Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
10 - 2

HILMAN melabuhkan duduk di sebelah DatukHalim.

            “Papaakan dapat menantu dalam masa terdekat,” beritahu Hilman.

            DatukHalim segera melipat empat surat khabar yang sedang dibacanya itu. Diletakkandi atas meja. Bola matanya tertumpu tepat ke wajah anak bongsunya itu.Terkebil-kebil matanya ketika menerima perkhabaran gembira itu.

            “Kamubergurau dengan papa ke, Hilman?” soal Datuk Halim.

            Hilmantergelak.

            “Hilmanserius, papa. Hilman akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi,” tekanHilman.

            Hilmantahu yang papanya pasti akan berasa terkejut dengan berita ini. Beberapa mingguyang lepas, dia baru sahaja menyatakan hasratnya untuk menyunting Asha sebagaiseorang isteri. Dan secara tiba-tiba dia ingin berkahwin.

            DatukHalim bangun. Dirangkul tubuh anaknya itu ke dalam pelukan. Sebagai seorangbapa, dia berasa amat gembira kerana anaknya itu bakal menamatkan zamatbujangnya. Wanita yang berjaya memiliki hati sebaik Hilman adalah wanita yangpaling bertuah. Datuk Halim yakin yang Hilman tidak sesekali akan mempersiakanwanita yang bertakhta di hatinya itu.

            “Siapakahbakal isteri kamu, Hilman?” Datuk Halim meleraikan pelukan.

            Hilmantersenyum penuh makna.

            “You know her, papa,”kias Hilman.

            DatukHalim ternganga. Perlahan-lahan terlukis segaris senyuman lebar di bibir. Satunama meniti di minda.

            “Do you mean Asha Hasna?” teka DatukHalim.

            “Ya,papa. Dialah orangnya,” balas Hilman tersipu-sipu malu.

            DatukHalim menadah tangan lalu memanjatkan lafaz kesyukuran kepada Yang Maha ESA.Dia amat mengharapkan Hilman mengahwini Asha. Alhamdulillah. Impiannya ituakhirnya telah tertunai.

            “Jadibila kamu berdua bercadang untuk akad nikah? Perkara yang baik usahlahdilengahkan. Haruslah dipercepatkan,” tanya Datuk Halim ingin tahu.

            “Insya-ALLAHkami akan mendirikan rumah tangga pada bulan hadapan. Majlis perkahwinan punsecara kecil-kecilan saja. Hilman dan Asha mahu tumpukan kepada yang lebihafdal dahulu. Pembaziran adalah amalan yang tidak mendatangkan apa-apa faedahkepada kita semua. Biarlah bersederhana dan nampak meriah,” balas Hilman.

            DatukHalim menepuk bahu Hilman sebanyak dua kali.

            “Kamusatu-satunya anak yang paling papa sayangi. Kehadiran kamu amat bermakna buatpapa. Jadi, papa mahu mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran untukkamu berdua. Perkahwinan hanya sekali seumur hidup,” balas Datuk Halim.

            “Tapi…”

            “Takada tapi-tapi!” celah Datuk Halim.

            “Baiklah.Hilman ikut kemahuan papa.” Hilman terpaksa mengalah.

            DatukHalim ketawa.

            Tanpadisedari, Fadli sedang mencuri dengar perbualan mereka. Kemarahan membuak-buakdi dada. Selama ini, dia tidak pernah tewas di tangan Hilman. Tetapi hari inidia jatuh terduduk! Hilman berjaya memiliki Asha sebagai seorang isteri. Diatidak akan membenarkan perkara itu berlaku. Andai kata mereka berkahwin sekalipun, dia akan memporak-perandakan rumah tangga mereka! Itu tekadnya!        

            

Previous: 10 - 1
Next: 11 - 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.