiba, bibirnya terukir senyuman
penuh makna. Dia menjungkit keningnya berkali-kali. “Wah, kawan baik aku nak
bertunanglah! Tak sabar aku nak tengok cincin tunang tersarung kat jari manis
kau, Rena. Hisy! Kembar Sir Chief kita tu bakal bertunang dengan kawan baik
aku. Hisy, terujanya aku! So sweet.”
Erena membuntang mata. Siap bercekak pinggang lagi.
Amboi, amboi… dia nilah, isyh! “Hoi, mak cik! Yang kau terlebih excitedtu, kenapa? Bukannya kau yang
nak bertunang, tapi aku!” Terlebih excited
pula minah ni. Aku ketuk pakai hammerbaru
tau!
Fina menayang sengihan kerang busuknya. “Eh, bukan aku,
ya? Aku ingatkan, aku yang nak bertunang. Terlupa pula yang Dr. Qasyiful tu
sebenarnya bakal tunang kau.”
Erena mencebik. Dia menjeling geram. “Ha ha ha… lawaknya!
Kalau kau dah gian sangat nak bertunang, meh sini ganti tempat aku. Nak?”
bidasnya geram. Aku dahlah pusing kepala memikirkan benda alah ni, tapi dia
boleh pula buat lawak sarkas kat sini. Argh!
Bola mata Fina bersinar apabila mendengar kata-kata
Erena. Bibirnya terukir senyuman lebar. “Haa? Aku boleh gantikan tempat kau ke,
Rena? Mestilah aku nak, Rena! Bak kata pepatah Melayu zaman dulu-dulu kala,
kecil tapak tangan, padang bola aku tadahkan.”
Mata Erena membuntang. Dia menepuk dahi. Alahai… apalah
nasib dapat kawan mental macam dia ni. Rasa macam nak tersungkur menyembah ke
bumi aje. “Fina, stop it ok!”
jeritnya lantang.
Fina menayang sengihan kerang busuk. Ha ha ha… tau pula
nak cemburu. Aik, ada rasa tercabar ke? Ooo… tahu takut? Padan dengan muka kau!
sindir Fina dalam hati.
Tiba-tiba, Erena melepaskan sebuah keluhan panjang. “Aku
tak nak bertunang dengan Dr. serioustu,
Fina. Naik geli geleman aku bila tengok muka serius 24 jam dia tu, Fina. Hisy…
aku tak sanggup nak menghadap muka dia yang menyakitkan hati tu. Wei, kau ada
cara tak macam mana aku nak mengelak dari bertunang dengan dia?”
Kening Fina terangkat sebelah. “Yang kau beria-ia tak nak
bertunang tu, kenapa? Hisy kau ni, memang tolak tuahlah! Rena, Dr. Qasyiful tu
dahlah kacak, doktor pula tu! Yang kau nak susah hati tu, kenapa? Tunang
ajelah, bukannya ada apa pun.” Pelik betul! Dapat kahwin free pun tak nak ke? Kalau akulah… confirmaku nak.
Erena tergamam. Dia menghadiahkan jelingan tajam buat
Fina. “Kau cakap senanglah, Fina. Bukannya kau yang kena, tapi aku!” bentaknya
keras.
Fina mencebik. “Kalau kau tak nak, bagi aje kat aku. Aku
nak!”
“Fina!” jerit Erena nyaring.
Fina menjeling geram. Dia hanya diam. Malas hendak
melayan sikap kebudak-budakan Erena. Hisy, menyampah! gerutu hatinya geram.
Erena menarik muncung panjang. Wajahnya cemberut. “Wei,
aku tak nak bertunang dengan dialah. Tolonglah aku, Fina. Kau aje yang boleh
tolong aku. Kita cari jalan untuk aku elak dari bertunang dengan dia. Please…” rayunya bersungguh-sungguh.
Mengharap agar Fina sudi memberikan pertolongan padanya.
Kening Fina terjungkit sebelah. Dia menayang senyuman
sinis. “Yang nak serabutkan kepala otak kau memikiran cara untuk mengelak dari
bertunang dengan dia tu, kenapa? Apa susahnya, Rena? Kau bertunang ajelah
dengan dia, Bukannya ada apa-apa pun. Habis cerita.”
Erena membuntang mata. Hisy! Kenapalah kau bagi cadangan
kurang bernas ni, hah? Hatinya membentak keras. Geram dengan cadangan Fina yang
langsung tidak masuk akal itu. Huhh! “Kau faham tak maksudnya tak nak? Aku tak
nak bertunang dengan mamat serius 24 jam tu, Fina!”
Fina ketawa sinis. “Rena, kenapalah kau ni bengap sangat,
hah? Ni baru aje bertunang tau, belum nak kahwin lagipun. Haa… masa bertunang
macam inilah, apa-apa pun boleh berlaku. Masa tu, kau carilah jalan untuk buat
dia tarik diri daripada pertunangan ni. Apalah kau ni,
Rena? Benda kecil macam ni pun, tak boleh nak
fikir ke, hah?”
Erena seakan baru tersedar sesuatu. “Ha’ah… la, betul
juga cakap kau, Fina. Kenapa aku langsung tak ingat cara tu, ya?”
Fina mencebik. “Dah kau macam minah kelam kabut aje,
macam mana nak terfikirkan cara tu?” perlinya.
Erena tidak menjawab, sebaliknya dia tersenyum penuh
makna. Aku akan buat kau menyesal sebab kena bertunang dengan aku, Dr. serious.Aku akan buat kau tarik
diri dari pertunangan kita! ucap hatinya penuh tekad.