Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BLURB (BELAKANG BUKU)

Bertunang? Gila ke apa? Tambah-tambah lagi, bakal tunangnya adalah Dr. Qasyiful Hakim a.k.a Dr. serius 24 jam yang tak habis-habis dengan muka ketat dia. Oh, tidak! Stress la macam ni! Dia tidak mahu, tapi dia terpaksa. Bencilah!

Ah, Erena Amani kena cari idea untuk buat Dr. Qasyiful Hakim tarik diri dari pertunangan ni. PlanA? Hmm… gagal! Plan B? Gagal juga! Plan C pun sama. Pendek kata, semua plan gagal. Aduh, nak buat macam mana ni? Dr. Qasyiful Hakim langsung tidak terkesan dengan segala idea gilanya. Dia siap boleh tayang muka tak ada perasaan lagi.

“Awak dengar baik-baik, ya! Walaupun papa beria-ia nak saya kahwin dengan awak, tapi awak jangan berangan yang saya akan jatuh cinta pada awak!”

Kemunculan Natasya yang begitu mesra dengan encik tunangnya membuatkan Erena cemburu! Eh, aku dah terjatuh cinta ke? Bermacam-macam perkara dilakukan untuk menarik hati Qasyiful, tetapi encik tunangnya itu buat-buat tak nampak. Lagi parah, Natasya sentiasa mencari jalan untuk mengganggu gugat hubungan mereka.

Previous: DITERBITKAN
Next: BAB 38

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.