Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
5 - 1

Tangisan ini mengalir dalam diam.

Biarlah jika ia berakhir begini.

 

PULANGdari bertemu Datuk Halim, Asha menghabiskan masanya di Pasar Raya Giant. Diamahu membeli barang-barang keperluan peribadi yang sudah lama habis. Kesibukandi tempat kerja telah membataskan pergerakannya.

            Padaketika dia sedang menolak troli menuju ke bahagian barangan sejuk beku, tiba-tibatelefon bimbitnya berbunyi. Lekas diseluk tangannya itu ke dalam beg. Telefonbimbit ditarik keluar. Matanya ditumpukan ke skrin. Terkedu bila melihat namaFadli.

            Mengapalelaki itu terus mengganggu hidupnya? Tidak cukupkah dengan kesakitan yangpernah ditinggalkan suatu ketika dahulu? Ya ALLAH… Sakit rasanya mencintaiFadli, tetapi lebih sakit membenci lelaki itu! Semua kenangan yang merekapernah cipta bersama hanyalah memori duka.

Lantas panggilan itudibiarkan sehingga ia mati sendiri. Asha menolak trolinya semula. Beberapaminit kemudian, telefon bimbitnya berdering semula. Nama yang sama juga menitidi skrin.

            Ashamendengus keras. Panggilan itu pantas dijawab.

            “Assalamualaikum,”sapa Asha.

            “Akusangka yang kau akan bertahan dengan aku sehingga ke hari perkahwinan kita,tetapi aku silap. Ternyata kau seorang wanita yang tidak berguna pada aku hattasesen sekalipun. Tergamak kau memutuskan pertunangan kita begitu sahaja, Asha?Aku hanya melakukan sedikit kesalahan saja!”

            Bertubi-tubibentuk ayat makihamun dilemparkan oleh Fadli kepada Asha.

            Ashatergamam.

            “Apayang abang cuba katakan ni?” soal Asha.

            “Janganlahberlakon dengan aku, Asha. Aku tidak percaya dengan kebaikan yang kau pamerkan padaaku selama ini! Berlagak baik tetapi sebenarnya berhati busuk!” tuduh Fadlilagi.

            Ashaterkesima.

            “Abang!Sampai hati abang ucap kata-kata kesat itu kepada Asha! Hina sangatkah cintayang pernah terjalin antara kita selama ni, bang? Abang tidak pernah bersikapbegini kepada Asha sebelum ni. Selepas kita bertunang, abang berubah seratusperatus! Apa sebenarnya yang abang mahukan daripada Asha? Pertunangan kita nitidak bermakna apa-apa pada abang ke hah? Kenapa abang sakitkan hati Asha?”

            Isihati yang selama ini dipendam akhirnya terluah juga. Asha sudah terlalu lamamemendam perasaannya. Ya ALLAH. Mengapa hatinya buta dengan cinta palsu yangdilimpahruahkan oleh Fadli terhadap dirinya? Kenapa dia tidak sedar bahawacinta Fadli merupakan duri yang berbisa?

            “Kaumemang bodoh, Asha! Kau fikir aku sukakan kau ke?” sindir Fadli lalu ketawasinis.

            Ashamengeluh.

            “Cukuplah,bang. Asha tidak mahu mendengar sepatah kata daripada mulut abang lagi.Kata-kata abang itu amat melukakan hati Asha. Abang anggaplah yang kita tidakpernah mengenali antara satu sama lain selama ni,” balas Asha.

            Ashatidak mahu menahan sebak. Air matanya tumpah membasahi wajah. Bibirnya ditekupsupaya suara esak tangisnya tidak didengari oleh sesiapa di pasar raya itu. Diatidak mahu mengundang simpati orang terhadap nasib yang menimpa dirinya.

            “Aku…”

            “ZulFadli, saya bernama Asha Hasna memutuskan pertunangan kita!” celah Asha.

            Fadliterkedu.

            “Asha,abang minta maaf. Abang mengaku khilaf abang. Abang seorang lelaki kejam.Abang…” Fadli sudah mengendurkan suaranya.

            “Barusekarang awak nak berbuat pada saya ke? It’stoo late! Tolonglah jauhkan diri awak daripada saya. Mencintai awak adalahsuatu kesilapan yang paling besar dalam hidup saya,” potong Asha lalu segeramematikan talian.

            Ashameninggalkan trolinya lalu berlari ke bilik air. Di sana, dia menghamburkantangisan.

 

Previous: 4 - 3
Next: 5 - 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.