Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
SPECIAL EDITION - KISAH CINTA DR. QASYIFUL (PART 3)

(Saat maut datang menjemput)


ZEHAN menyentuh lembut tangan Dr. Qasyiful. Bibirnya terukir senyuman kecil. “Qasy, awak betul-betul cintakan saya?” tanya Zehan perlahan. Wajah gadis cantik itu kelihatan begitu mendung sekali. Tidak seperti kebiasaannya.

Dr. Qasyiful tertawa nipis. “Sayang, mestilah saya cintakan awak. I am truly, truly love you so much. Awak umpama lilin yang menerangi hidup saya, sayang. Tanpa awak, hidup saya akan jadi gelap gelita.” balas Dr. Qasyiful bersungguh-sungguh.

Zehan menghela nafas lega apabila mendengar jawapan itu. Lapang dadanya mendengar pengakuan ikhlas tunangnya itu. “Terima kasih, Qasy. Awak bak nyawa saya. Saya tak boleh hidup tanpa awak. Saya juga cintakan awak, sayang.” luah Zehan bersungguh-sungguh.

Dr. Qasyiful menguntum senyuman kecil. Tangan kanan Zehan dicapai. Lalu, gadis cantik itu mengucupnya penuh syadu. “Saya pun tak boleh hidup tanpa awak, Zehan. Tolong jangan pergi dari hidup saya, jangan tinggalkan saya.” balas Dr. Qasyiful bersungguh-sungguh.

Zehan mengukir senyuman nipis. “Saya tak akan kemana-mana, Qasy. Saya tetap ada di sini, di samping awak.” balas Zehan kedengaran ikhlas.

“Terima kasih, sayang.” tutur Dr. Qasyiful, lalu lelaki kacak itu menghela nafas lega.

Bibir Zehan masih lagi terukir senyuman nipis. “Sama-sama, sayang.” jawab Zehan lembut.

Dr. Qasyiful berdehem kecil. “Dah… dah… jom kita sambung makan. Perut saya dah berkeroncong minta diisi ni.” ajak Dr. Qasyiful beriya-iya. Dengan penuh berselera sekali, lelaki kacak itu menyuap nasi berlaukkan ayam masak lemak cili api ke dalam mulutnya.

Zehan menghela nafas kecil. Lalu, bibirnya terukir senyuman nipis. Nasi berlaukkan ikan masak asam pedas itu hanya dijamah sedikit sahaja. Entah mengapa, seleranya seakan-akan mati.

Ya Allah… kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa macam tak sedap hati aja? Macam…. Subhanallah. Apa sebenarnya yang bakal berlaku? Tutur hati Zehan kedengaran lemah.

Dr. Qasyiful mengalihkan pandangannya ke arah Zehan. Dahinya berkerut seribu apabila melihat telatah tunangnya itu. “Zehan?” Dr. Qasyiful menegur lembut.

Zehan tersentak kecil. Serta-merta, segala lamunannya menghilang. Gadis cantik itu memandang kosong wajah tunangnya. Segaris senyuman hambar terukir di bibirnya. “Hurm?” Zehan membalas lemah.

Dahi Dr. Qasyiful semakin berkerut. “Are you ok, sweetheart?” tanya Dr. Qasyiful ingin tahu.

Zehan menghela sebuah keluhan panjang. “I’m okey, honey. Don’t worry about me.” balas Zehan perlahan.

Kening Dr. Qasyiful terjungkit sebelah. Okey ke macam ni? Macam K.O aja. Getusnya dalam hati. “Are you sure?” Sekali lagi Dr. Qasyiful mengulangi pertanyaannya.

Zehan mengangguk lemah. “I’m okey.” balas Zehan bersungguh-sungguh.

Sejenak mereka terdiam. Melayani perasaan masing-masing.

Dr. Qasyiful berkerut dahi. Hatinya disapa bimbang. Kenapa dengan tunang aku ni? Sejak dua menjak, gadis cantik itu sering bersikap aneh. Apa sebenarnya yang cuba diberitahu? Ya Allah… Hatinya menggumam sendirian.

Zehan menarik nafas panjang. Lalu, menghembusnya secara perlahan-lahan. “Qasy?” Zehan menegur lembut. Nada suara gadis cantik itu kedengaran begitu lemah sekali.

Dr. Qasyiful menguntum senyuman nipis. “Hurm?” balas Dr. Qasyiful lembut.

Zehan mengukir senyuman nipis. Lalu, gadis cantik itu menggenggam kedua-dua belah tangan Dr. Qasyiful. “Kalau ada sesuatu yang berlaku pada saya, awak jangan sedih ya? Saya tak sanggup tengok kesedihan awak, Qasy. Air mata yang mengalir di pipi awak, menyakitkan hati saya.” pinta Zehan bersungguh-sungguh.

Dr. Qasyiful terkesima. “Apa yang awak merepek ni, Zehan?” marah Dr. Qasyiful.

Zehan menghela keluhan panjang. “Kita tak tahu, bila ajal kita. Kita hanya mampu berserah pada takdir Allah, Qasy. Kun Faya Kun. Allah kata jadi, maka jadilah ia.” balas Zehan perlahan. Seolah-olah sedang menyampaikan maksud tersirat di sebalik yang tersurat.

Dr. Qasyiful tergamam. “Zehan?! Jauhnya awak berfikir, Zehan. Tak baik. Kita doakan yang terbaik untuk hubungan kita. Tolonglah jangan fkikir yang bukan-bukan, sayang."” balas Dr. Qasyiful dengan nada suara tegas.

Zehan tersenyum hambar. “Kalau sesuatu berlaku pada diri saya, awak carilah wanita yang mampu menerima awak seadanya. Yang lebih baik dari saya.” rintih Zehan perlahan. Diiringi air mata yang mengalir di pipi gadis cantik itu.

Dr. Qasyiful terkedu. Dia semakin hairan. “Zehan…”

“Please… janji dengan saya ya?” potong Zehan sebelum sempat Dr. Qasyiful menghabiskan ayatnya.

Dr. Qasyiful menghela keluhan berat. “Tapi…”

“Qasy?” Sekali lagi Zehan memintas kata-kata Dr. Qasyiful.

Dr. Qasyiful menguntum senyuman hambar. Lalu, lelaki kacak itu menggenggam lembut tangan Zehan. “Saya janji, Zehan.” janji Dr. Qasyiful perlahan.

Kedengaran Zehan menarik nafas lega. “Terima kasih, Qasy.” balas Zehan perlahan.

Dr. Qasyiful tidak membalas. Sebaliknya, lelaki kacak itu merenung sedalam-dalamnya wajah cantik tunangnya itu. Ya Allah… kenapa tunang aku bersikap aneh seperti itu? Apa sebenarnya yang akan berlaku, ya Allah?

---------

ZEHAN memandu tenang kereta Toyota Vios berwarna hitam berkilat miliknya melalui lebuhraya Karak-Bentong. Dia mahu pulang ke kampungnya yang terletak di Raub, Pahang bagi menguruskan majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Gadis cantik itu menguntum senyuman nipis. Tiba-tiba, dia teringat kembali hari pertunangannya bersama Dr. Qasyiful

Saat itu, Zehan merasakan dialah gadis yang paling bertuah di dunia. Akhirnya, dia sah bergelar tunangan pada seorang lelaki yang bernama Qasyiful Hakim, lelaki yang sangat bereti buat dirinya. Sejujurnya, dia terlalu mencintai lelaki kacak itu.

“Mana tunang kamu, Zehan?” tanya seorang wanita berumur dalam lingkungan 40an.

Zehan menguntum senyuman kecil. “Dia ada kat luar, mak cik Ina. Tengah bersembang dengan saudara-mara kat luar.” jawab Zehan serba ringkas.

Wanita yang bernama Mak Cik Ina itu tersenyum lebar. “Tahniah ya, Zehan. Kamu dengan dia betul-betul sesuai. Sama cantik, sama padan. Bagai pinang dibelah dua.” puji Mak Cik Ina bersungguh-sungguh.

Zehan tergelak kecil. “Terima kasih, mak cik.” ucap Zehan lembut.

Apabila teringatkan kisah di hari pertunangannya, membuat Zehan tersenyum sendirian. “Qasy… Qasy… semua saudara-mara memuji kekacakan awak. Tapi, saya jatuh cinta bukan kerana tu, Qasy. Saya cintakan awak kerana peribadi awak. Awak terlalu istimewa, Qasy.” gerutu Zehan perlahan.

Saat menuruni jalanraya yang berbukit dan berbengkang-bengkok, tanpa disedari sebuah kenderaan berpacuan empat roda yang memotongnya

di lorong sebelah secara tiba-tiba sahaja terbabas. Lalu, kereta itu merempuh kereta yang dipandu Zehan.

Zehan terkesima. “Astaghfiurlah al-azim…. Aaaa!” Jerit Zehan lantang. Rempuhan yang amat dasyat itu menyebabkan Zehan hilang pertimbangan. Lalu, kereta yang dipandunya merempuh pembahagi jalan.

Pommm!!!

Begitu kuat bunyi rempuhan itu kedengaran. Membuatkan kenderaan-kenderaan lain turut berhenti. Masing-masing berpusu-pusu menghulurkan pertolongan buat si mangsa.

Darah merah pekat menyerbu keluar dari mulut Zehan. Darah merah pekat juga meleleh laju umpama lautan di kepalanya. Gadis cantik itu semakin lemah. Nafasnya kedengaran laju. Saat sakaratul maut datang menjemput terlalu menyakitkan. Fikirannya terbayang wajah Dr. Qasyiful, tunang yang terlalu dicintainya.

“Qasy…” rintih Zehan perlahan.

Akhirnya, matanya terpejam rapat. Lalu, gadis cantik itu terus menghembuskan nafasnya yang terakhir.


(Nantikan karya versi cetaknya di pasaran... berkemungkinan dalam bulan 7/8 .. doa2kan ya.. salam sayang dr Nurina Feeza)

Previous: BAB 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.