ERENA menatang
semangkuk maggi berkuah berperisa kari ke meja makan. Sejurus sampai di meja
makan, mangkuk berisi maggi kari itu segera diletakkan ke atas meja. Dia duduk
bersila di atas kerusi. Bersinar-sinar matanya tatkala melihat makanan segera
kegemarannya itu. “Nyum… nyum… sedapnya! Rasanya, dah dua minggu aku tak
sentuh maggi kari ni. Haa… lepas ni, ‘selamatlah’ kau dalam perut aku, wahai
maggi kari,” katanya bersungguh-sungguh.
Lalu, dia tergelak kecil. Geli hati dengan telatah kebudak-budakannya.
Erena menggosok-gosok kedua-dua belah tangannya, lalu
membaca doa makan. Sejurus selesai membaca doa, Erena menikmati maggi kari
kegemarannya dengan penuh berselera sekali. Begitu lahap sekali gadis cantik
itu menyuap makanan ke dalam mulutnya. Seakan setahun tidak berjumpa dengan
makanan.
Erena menguntum senyuman lebar. Matanya merenung
sedalam-dalamnya kuah maggi yang masih berbaki di dalam mangkuk. “Maggi dah
habis. Tinggal kuah aje.” Sejurus itu, mangkuk yang ada di atas meja, diangkat
dan disuakan ke mulutnya.
“Rena?” tegur
Datuk Harris. Serentak itu, lelaki itu mengorak langkah menuju ke arah Erena.
Dia melabuhkan duduk di hadapan anak gadisnya. Dia tersenyum. “Rena dah habis
makan ke?”
Erena menguntum senyuman nipis. Sekadar membalas senyuman
yang tersungging di bibir papa. “Dah, papa. Tinggal kuah aje,” balasnya acuh
tidak acuh.
“Actually,papa
ada berita nak sampaikan pada kamu, Rena,” beritahu Datuk Harris
bersungguh-sungguh.
Kening Erena terjungkit sebelah. “Berita apa, papa?”
tanyanya ingin tahu. Lantas, mangkuk maggi kari itu diangkat dan didekatkan ke
mulutnya. Serentak itu, dia menghirupnya sedikit demi sedikit.
Datuk Harris mengukir senyuman penuh makna. “Minggu depan
Rena dan Qasy akan bertunang.” Raut wajah itu kelihatan gembira. Masakan tidak,
puteri kesayangannya akan bertunang tidak lama lagi.
Erena yang sedang menghirup kuah maggi kari terus
tersedak. Merah padam wajah gadis itu menahan pedih di tekak. Habis berair
matanya. Aduh, pedihnya! Serentak itu, dia terus mencapai gelas yang ada di
atas meja. Dengan rakus, gadis itu meneguk air putih. Mahu menghilangkan rasa
pedih di tekak.
Datuk Harris tergelak kecil. Dia berasa lucu tatkala
melihat reaksi Erena. “Erena okey ke ni?” tanyanya dengan muka selamba
badaknya. Seolah-olah tiada apa-apa pun yang berlaku.
Erena menarik nafas panjang. Gila aku okey? Off course I am not, papa! bentaknya
dalam hati.
“Apa dia, papa? Bertunang minggu depan?” Erena terjerit
biawak. Sejujurnya, dia terkejut gila dengan berita yang baru disampaikan itu.
Memang kejutan besar! Hah?
Datuk Harris mengangguk. “Ya, Rena. Kamu dengan Qasy akan
bertunang minggu depan,” ulangnya untuk kesekian kalinya.
Erena menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Mukanya
pucat lesi bak ternampak hantu pocong. “Papa sengaja bergurau dengan Rena, kan?
Please papa, that is not funny, ok!”
bentaknya keras. Mengharap supaya berita itu hanyalah sekadar gurauan
semata-mata.
Datuk Harris menguntum senyuman kecil. Keningnya
terjungkit sebelah. “Rena nampak muka papa macam muka geng Sepahtu ke? Papa
rasa, papa tak buat lawak pun. I am
truly, truly serious, Erena Amani,” sindirnya.
Erena tergamam. Dia mencubit pipinya. Ouch, sakit!
Mulutnya ternganga luas. Matanya terbuntang. Kalau sakit maknanya… dia tidak
bermimpi! Maknanya… papa tak bergurau. Alamak, aku akan ditunangkan dengan
mamat serius 24 jam tu? Oh My ALLAH….
Datuk Harris tergelak kecil, sungguh sinis sekali
bunyinya. “Rena sangka papa bergurau ke? Papa tak bergurau tau, Erena Amani.
Rena pun bukan dalam dunia Alice In Wonderland. Kenyataannya, Rena akan
bertunang dengan Qasy minggu depan,” tambahnya lagi. Siap menguntum senyuman
sinis lagi.
Erena mengeluh. Dia meraup wajahnya yang kusut masai. Ya
ALLAH, aku tak nak bertunang dengan Dr.
serioustu! Aku langsung tak sukakan dia! Macam mana aku nak jadi tunang
dia sedangkan hati aku langsung tak berkenan dengan dia? ucap hatinya resah.