Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
20 - 1

Selagi ada dia.

Selagi itu aku pasti bahagia.

 

HILMANmelabuhkanduduk di sebelah Asha di atas katil. Direnung wajah Asha dengan mata tidakberkedip. Riak sugul yang terpamer di muka Asha mengundang kehairanan di benakHilman. Dia tahu bahawa ada sesuatu yang sedang mengganggu Asha.

            “Sayang?”tegur Hilman dengan nada lembut.

            Bisu.Asha seperti berada di dunianya sendiri.

            Hilmanmengerutkan dahi. Ditepuk belakang tubuh Asha secara lembut. Asha tersentak.Dia tersedar ke dunia nyata. Asha terpinga-pinga memandang suaminya itu.

            “Abangpanggil Asha ke?” soal Asha.

            Hilmanmengukirkan senyuman.

            “Apayang Asha tengah fikir?” Soalan berbalas soalan.

            Ashageleng.

            Hilmanmemusingkan tubuhnya ke arah Asha.

            “Ashatidak perlu sembunyi apa-apa daripada pengetahuan abang. Kekeruhan di wajahAsha sudah mampu menceritakan segala-galanya. Abang bukan budak kecil, Asha.Usahlah memendam rasa seorang diri. Luahkan kepada abang. Kita akanbersama-sama memikirkan jalan penyelesaiannya.”

            Jikaboleh, Hilman tidak mahu Asha merahsiakan apa-apa daripadanya. Mereka adalahsepasang suami isteri. Segala masalah haruslah dikongsi berdua.

            “Ashaokey, bang.” Asha melarikan pandangan.

            Hilmanmenolak pipi Asha supaya memandang ke arahnya.

            “Ceritalahpada abang, sayang. Abang tidak boleh bantu apa-apa jika Asha terus mendiamkandiri begini. Beritahulah agar abang tahu masalah yang Asha sedang hadapisekarang ni,” pujuk Hilman dengan nada lembut.

            Ashamula teresak-esak.

            “Asha…”

            Hilmanterkedu bila melihat tangisan Asha.

            “Kenapadengan sayang ni?” Lekas ditarik tubuh Asha ke dalam pelukan.

            Ashamenyembamkan wajahnya ke bahu Hilman. Dia melepaskan tangisan.

            “Syhh…”Hilman menepuk lembut tubuh Asha. Hatinya turut sama hiba meskipun tidak tahupunca tangisan itu berlaku.

            Agaklama mereka berkeadaan seperti itu sebelum Asha meleraikan.

            “Sayang?”Hilman merenung wajah Asha dengan penuh rasa sayang.

            “Abang,bila kita akan pulang ke rumah? Asha tidak mahu tinggal di sini lagi. Asha nakbalik,” rintih Asha sambil tersedu-sedan.

            Hilmantercengang.

            “Ashatidak suka rumah abang ke? Rumah abang ni ada kekurangan apa-apa ke? Asha tidakmenyukai papa, mama? Adakah kata-kata mama tadi telah mengguriskan perasaanAsha? Q  Jika itu yang Asha rasa, abangmohon maaf bagi pihak mama.”

            Hilmantidak menyangka Datin Zaryn tergamak melemparkan kata berbentuk hinaan kepadaAsha. Dia yang mahu melamar Asha sebagai seorang isteri. Datin Zaryn sepatutnyaberfikiran terbuka. Jodoh Asha bukanlah dengan Fadli. Hilman adalah jodoh Asha.Mengapa begitu mudah Datin Zaryn membenci Asha sedangkan dia amat menyayangiAsha sebelum ini?

            Ashamenggeleng lemah.

            “Bukansebab mama,” balas Asha.

            “Habistu apakah sebabnya?” Hilman mengerutkan dahi.

            “Fadli,”balas Asha.

            Hilmantergamam.

            “Fadlicuba cederakan Asha ke? Dia pukul sayang ke? Ada luka di mana-mana ke tak?” Hilmanmeraih kedua-dua tangan Asha. Lalu diteliti serapi-rapinya untuk mengesan jikaada darah di tangan itu, namun tiada. Dia membelek wajah isterinya itu. Kesanlebam akibat ditumbuk atau ditampar juga tiada.

            “Fadlitidak buat apa-apa pada Asha, bang,” beritahu Asha.

            “Apayang sudah berlaku, sayang?” soal Hilman ingin tahu.

            “SemasaAsha basuh pinggan di dapur, Fadli tiba-tiba…” Asha teragak-agak hendakberterus-terang.

            “Apadia, sayang?” celah Hilman.

            Ashamenarik nafas sebelum menyambung kata.

            “Dia…dia peluk Asha daripada belakang, bang. Dia cuba lakukan perbuatan yang tidaksenonoh terhadap Asha. Asha rasa takut jika jadi mangsa dia. Asha tidak mahuperkara buruk berlaku kepada Asha. Asha kenal Fadli. Selagi dia tidak berpuashati, selagi itulah dia akan buat sehabis daya untuk pastikan dendamnya terlunas.”

            Diabukan berniat hendak memanaskan hati dua beradik itu. Cuma dia berasakedudukannya sebagai isteri kepada Hilman akan terancam dek sikap kurang sopanFadli. Bagaimana jika Fadli bertindak serong kepadanya? Dia tidak mahu seumurhidupnya tercalit rasa dosa disebabkan Fadli.

            Hilmanterkedu.

            “Melampau!Abang nak bersemuka dengan Fadli!”

            Hilmanbangun. Asha bingkas mencengkam lengan Fadli.

            “Janganlahmengeruhkan keadaan lagi, bang,” pinta Asha.

            “Dihadapan ibu bapa Asha, abang telah berjanji untuk menjaga Asha. Tetapi abanggagal pertahankan maruah Asha daripada diperkotak-katikkan oleh Fadli. Abangtidak akan benarkan perkara itu berulang kembali. Abang mahu memberi amaransupaya dia menjaga tingkah lakunya!” tegas Hilman.

            “Tapi…”

            “Ashatunggu di sini!” Hilman ayun langkah pergi meninggalkan bilik.

            Ashakeresahan.

 

Previous: 19 - 3
Next: 20 - 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.