HILMAN memusingkan tubuhnya ke belakang,berdepan dengan Asha. Hilman dan Asha saling berbalas senyuman. Kelihatan KakLeen menghampiri pasangan pengantin itu. Dulang hantaran yang berisi cincinkahwin diletakkan di sebelah Hilman.
Hilmanterpaku apabila melihat isteri yang baru dianikahi itu. Dia memuji kecantikanyang dianugerahkan oleh Allah terhadap Asha. Syukur Alhamdulillah. Wajah itulahyang akan menemaninya sehingga ke hari tua.
KakLeen mencuit lengan Hilman.
“Apayang Hilman tunggu? Sempurnakan upacara pembatalan air sembahyang,” tegur KakLeen.
Hilmanmengangguk. Dipandang wajah isterinya itu dengan rasa cinta yang semakin mekar.
“Assalamualaikum,wahai isteriku. Izinkan abang menyarungkan cincin perkahwinan kita ke jarimanis Asha,” pinta Hilman. Jujur hatinya berasa berdebar apabila berdepandengan Asha kini. Dia seolah-olah tidak percaya status yang baru sahajadisandangnya. Suami kepada Asha Hasna, wanita yang paling dia cintai dengansetulus hati. Rasa kekok pula.
Ashamenggaritkan segaris senyuman manis di wajahnya. Khas untuk seorang lelaki yangsudah sah bergelar suaminya.
“Waalaikumusalam,”balas Asha lalu menggangguk.
Sebentukcincin kahwin dicabut keluar dari kotak baldu. Disarungkan ke jari manis Asha.Setelah itu, Asha menyalami dan menciumi tangan kanan suaminya. Hilmanmendekatkan bibirnya ke dahi Asha. Dikucup dahi isterinya itu dengan penuhcinta.
“Alhamdulillah,sayang. Sayang dah sah bergelar isteri kepada abang. Abang berasa bersyukuramat kerana kita telah mendahulukan perkara yang afdal dan amat dititikberatkanoleh syariat Islam. Itulah seeloknya antara kita berdua. Abang berharap agarrumah tangga yang baru saja terbina ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayatkita, sayang.”
Sebagaiseorang suami, Hilman mahu yang terbaik untuk mereka berdua. Hubungan suamiisteri perlulah disirami dengan kasih sayang dan kejujuran. Barulah perkahwinanyang baru sahaja terjalin ini akan kekal harmoni sehingga ke akhir hayat.
“BimbinglahAsha supaya menjadi seorang isteri yang solehah untuk abang. Agar Ashakelihatan sempurna di mata abang,” balas Asha.
Hilmanmengusap lembut pipi isteri yang baru sahaja dianikahi itu.
“Dalamdiri Asha ada satu keistimewaan. Itulah penyebab utama yang membuatkan hatiabang terpaut kepada Asha. Keikhlasan. Asha seorang gadis yang jujur sepanjangtempoh kita menjalinkan pertunangan,” balas Hilman.
“Ashamencintai abang.”
“Abangpun mencintai Asha.”