Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 9

“ASSALAMUALAIKUM!”

“Waalaikumusalam!” jawab Datin Katrina. Tombol pintu dipulas. Tersembul muka kacak Dr. Qasyiful yang tercegat di depan muka pintu. Dia mengukir senyuman manis. “Oh, doktor rupanya. Haa… dah sampai pun. Eh, jemputlah masuk,” ajaknya. Suka benar dia melihat bakal menantunya itu. Memang pakej yang lengkap. Sejuk mata memandang.

Dr. Qasyiful menguntum senyuman manis, membalas senyuman bakal ibu mentuanya. Nak ambil hatilah dikatakan. “Err… terima kasihlah, auntie.Kasihan auntie.Buat susahkan auntieaje,” balasnya sekadar berbasa-basi.

Datin Katrina tergelak kecil. “Eh, apa yang susahnya, doktor? Tak ada yang susahnya pun. Kami sangat berbesar hati menerima kedatangan doktor ke sini. Hah, tunggu apa lagi? Jomlah masuk!”

Dr. Qasyiful mengangguk. “Oh yalah, jom kita masuk.” Lalu, dia membuntuti langkah Datin Katrina masuk ke dalam rumah. Mereka melangkah hingga ke ruang tamu.

Datin Katrina memandang wajah kacak bakal menantunya. “Haa… jemputlah duduk, doktor.” Dia tersenyum.

Dr. Qasyiful menguntum senyuman manis. Dia mengangguk sebagai balasan. Lantas, lelaki kacak itu melabuhkan duduk di atas sofa yang terdapat di ruang tamu.

Datin Katrina mengukir senyuman kecil. “Haa… dekat rumah kami ni, janganlah malu-malu kucing doktor. Lagipun, doktor bukannya orang lain pun, bakal menantu kami juga. Jadi, janganlah segan-segan. Buatlah macam rumah sendiri ya, doktor,” katanya beria-ia. Wanita itu melabuhkan duduk di atas sofa berhadapan dengan bakal menantunya.

Dr. Qasyiful masih lagi tersenyum manis. “Hisy… auntie ni, malu saya tau.Auntie layan saya dengan baik. Tapi, saya tak bawa apa-apa buah tangan pun pada auntie. Err… maaflah sebab terlupa bawa buah tangan, auntie,” balasnya lembut. Dia rasa serba salah.

Datin Katrina tergelak kecil. “Eh, tak apalah. Tak perlu nak bersusah payah, doktor. Lagipun, kedatangan doktor ke rumah kami ni pun, dah macam buah tangan untuk kami juga. Kami gembira dengan kedatangan doktor ke sini,” balasnya lagi.

Dr. Qasyiful mengeluh kecil. “Bukan apa auntie,segan pula saya, kan? Yalah… datang bertandang ke rumah orang, tapi terlupa membawa buah tangan. Tak patut saya buat macam tu, auntie,” balasnya serba salah.

Datin Katrina tersenyum kecil. “Tak apalah, doktor. Hal kecil aje tu, jangan risaulah,” balasnya, beria-ia meyakinkan bakal menantunya itu. “Lagipun, auntie dah masak specialuntuk doktor tau. Unclecakap, doktor suka makan ayam masak merah, kan? Hah, auntiedah masakkan untuk doktor, khas untuk doktor tau,” tambahnya lagi.

Spontan senyuman lebar terukir di bibir Dr. Qasyiful. Agak teruja dengan menu makan malam mereka pada hari ini. Ayam masak merah? Wow, so delicious!Muah...Bak iklan roti Massimo di kaca televisyen. “Terima kasih, auntie,” balasnya.

Datin Katrina mengangguk lalu tersenyum kecil. “Sama-sama, doktor.”

“Oh ya auntie,terlupa pula saya,” Tiba-tiba, Dr. Qasyiful teringatkan sesuatu. “Err… tak payahlah berdoktor-doktor dengan saya, auntie.Lagipun, kita kan bakal jadi keluarga tak lama lagi. Panggil aje Qasy,” tambahnya bersungguh-sungguh.

Sekali lagi Datin Katrina mengangguk. Bak burung belatuk. “Yalah, Qasy.”

Sedang asyik berbual-bual, tiba-tiba Datuk Harris datang menyapa. “Hah Qasy, dah sampai pun,” sapanya. Bibirnya terukir senyuman manis.

Dr. Qasyiful tersenyum kecil. “Saya baru sampai aje, uncle. Dia bangun dan bersalaman dengan bakal ayah mentuanya. Ambil hati bakal mentualah dikatakan. Almaklumlah, nak jadi menantu mithali.

Selepas bersalaman dengan Dr. Qasyiful, Datuk Harris terus duduk di sebelah isterinya.

Ehem! Tiba-tiba Datin Katrina berdehem. “Err… auntie ke dapur dululah, nak hidangkan makanan. Qasy berbual-buallah dengan uncle,ya.”

Dr. Qasyiful tidak membalas, sebaliknya lelaki kacak itu hanya mengangguk sebagai jawapan.

“Hah Qasy, jangan segan-segan tau. Buat aje macam rumah sendiri.” Sekali lagi wanita itu berpesan.

Sekali lagi Dr. Qasyiful mengangguk sebagai jawapan.

Datin Katrina melangkah ke arah dapur dan hilang di sebalik dinding berwarna merah jambu itu.

Dr. Qasyiful memandang Datuk Harris. “Err… mana Rena, uncle?”soalnya ingin tahu. Entah mengapa hatinya terasa berdebar. Macam hendak meletup sahaja. Eh kau ni dah kenapa, Qasyiful? Dah angau ke?

Datuk Harris tersenyum penuh makna. Amboi, dah tak sabar nak jumpa dengan buah hati ke? “Ada dalam bilik dia tu, Qasy. Biasalah… orang perempuan, make upmengalahkan artis. Kenapa, dah tak sabar nak jumpa dengan bakal isteri ke?” usiknya bersahaja. Siap tayang muka selamba lagi.

Dr. Qasyiful tergelak kecil. Hisy, directaje soalannya. Kan dah terkena batang hidung sendiri. “Eh, tak adalah. Saja bertanya,” nafinya beria-ia.

Datuk Harris tergelak kecil. “Kalau ya pun Qasy, apa salahnya, kan? Bukan dengan orang lain pun, dengan bakal isteri juga.” Sekali lagi dia mengusik.

Merah padam muka Dr. Qasyiful mendengar usikan itu, mengundang tawa Datuk Harris. Suka benar, dia mengusik bakal menantunya itu.

ERENAmemerhati penampilan dirinya di hadapan cermin di dalam bilik air. Mulutnya memuncung panjang. “Hisy, betul ke apa yang aku buat ni? Yark! Hee… geli aku bila tengok penampilan aku ni, iyuuu…” ucap dirinya sendiri. Hisy, naik geli-geleman Erena apabila melihat penampilan diri sendiri. Dah macam kanak-kanak ribena aje.

Fina yang berada di luar mendengus geram. Hisy, buat apalah lama-lama kat dalam bilik air tu? Lambatnya! “Yuhhuu… tuan puteri? Kau dah siap ke belum? Cepatlah, tak sabar aku nak tengok ni!” jeritnya dari luar.

Erena tersentak. Dia menarik muncung panjang. “Hisy… mak andam bidan terjun aku ni, tak reti nak sabar langsung,” bebelnya geram.

“Ya… ya… aku keluar sekarang!” jerit Erena dari dalam. Lalu, dia membuka pintu bilik air. Dengan langkah yang berdebar-debar, dia mengatur langkah ke luar.

Berkerut dahi Erena. Gadis cantik itu menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia kelihatan agak teragak-agak dengan penampilan dirinya itu. “Err… Fina, okey ke macam ni?” soalnya ingin tahu. Siap menayang muka manja dan gedik lagi.

Fina menguntum senyuman penuh makna. Keningnya terjungkit ke atas. Ini dia kanak-kanak ribena versi alaf baru. Taddaaa! Gadis itu membuat isyarat bagus. “Memang sesuai sangat, Rena. Seriouslly, memang kena!” balasnya bersungguh-sungguh. Gadis itu ketawa besar. Larilah bakal suami kau nanti, Rena! Dia mengutuk di dalam hati.

Erena menggaru-garu kepala yang tidak gatal. “Are you sure, Fina? Seriouslly, our planning is working?Kalau rancangan kita ni tak menjadi, macam mana?” soalnya dengan nada suara teragak-agak.

Fina menjungkit keningnya berkali-kali. “Yes, I’m very sure. Hundred percent sure! Trust me, Rena.Babe, memang kena dengan gaya kau tau. Pakai baju gambar kartun Tom and Jerry, dengan seluar warna pink. So sweet,”balasnya bersungguh-sungguh.

Erena menjeling. Dia mencebik. Amboi minah ni, terlebih sudah. Memang kau drama queen. “Aku nak tergelak besarlah bila tengok penampilan aku ni, Fina. Ni bukan gaya aku tau! Dah macam apa entah? Macam orang baru terlepas dari Tanjung Rambutan aje,” balasnya.

Fina tertawa besar. Geli hati apabila mendengar kata-kata Erena.

Erena menjeling tajam. “Eh, gelak pula? Apa yang kelakarnya? Kau ingat aku ni pelawak sarkas ke? Tengah buat show?” sindirnya geram.

Fina mengangguk. “Memang pun, Rena!”

Erena membuntang mata. Dia menarik muncung panjang. “Fina!” jeritnya geram. Hisy!

Fina sudah ketawa besar apabila melihat reaksi Erena. Kelakar sungguh!

Erena menggenggam buku limanya. Nak aje aku luku kepala kau. Sesuka hati aje kau ketawakan aku, ya? Tapi, terpaksa aku batalkan niat aku ni sebab kau dah tolong aku, jadi kau selamat, bebel hati Erena geram.

Erena menghadiahkan jelingan tajam buat Fina. “Dahlah tu, Fina! Janganlah gelak lagi. Tak ada yang lawak pun!” bentaknya.

Fina tersengih. “Okey... okey… sorry,terlebih sudah. Actually, aku pun geli hati dengan penampilan kau ni, Rena. Tapi, mungkin ini aje cara yang boleh buat bakal suami kau tu batalkan keputusannya. Percayalah cakap aku, Rena,” balas Fina bersungguh-sungguh.

“Kalau tak jadi, siap kau!” ugut Erena keras.

Kening Fina terjungkit sebelah. “Eleh, siap nak pergi mana? England? Paris? Wah, tak sabar lagi nak naik kapal terbang. Bolehlah aku shoppingpuas-puas! Bestnya…” guraunya.

Erena membuntang mata. “Fina!” bentaknya geram.

Fina tersengih. “Okey… okey… aku serius okey,” balasnya sambil tangannya mengangkat bantal Erena yang berwarna putih tanda kalah.

Erena tersenyum kemenangan. Ha ha ha… aku menang!

“Okey sekarang, aku nak kau duduk. Aku nak make upkau,” arah Fina bersungguh-sungguh.

Seperti lembu di cucuk hidung, Erena memenuhi arahan Fina. Dia duduk di kerusi solek. “Cepatlah, mak andam! Aku tak sabar nak tengok penampilan aku ni.”

“Sabarlah!” Cepat-cepat Fina melakukan tugasnya sebagai mak andam. Cewah, mak andam konon? Hah, ni mak andam yang terhangat di pasaran. Ha ha ha… ketawanya di dalam hati.

“Erena?! Fina?! Buat apalah lama sangat dalam bilik tu? Jom turun bawah! Tolong mama sediakan hidangan makan malam. Tak payahlah terperap dalam bilik tu.” Tiba-tiba kedengaran suara laungan Datin Katrina dari luar.

Fina dan Erena kelam kabut apabila mendengar suara mama. Alamak!

Fina memandang wajah Erena. “Relax! Breathe in okay? Up… down… up... down…”ucapnya sambil menarik nafas dan menghembusnya perlahan-lahan.

“Erena?! Fina?!” laung Datin Katrina lagi.

Erena menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “Kau ajelah yang jawab, Fina.”

Fina mengangguk tanda memahami. “Err… kejap ya, auntie? Give us around 10 minutes.Kejap lagi kami turun,” balas Fina separuh menjerit.

“Hmm… yalah. Lepas tu turun, okey!” arah Datin Katrina tegas.

“Okey!” balas Fina lagi.

Setelah suara Datin Katrina tidak kedengaran lagi, Fina meneruskan kembali kerjanya yang terbengkalai tadi.

Dalam masa beberapa minit, kerjanya sebagai mak andam terhangat di pasaran sudah selesai. “Haa… dah siap pun! Cuba tengok kat cermin,” katanya sambil tersenyum penuh makna.

Erena melihat wajahnya di cermin. “Wow!” ucapnya tidak terkata. Dia ketawa geli hati. “Serius Fina, dah macam budak manja dan gedik. Hebatlah kau, mak andam,” pujinya.

Kembang kempis hidung Fina apabila mendengar pujian itu. “Hah… akukan mak andam terhebat,” balasnya selamba. He he he… masuk bakul angkat sendiri. “Dahlah, jom turun! Nanti mama kau bising pula,” tambahnya lagi.

Erena tersenyum lebar. Bak burung belatuk, kepalanya mengangguk. “Okey, jom!” balasnya beria-ia.

Lalu, mereka berdua berjalan seiringan menuju ke tingkat bawah.

Erena tersenyum penuh makna. Bakal Encik Tunangku… aku akan pastikan kau terus tak jadi memperisterikan aku. Hati Erena tergelak jahat.

Previous: BAB 8
Next: BAB 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.