“KAK LEEN, dialah Asha Hasna.” Hilmanmemperkenalkan Asha kepada Kak Leen. Dia menoleh memandang ke arah Asha pula.
“Asha,nilah kakak yang paling bermakna di dalam hidup saya dan amat sayasayangi.Namanya ialah Kak Leen. Dia dan famili selalu beri nasihat bila sayahanyutdengan gelora perasaan. Tanpa mereka, saya mungkin tak akan tenang berhadapandengan sikap mama. Saya amat bersyukur kerana Kak Leen sekeluarga menyayangidan menganggap saya juga sebahagian daripada mereka,” cerita Hilman kepadaAsha.
Ashasegera menyalami tangan Kak Leen. Senyuman berbalas dengan senyuman.
“Hilmanselalu bercerita tentang Kak Leen pada saya. Kata Hilman, akak baik sangat,”beritahu Asha.
KakLeen tergelak.
“Dalampujian Hilman pada kami sekeluarga. Kami yang sepatutnya bersyukur keranaHilman telah menerima kehadiran kami sekeluarga di dalam hidup Hilman,” balasKak Leen.
Hilmanhanya tersenyum.
“Eh,jomlah kita masuk!” ajak Kak Leen.
Merekabertiga menuju ke ruang tamu. Hilman mengambil tempat duduk di atas sofabersebelahan dengan Ahmad, anak kepada Kak Leen merangkap anak muridnya itu.Manakala Asha pula duduk di hadapan mereka. Kak Leen sudah menghilangkan dirike dapur. Mahu sambung memasak katanya.
Hilmanmenundukkan tubuhnya ke arah Ahmad yang kelihatan sedang tekun menguli tanahliat di atas meja.
“Bolehcikgu tahu apa yang Ahmad tengah buat tu?” tanya Hilman.
Ahmadmenoleh memandang Hilman.
“Ahmadbuat huruf guna tanah liat ni, cikgu. Pandai tak?” balas Ahmad.Bersungguh-sungguh dia menunjukkan hasil kerjanya menguli tanah liat lalumembentuk huruf A, B dan C kepada Hilman.
“Hmm…pandainya anak murid cikgu ni. Bagus! Ahmad mengisi masa lapang dengan belajarmengingati huruf,” puji Hilman lalu mengusap lembut ubun-ubun kepala Ahmadbersama segaris senyuman manis di bibir.
Ahmadmeneruskan kerja. Dia mahu membentuk huruf yang lain pula.
Hilmanmencubit sedikit tanah liat itu lalu mula menguli.
“Awaknak buat apa tu, Hilman?” tanya Asha yang tercengang dengan tingkah Hilman.
“Tunggudan lihat,” balas Hilman.
Ashamengerutkan dahinya.
“Okey,siap! Tengoklah, Asha!”
Hilmanmenegakkan tubuhnya.
Ashatersenyum bila melihat tanah liat yang terbentuk ‘Asha Hasna’.
“Awakni memang kreatiflah, Hilman! Jadi inikah projek yang awak nak buat dengansaya?” balas Asha.
“Salahsatunya. Tetapi masih ada kejutan yang lain untuk awak, Asha. Ini pun berlakusecara kebetulan saja. Bila melihat kerja Ahmad ni, saya terfikir untuk buatsesuatu untuk awak,” balas Hilman lalu mengenyit mata ke arah Asha.
Ashatersipu-sipu malu. Dia berdehem lalu mengambil tanah liat yang masih berbaki.Beberapa huruf dibentuk di bawah namanya. Seketika kemudian terbentuk nama‘Hilman Adrian’. Dia menoleh memandang Hilman sambil tersenyum.
“Dibawah nama saya, ada nama awak. Tidak lama lagi akan ada perkataanWalimatulurus di atas nama di dalam kad jemputan kahwin kita berdua. Hilman,saya sudah tidak sabar untuk bergelar isteri kepada awak. Saya tahu yang awakialah lelaki utusan daripada DIA untuk menjadi imam saya dan menjaga sayasehingga ke akhir nafas kita. Awak adalah insan yang istimewa yang telah hadirdi dalam hidup saya. Satu anugerah yang paling terindah, Hilman. Sejujurnya,saya amat menghargai kewujudan awak. Awak tak berputus asa. Awak seorang lelakiyang baik hati dan bertanggungjawab. Setelah mengenali awak, saya dah…”
Ashamenggigit bibir bawahnya. Dia malu untuk berterus-terang tentang perasaannya.
Hilmanterkedu. Hatinya sudah mampu merasai bunga-bunga bahagia sedang berkembangmekar. Adakah Asha sudah terbuka hati untuk menerima lamarannya?
“Awakdah apa? Apa maksud awak?” tanya Hilman ingin tahu.
Ashatidak membalas sebaliknya menguli tanah liat untuk membentuk suatu ayat. Nafasditarik dalam-dalam lalu dia menunjukkan hasil kerjanya itu kepada Hilman.
Hilmanterkedu bila membaca sebaris ayat itu. ‘Ilove you’. Serta-merta dia memandang Asha untuk mendapatkan kepastian.
“Awak…”
“HilmanAdrian, saya dah jatuh cinta kepada awak. Saya dah bersedia untuk menjadiisteri awak,” luah Asha.
Hilmantertawa. Ketawa dan terus ketawa. Dia berasa bersyukur kerana pintu hati Ashatelah terbuka untuk mencintainya.
“Ertinyapositiflah ni?” Hilman mahukan kepastian.
Ashatersipu malu. Dia angguk sebagai jawapan.
“Terimakasih, Asha,” ucap Hilman.
“Adakahawak juga mencintai saya?” soal Asha.
Hilmanmerenung wajah Asha.
“Adadua orang wanita yang paling sayacintai. Pertama ialah mama. Kedua adalah awak,Asha Hasna,” balas Hilman.
Ashamenghela nafas lega.
“YaALLAH, kenapa meja ni bersepah? Ahmad, Hilman, Asha, apa yang kamu bertiga dahbuat? Aduh, jenuhlah nak mengemas!”
KakLeen yang baru sahaja muncul dari dapur serta-merta membebel sambil bercekakpinggang. Niat untuk memanggil mereka makan terus terbantut.
Hilman dan Asha hanya tersengih.