Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
11 - 1

Tiada cinta di hati.

Hanya kedengkian tersemat disanubari.

 

FADLIterus menerkam ke arah Hilman sebaik sahaja terlihat kelibat adiknya itumelintasi ruang tamu.

            “Dasarlelaki sial! Kau sanggup rampas tunang abang kandung kau sendiri! Lelaki jenisapa kau ni, Hilman? Kau dah tahu bahawa aku akan berkahwin dengan Asha. Tetapikau masuk campur dalam urusan kami! Kau memang menaruh hati pada Asha sejakdahulu lagi ke hah? Aku nak kau berterus-terang, Hilman! Apa yang kau telahkatakan kepada Asha sehingga dia memutuskan pertunangan kami?” herdik Fadlidengan nada kasar.

            Hilmanyang tidak mahu bertikam lidah dengan Hilman meneruskan langkah.

            Fadliterkesima kerana Hilman seolah-olah tidak mendengar makihamunnya. Lantasdirentap kasar baju adiknya itu. Tubuh Hilman ditolak.

            “Akucakap dengan kaulah! Kau pekak ke hah?” tengking Fadli.

            Hilmanmelepaskan keluhan.

            “Perlukahaku menyenaraikan kesalahan kau, Fad? Aku tidak mahu membuka aib kau!” tegasHilman.

            “Aibapa?” bidas Fadli.

            “Kaulebih tahu diri kau, Fad,” balas Hilman.

            Fadliterkedu.

            “A…apa yang kau cakap ni, Hilman? Aku tak faham,” balas Fadli gugup.

            “Aku…”

            “HilmanAdrian!”

            PertengkaranHilman dan Fadli terhenti bila Datin Zaryn tiba-tiba sahaja muncul di hadapanmereka. Kelihatan Datin Zaryn menerpa ke arah Hilman.

            “Akunak kau lupakan niat untuk menikahi Asha, Hilman! Asha lebih layak berdampingdengan Fadli, bukan kau! Kenapa kau tidak memilih perempuan lain saja? MengapaAsha juga yang kau mahukan?”

            DatinZaryn bertindak menampar pipi Hilman seusai habis memarahi anaknya itu.

            Fadlimempamerkan senyuman sinis kepada Hilman. Kebencian mama terhadap Hilman akandigunakan sehabis daya demi memisahkan Hilman dan Asha. Mama pasti akanmenentang perkahwinan mereka berdua.

            Hilmantergamam.

            “Mama,Hilman cuma…”

            “Cumaapa? Kau memang sentiasa dengki pada abang kau, Hilman! Hati kau busuk!Perangai kau buruk! Aku rasa menyesal kerana telah melahirkan kau ke dunia ni!Sepatutnya, aku bunuh kau sejak dulu lagi! Ataupun, aku buang kau ke rumah anak-anakyatim piatu! Dari kecil sehingga dewasa, kau sentiasa menyusahkan aku!” makiDatin Zaryn.

            Hilmanterkedu. Mama seolah-olah terlupa dengan Qadar dan Qada’. Bukan dia memintauntuk sakit, tetapi ia berlaku disebabkan oleh suratan takdir. Kolam matanyabergenang dengan air mata. Bila-bila masa sahaja akan mengalir. Namun diasedaya upaya cuba kuat. Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan mama danFadli.

            “Tidakadakah sedikit pun rasa sayang di hati mama walaupun cuma sebesar hama?” soalHilman sebak.

            “Mamasayang aku saja!” celah Fadli. Sengaja mahu menambahkan duri di hati Hilman.

            DatinZaryn merenung tajam wajah Hilman.

            “Heianak tidak guna, dengar kataku ini! Simpan ketat-ketat di dalam otak kau tu!Bisnes aku lingkup disebabkan kau, Hilman Adrian! Aku hanya mampu melihat butikaku tu terbakar sehingga rentung tanpa berupaya untuk menyelamatkannya. Kalaukau tidak sakit pada hari kejadian, semuanya tidak akan berlaku! Empayar yangaku bina dengan hasil titik peluhku itu musnah dalam sekelip mata! Kerana apa?Kerana aku terpaksa jaga kau di hospital! Rasa sayang telah bertukar kepadabenci sejak peristiwa itu berlaku, Hilman!” balas Datin Zaryn tanpa sedikitrasa bersalah di benaknya.

            Hilmantidak mampu menahan rasa. Jawapan mama itu menikam tepat ke dadanya.

            “Akubenci kau, Hilman Adrian! Jadi, jangan harap kau akan dapat kasih sayangdaripada aku. Sekelumit rasa itu tiada di dalam hati aku!” herdik Datin Zarynlagi.

            Airmata yang ditahan akhirnya menitis membasahi wajah Hilman. Segera diseka airmata itu. Dia beristighfar panjang untuk menenangkan hatinya. Dipujuk hatinyaitu supaya bersabar dan tidak melawan si ibu meskipun kata-kata itu amatmelukakan sukmanya.

            “Andaikata kau tidak mahu terus dibenci dan dianggap sebagai anak yang tidak berguna,maka aku mahu kau lupakan Asha! Jika tidak, maka teruslah menjadi anak yangmenderhaka kepada aku!” tambah Datin Zaryn lalu beredar meninggalkan duaberadik itu.

            Hilmanmembisu lalu memejam matanya. Beberapa saat kemudian dibuka semula.

            Fadliketawa sinis bila melihat riak sugul yang terlakar di wajah Hilman. Diamenghampiri Hilman. Bibirnya didekatkan ke telinga Hilman.

            “Aparasanya bila jadi seorang anak yang amat dibenci oleh ibu kandung sendiri,Hilman?” sindir Fadli.

            Hilmanmenarik nafas panjang. Dia menoleh memandang Fadli.

            “Akuredha, Fad. Itu adalah takdir aku. Siapa kita hendak menidakkan suratan yangsudah tertulis untuk kita? ALLAH tu MAHA BESAR dan MAHA ADIL. Aku ialah anakyang telah lahir dari rahim mama. Aku darah daging mama. Aku yakin suatu harinanti, pintu hati mama akan terbuka untuk menerima kehadiran aku. Aku jugatidak akan berputus asa untuk meraih kasih sayang mama.”

            “Janganlahberangan tidak tentu hala. Mama tidak mungkin akan menyayangi kau sepertimanadia menyayangi aku, Hilman. Terimalah kenyataan itu kerana ia takkan pernahberubah,” balas Fadli keras.

            Hilmanmengunci mulut. Tiada guna bertegang urat dengan Fadli. Lelaki itu sentiasamahu menang.

            “One more thing, I think you should forgetabout Asha. Youand Asha will never ever be happy as long as I'm still breathing on thisearth.”

            Fadliberedar meninggalkan Hilman bersama ilaian tawa.

            Hilmanmengusap dadanya berulang kali. Ya ALLAH, kuatkanlah hati-KU untuk menempuhiujian-MU. Sesungguhnya, aku pasrah jika inilah takdir yang harus aku terimademi meraih kasih sayang insan yang telah melahirkanku ke dunia ini, rintihnyadalam doa.

 

Previous: 10 - 2
Next: 11 - 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.