Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
16 - 3

SELESAI upacara persandingan dan makanberadab, Hilman dan Asha melayani para tetamu yang hadir bagi menyaksikanpenyatuan dua hati dan memeriahkan majlis perkahwinan. Tetamu yang hadir turutmengambil peluang untuk memberikan hadiah berbentuk wang, cenderahati dansebagainya kepada pasangan mempelai. Tidak kurang juga yang berswafoto denganpengantin sebagai tanda kenang-kenangan.

            Semasasibuk melayani para tetamu, tanpa disedari Cikgu Yusoff iaitu Guru Besar SKSeri Sekamat, merangkap ayah angkat kepada Hilman menghayun kaki mendekatiHilman dan Asha. Di sisi lelaki bertubuh gempal berumur lingkungan 50an ituberdiri seorang wanita tinggi lampai berkulit cerah dan berwajah ayu.

            “Selamatpengantin baru, Hilman?” tegur Cikgu Yusoff sambil menepuk lembut bahu Hilmandari arah belakang.

            Hilmandan Asha memusingkan tubuh untuk melihat si empunya suara. Asha dan wanita itusaling berbalas senyuman.

            “Abah!”Hilman memeluk tubuh Cikgu Yusoff. “Hilman memang tunggu kedatangan abah.Kenapa abah lewat ke majlis perkahwinan kami? Abah sudah terlepas untuk melihatpersandingan kami,” sambung Hilman.

            CikguYusoff ketawa.

            “Anakdara abah yang seorang ni haa. Jenuh abah pujuk dia untuk teman abah ke sini.Pelbagai alasan yang dia berikan semata-mata untuk mengelak daripada penuhipermintaan papa,” bebel Cikgu Yusoff kepada anak angkatnya itu.

            Wanitaitu hanya tertunduk merenung ke jalan.

            “Ehabah, Hilman nak kenalkan abah pada isteri Hilman. Abah, nilah Asha Hasna.Wanita yang sudah berjaya merebut hati kecil anak angkat abah ni.”

            Ashatersipu malu.

            Hilmanmenoleh ke arah Asha pula.

            “Sayang,kenalkan. Inilah ayah angkat abang, merangkap ketua jabatan abang dan Kak Leendi sekolah.”

            Ashamengangkat wajah. Dipandang muka Cikgu Yusoff bersama seraut senyuman di bibir.Cikgu Yusoff membalas senyuman Asha.

            “Apakhabar, Asha? Tahniah buat kamu berdua. Abah ucap selamat menempuhi alamberumah tangga. Titipkan pesanan abah di minda. Alam perkahwinan tidak samaseperti alam bercinta, alam pertunangan dan persahabatan. Sepanjang hidupberdua, barulah kamu akan kenali sikap positif dan negatif yang ada pada dirimasing-masing. Lengkapilah kelebihan dan kekurangan. Nescaya nikmat kebahagiaanakan dapat dirasai,” nasihat Cikgu Yusoff kepada Hilman dan Asha.

            “Insya-Allah,abah,” balas Asha.

            “Eh,abah terlupa pula. Hilman masih ingat pada anak angkat abah? Rasanya abah adaberitahu Hilman sebelum ni,” tanya Cikgu Yusoff.

            Hilmanangguk.

            “Dialahgadis yang abah maksudkan, Hilman. Namanya ialah Wardatul Dahiya,” balas CikguYusoff.

            Hilmandan Asha sama-sama memandang ke arah gadis itu.

            “Hai,saya Warda,” sahut Wardatul.

             

 

 

Previous: 16 - 2
Next: 17 - 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.