Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
17 - 3

“WARDA?” Cikgu Yusoff mula menjauhkan diridaripada Warda.

            PuanAliya pula menyembunyikan diri di belakang Cikgu Yusoff. Sesekali dikerling kearah Warda. Tetapi bila saling bertentangan mata, Puan Aliya lekas melarikanpandangan ke tempat lain.

            Tiba-tibaWarda ketawa. Dihampiri tubuh wanita itu. Lalu dia mendekatkan wajahnya kewajah wanita itu. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia mencekik batang leherPuan Aliya sepuas hati. Biar wanita itu sesak nafas dan merasai segala-galakesakitan yang sedang diatanggung ketika ini. Tetapi dia masih menghormatiCikgu Yusoff. Cikgu Yusoff sedikit pun tidak pernah menyakiti perasaannya.Maka, dia terpaksa memendam perasaan marah kerana tidak mahu mengguriskan hatilelaki tua itu.

            “Kenapakau tidak berani nak pandang aku, Mak Cik Aliya? Adakah kau berasa takut padaaku? Ataupun kau berasa gentar untuk berdepan dengan realiti kehidupan kau?Bagaimana kalau aku…”

            “Bagaimanaapa?” Puan Aliya melangkah ke hadapan Warda.

            Wardamenghamburkan tawa. Sinis kedengaran menyapa gegendang telinga Puan Aliya. Diaseolah-olah sedang mengutuk Puan Aliya.

            “Kautahu perbuatan kau, Mak Cik Aliya. Kau mahu aku membuka pekung di dada kau ke?Ops! cit cit… Aku lebih suka jika kau hidup di dalam keadaan serba salah untuk seumurhidup kau. Kau berhak merasai penderitaan yang aku alami selama berpuluh-puluhtahun dahulu! Kau…”

            “Wardacakap apa ni? Apa yang mama dah lakukan pada Warda?”

Cikgu Yusoff keliru.Sejak dahulu lagi, dia tidak begitu jelas dengan butir bicara yang seringkalidiucapkan oleh identiti Warda yang satu ini. Bila ditanya kepada Warda, Wardatidak ingat apa-apa. Bahkan isterinya itu juga alami situasi yang sama.Kemalangan yang menimpa Puan Aliya suatu masa dahulu menyebabkan dia mengalamipenyakit amnesia.

“Dia… argh! Argh!” Wardagagal mengimbangi tubuhnya. Denyutan dirasai di kepala. Akhirnya dia tumbang.

“Warda? Warda?” Tumpahair mata Cikgu Yusoff.

Manakala Puan Aliya pulasudah tersandar di dinding. Wajahnya kelihatan agak pucat.  Diapit dengan dadanya yang berombak laju. Diatertanya-tanya, apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Warda? Apa yang pernah dialakukan dahulu?

 

 

 

 

 

Previous: 17 - 2
Next: 18 - 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.