Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
13 - 1

Masa berganti masa. Hari bergantihari.

Kebahagiaan menanti.

Namun dugaan demi dugaan,

Ditepis demi sebuah cinta.

 

“AMBOI,muka kau tu berseri-seri sejak jadi tunang Hilman!” usik Afidah.

            Ashatersentak. Dia yang sedang leka menilik cincin pertunangan itu tergesa-gesamelihat plastik berisi barang yang dibelinya di Tesco tadi.

            Afidahtergelak bila melihat keadaan Asha yang serta-merta tidak tentu hala.

            “Congratulation to both of you. Selepassebulan, kau akan bergelar isteri kepada Hilman Adrian! Aku tumpang gembira,Asha. Semoga rumah tangga yang akan terbina ini berkekalan sehingga ke akhirpernafasan,” sambung Afidah.

            Sebagaiseorang sahabat, Afidah hanya mahu melihat Asha menemui kebahagiaan di sampingseorang lelaki yang amat ikhlas mencintai dirinya. Cukuplah Fadli seorangsahaja yang pernah menyakiti hati Asha. Dia tidak mahu Asha teruka lagi. Dandia juga berharap agar Hilman akan menjaga Asha sebaiknya.

            Ashamenoleh ke arah Afidah. Dia tersenyum.

            “Alhamdulillah.Walaupun perkenalan aku dah Hilman berlaku di dalam masa yang singkat, tetapiaku berasa syukur kerana hatiku terbuka untuk menilai keikhlasan cintanyapadaku,” balas Asha.

            Biarlahdia hidup dengan Hilman sehingga tamat hayatnya. Dia mahu Hilman menjadiseorang iman yang akan mengetuai setiap kali dia mendirikan solat,membimbingnya menjadi seorang isteri yang solehah dan mengiqamatkan zuriathasil pengikat cinta mereka. Jika diizinkan ALLAH, dia mahu melakarkankeindahan bersama-sama Hilman di dalam bahtera rumah tangga mereka.

            “Alhamdulillah!”balas Afidah.

            “AshaHasna!”

            Ashadan Afidah sama-sama menoleh ke arah si empunya suara yang kedengaran amatkeras itu.

            Ashatergamam bila melihat Fadli yang sedang merenung segenap inci wajahnya.

            “Beripeluang kepada abang, Asha. Kita perlu berbincang tentang hubungan kita,” ucapFadli bersungguh-sungguh.

            Lembutpula suara Fadli ketika menuturkan sebaris ayat itu.

            Terjongketkening Afidah. Adakah kelembutan yang dipamerkan oleh Fadli merupakan sekadarlakonan sahaja? Ah, dia tidak akan membiarkan Fadli bertindak sesuka hati lagi!Lantas, dia menggerakkan tubuhnya ke hadapan Fadli.

            “Apalagi yang kau mahukan daripada Asha hah, Fad? Kau dah menyeksa jiwa dia,fizikal dia, emosi dia, segala-galanya! Tidak cukup lagi ke? Hei, aku berasa bersyukurkerana ALLAH telah buka mata Asha terhadap kejahatan kau selama ni tau! Kalau boleh,sekarang juga aku mahu lakukan sujud syukur kerana Asha tidak jadi berkahwindengan kau. Wanita sebaik Asha tidak layak bergadingan dengan lelaki sekejamkau, Zul Fadli!” tengking Afidah.

            Kemarahanmembara-bara di sukma Afidah bila melihat susuk tubuh Fadli. Raut wajah itumenampakkan seolah-olah dirinya tidak pernah melakukan sebarang kesalahankepada Asha. Ingin sahaja Afidah menampar Fadli, sekadar untuk melepaskangeramnya.

            Fadlimendengus. Dia menoleh memandang Afidah.

            “Heiperempuan, tolonglah zip mulut kau tu! Aku bukan bercakap dengan kau, tetapidengan Asha. Perempuan memang suka menyibukkan diri dengan hal yang tidakberkaitan dengan mereka kan! Aku rasa lebih baik kau berambus, Fida. Aku tidak perlukanapa-apa komen atau nasihat daripada kau! Ini adalah urusan aku dan Asha!” bidasFadli.

            Afidahtergelak sinis.

            “Eh,kaum seperti kamilah yang akan tegakkan keadilan terhadap kekejaman yangdilakukan oleh kaum lelaki kepada kami! Dan Asha tu kawan baik aku. Aku tidaksuka melihat dia menangis disebabkan lelaki yang tidak berhati perut sepertikau, Fad! Kenapa kau tidak cari orang lain yang boleh memuaskan nafsu serakahkau tu hah? Aku rasa kau hanya buang masa sahaja. Tiada gunalah kau dekatiAsha. Kau dah lupa ke? Dia akan menjadi isteri kepada adik yang palingkaubenci,” sindir Afidah pedas.

            Fadliterkesima. Diangkat tinggi tangan kanannya, bersedia untuk dihayun ke arah pipiAfidah.

            “Fadli!”jerit Asha.

            Ashaberasa amat terkejut dengan tindakan Fadli. Dia tidak akan sesekali membenarkanFadli mengasari Afidah!

            Afidahmelemparkan senyuman sinis kepada Fadli.

            “Apahak kau nak tampar aku? Aku boleh tuduh kau cuba cederakan aku. Kau tak bolehbela diri kau jika aku buat repot pada Polis! Fikirlah, Fad!! Ini adalah tempatawam. Ramai saksi yang melihat perbuatan kau tu! Don’t be silly!” ugut Afidah.

            Fadliterkedu. Dia tidak boleh mengambil risiko. Jika tersilap percaturan, kelak akanmembinasakan dirinya. Ditarik panjang nafasnya untuk meredakan amarah. Diamenoleh memandang Asha semula.

            “Abangtidak mahu bertikam lidah dengan Fida. Weneed to talk, Asha. Kita dapat bercakap walaupun cuma sebentar pun dahjadilah,” rayu Fadli.

            “Kau…”

            “Takapa, Fida. Tolong tinggalkan kami berdua,” celah Asha sebelum sempat Afidahmenghabiskan kata.

            Afidahterkedu.

            “Betulke ni? Kau tak nak aku temankan kau ke?” balas Afidah yang agak keberatan mahumemenuhi permintaan Asha.

            “It’s ok,” balas Asha.

            Afidahmelepaskan keluhan.

            “Akutunggu kau di food court ya. Jika Fadcuba mengapa-apakan kau, aku mahu kau menjerit!” balas Afidah. Sempat lagimenitipkan ingatan kepada Asha.

            Fadlimencebik.

            Ashatidak membalas, sebaliknya hanya mengangguk mengiyakan arahan Afidah.

            Afidahberedar meninggalkan Asha dan Fadli. 

Previous: 12 - 3
Next: 13 - 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.