PINTUrumah ditutup rapat. Dr. Qasyiful
menggantung kunci keretanya di tepi dinding. Dia melabuhkan duduk di atas sofa.
“Kenapalah Erena susah sangat nak terima alasan aku? Kenapalah kepala Erena
keras macam batu? Hisy, susah betullah bila bertunang dengan gadis manja macam
Erena ni,” keluhnya. Lelaki itu men kepalanya berulang kali. Ah, kusutnya!
Serentak itu, fikirannya menerawang mengingati peristiwa
tadi. Ayat yang terbit di bibir Erena menampar cuping telinganya.
“Just sorry? Saya tunggu awak dari pukul
1.30 petang sampai ke pukul 3.30 petang tau? Then, pukul 4.00 petang baru bayang
awak muncul.”
Sekali lagi Dr. Qasyiful mengeluh. “Aku ada kerja, Rena.
Aku bukan sengaja nak datang lambat. Takkanlah kau tak faham bahasa Melayu kot?
Nak kena eja satu per satu dulu ke, baru kau nak faham, hah? ”
Dia memicit dahi. Kepalanya terasa pusing apabila
memikirkan perangai manja tunangnya itu. Ah! Semakin hari, gadis itu semakin
manja.
Kelihatan Dr. Qasyiful menggaru-garu kepalanya yang tidak
gatal. “Uncle Harris, Auntie Katrina, macam mana saya nak lutkan perangai manja
Erena sedangkan saya sendiri pun tak tahan dengan sikapnya? Ya ALLAH…”
gerutunya lemah.
Dr. Qasyiful termenung panjang. Tiba-tiba, lelaki itu
mengeluh panjang. “Qasy, jangan menyerah kalah dengan mudah. Ingat, Uncle Harris
dan Auntie Katrina dah letak kepercayaan pada kau. So, thinking positive. You can do it, Qasyiful Hakim,”ucapnya.
Cuba meniup semangat yang semakin menipis seperti kulit bawah merah.
Dr. Aiman yang baru sahaja keluar dari biliknya berkerut
dahi. Aik, angin kus-kus apa pula yang melanda Qasyiful? tanya hatinya ingin
tahu.
Lantas, lelaki itu berjalan ke arah Dr. Qasyiful. Lalu,
dia melabuhkan duduk di sofa.
“Kau ni dah
kenapa, Qasy? Orang kalau baru balik dari dating,
sepatutnya kena happy. Ni tak…
muka tu monyok aje. Kenapa?” tanya Dr. Aiman ingin tahu. Lelaki itu sudah duduk
bersila di sofa sambil memandang wajah kawan baiknya itu.
Dr. Qasyiful tersenyum kelat. “Happyapanya, Man? Lagi stress
ada la,” jawabnya perlahan.
Dr. Aiman menjungkit kening. “Laa… macam tu pula?
Kenapa?”
Dr. Qasyiful mengeluh panjang. Lalu, dia menceritakan
peristiwa yang berlaku tengah hari tadi pada kawan baiknya.
Dr. Aiman tersenyum. Lalu, dia menggeleng. “Yang kau tak
beritahu perkara sebenar pada dia tu, kenapa? Sepatutnya, kau kena beritahu dia
awal-awal. Bukannya biarkan dia tertunggu-tunggu kat situ. Kalau aku kat tempat
dia, aku pun melenting. Yalah, tunggu berjam-jam macam Patung Cendana kat situ.
Aku pun berangin!”
Dr. Qasyiful mengeluh. “Kau tahukan aku ni macam mana
orangnya, Man? Aku jenis orang yang mengutamakan kerja. Nyawa orang kot!
Takkanlah nak dibiarkan macam tu aje?” tegas Dr. Qasyiful.
Sekali lagi Dr. Aiman menggeleng. “Ya, aku kenal,
terlebih kenal! Memang kau jenis orang yang mengutamakan kerja! Tapi kau kena
fikir Qasy, Erena tu tunang kau, bukannya anak patung! Kau sendiri kan tahu yang
dia tu manja orangnya. Pandai-pandailah ambil hati dia.”
Dr. Qasyiful terdiam. Ambil hati dia? “Manalah aku reti
nak romantik, Man. Lagipun, aku dah lama tak bercinta. Skil tu dah lama
menghilang,” balasnya lemah. Serta-merta kenangan lampau menyinggah ke kotak
fikirannya. Ah, Zehan…
Dr. Aiman tersenyum penuh makna. “Aku dah agak, memang
kau akan cakap macam tu punyalah. Kalau tak tahu cara nak romantik dengan buah
hati sendiri, apa lagi? Ambillah ilmu dari doktor pakar cinta macam aku ni,
hah.” Kening Dr. Qasyiful terangkat
sebelah. Sejak bila pula tukar profesion ni? Doktor pakar cinta? Ha ha ha…
kelakarnya! “Maksud kau?”
Dr. Aiman tersenyum lagi. Keningnya terjungkit sebelah.
“Cara pertama… kau kena pujuk dia! Pergi ke rumah Datuk Harris, minta maaf pada
dia. Bawa bunga ros sebagai tanda maaf. Gerenti dia suka punya!”
Dr. Qasyiful tergelak kecil. “Kau nilah Man, tak
habis-habis dengan bunga ros. Malulah aku, tu bukan diri aku tau. Aku gelilah
nak buat benda-benda macam tu. Tu budak hingusan punya kerja tau.”
Dr. Aiman mencebik. Eleh, nak berlagak konon? Cis!
“Cubalah dulu! Manalah tau, kot-kot menjadi cara tu. Kau juga yang untung.”
Dr. Qasyiful menggeleng. “Apa-apalah, Man! Dahlah, aku
nak naik atas. Nak mandi, melekit rasanya badan aku ni.” Dia terus bangun dan
menuju ke biliknya.
Dr. Aiman menjeling geram. Aku punyalah susah fikirkan
jalan untuk tolong dia. Tapi, dia boleh buat dek aje. Hampeh betul!