Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
17 - 1

Bukan pintaku jadi begini.

Ini adalah suratan Illahi.

 

CIKGUYUSOFF mengerlingkan pandangan ke arah Wardatul. Seketikakemudian memberikan tumpuan kepada pemanduan.

            “Warda?”

            TeguranCikgu Yusoff dibiarkan sepi. Wardatul ralit bermain dengan jari-jemarinya.

            “Warda?”Cikgu Yusoff meninggikan suara, namun masih kedengaran lembut.

            Wardatultersentak. Ditoleh ke arah Cikgu Yusoff.

            “Err…abah panggil Warda ke?” balas Wardatul.

            CikguYusoff melepaskan keluhan.

            “Apayang Warda fikir? Dari rumah lagi Warda asyik mengelamun saja. Bila abah tanya,Warda cuba mengelak. Kali ini abah mahu Warda berterus-terang kepada abah.Warda tidak perlu bimbang. Mama tiada bersama kita sekarang. Mama tidak akan memakihamunWarda jika Warda beritahu apa yang sedang bersarang di hati Warda,” balas CikguYusoff lembut. Tiada bapa yang ingin melihat anaknya bermuram durja.

            Wardatultersenyum lemah.   

            “Wardaokey, papa,” balas Warda.

            “Wardatidak pandai berbohong. Abah yang telah besarkan Warda sedari Warda berumursebelas tahun sehingga meningkat ke usia dewasa. Usahlah menyembunyikan perkarasebenar daripada pengetahuan abah. Lebih baik Warda berkongsi perasaan denganpapa. Janganlah memendam seorang diri,” pujuk Cikgu Yusoff.

            Kesedihanmula memayungi diri Wardatul. Ada air mata yang menanti saat untuk berguguran.

            “Abah,Warda…”

            CikguYusoff mengunci bibir. Memberikan peluang kepada Wardatul untuk menyuarakan isihatinya itu.

            “Kenapanasib Warda tidak sama seperti nasib orang lain?” rintih Wardatul sebak.

            “Warda,setiap manusia yang bernafas di muka bumi ini tidak sama perjalanan takdirnya.Allah melakarkan kisah umat-NYA cukup indah dan amat bermakna. Bila kita diujiakan sesuatu perkara, itu bererti Allah menyayangi kita. DIA mahu kita kuatuntuk berdepan dengan musibah di masa akan datang,” tangkis Cikgu Yusoff.

            “Tapi,Warda tak bahagia macam orang lain,” balas Wardatul.

            “Siapakata Warda tak boleh gembira? Warda masih ada abah. Abah sayang Warda!” tegasCikgu Yusoff.

            “Mamatak pernah anggap Warda sebagai seorang anak,” bidas Wardatul.

            “Janganlahberfikiran seperti tu, Warda. Suatu hari nanti mama pasti akan berubah biarpunlama. Warda ikhlas bila berdepan dengan kemarahan mama. Warda juga tidak pernahmenunjukkan bantahan apabila mama berterusan hina dan cerca Warda,” balas CikguYusoff.

            “Abah…”

            “Sudahlah,Wardatul Dahiya! Warda cukup istimewa di mata abah,” potong Cikgu Yusoff.

            “Wardasakit, abah. Sakit!” herdik Warda.

            “Tiadapenyakit yang tidak boleh diubati kecuali mati, Warda!” balas Cikgu Yusoff.

            “TetapiWarda lebih rela mati daripada menanggung penyakit ni, abah,” bidas Wardatul.

            “Wardabercakap seperti orang yang dah berputus asa untuk teruskan hidup. Abah taksuka tengok Warda lemah begini. Abah nak anak abah ni kuat. Kita boleh bertemudengan pakar yang boleh rawat penyakit Warda ni!” balas Cikgu Yusoff.

            Apabilamengetahui penyakit yang dihidapi oleh Warda, Cikgu Yusoff tekad akan mencaripenawarnya. Dia tidak kisah berhabis wang ringgit demi Warda. Sebagai seorangbapa, dia mahu melihat anaknya memiliki kehidupan normal seperti orang lain.Kesedihan Warda bererti kesedihannya juga.

            “Wardatak macam orang lain, abah. Warda rasa diri Warda ni cacat serba serbi. Warda…”

            “Wardaadalah seorang wanita yang sempurna! Ingat tu. Abah ada dengan Warda. Abahtakkan biarkan Warda tempuh dugaan ni seorang diri. Abah akan sokong Wardadaripada belakang,” potong Cikgu Yusoff. Pesakit seperti Warda ini seharusnyadiberikan bimbingan dan kata-kata semangat.

            “Wardasakit!” tekan Warda.

            “Cukup,Warda! Abah tak nak dengar keluhan Warda lagi! Abah akan berusaha untukpulihkan penyakit Warda! Abah takkan benarkan Warda menderita lagi. Abahteringin nak tengok senyuman di bibir Warda, bukannya tangisan Warda!” CikguYusoff mencelah lagi.

            Wardamengunci bibir. Kelu. Abah, Warda tak sanggup hidup macam ni. Warda juga mahukehidupan yang sempurna seperti orang lain. Tapi… Hatinya terus menangis.

Previous: 16 - 3
Next: 17 - 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.