“Soul-mates are people who bring outthe best in you. They are not perfect but are always perfect for you.”
-Anonymous-
HARIinimerupakan hari bahagia Hilman dan Asha. Di ruang tamu, para tetamu termasukrakan dan saudara-mara sudah memenuhi setiap sudut di tepi dinding. Rombonganpengantin lelaki tiba. Dulang berisi hantaran daripada pihak lelaki diletakkandi tengah rumah, di sebelah dulang hantaran pihak perempuan.
Hilmanyang lengkap berpakaian Baju Melayu berwarna putih dan bersongkok hitammenghampiri bantal sederhana besar bersegi empat berwarna keemasan di tengahrumah. Kekacakan guru muda itu amat terserlah apabila mengenakan persalinanitu. Dia melabuhkan duduk di atas bantal itu, diikuti oleh Datuk Halim, Munsifdan saksi nikah. Kak Leen pula sudah menghilang di sebalik ahli rombonganpengantin lelaki.
EncikAzman melabuhkan duduk di sebelah Imam Khalil, di hadapan Hilman. Segarissenyuman dihadiahkan kepada bakal menantunya itu. Hilman membalas senyuman itu.Keresahan melanda dirinya bila bakal bapa mentua berada di depan matanya.Seluruh saraf sendi terasa seperti kebas. Acap kali nafas dihela untukmenenangkan hati.
Sementaraitu, dari arah tangga, Asha sambil diapit oleh Afidah dan Puan Fariha menurunitangga lalu menuju ke ruang tamu. Asha melabuhkan duduk di atas bantal dibelakang bahagian kiri Hilman.
ImamKhalil berdehem.
“Bolehkita mulakan sekarang?” soal Imam Khalil kepada bapa pengantin.
DatukHalim dan Encik Azman mengangguk.
ImamKhalil memandang Hilman.
“Awakdah bersedia untuk bergelar suami orang ke?” usik Imam Khalil.
Hilmantersentak bila mendengar teguran itu.
“Err…dah,” jawab Hilman gugup.
“Bawabertenang, wahai anak muda. Jangan gelabah, nanti kami pun akan rasa perkarayang sama juga.”
ImamKhalil sempat bercanda lagi.
Hilmanhanya tersengih.
ImamKhalil menegakkan tubuhnya. Dia memandang Asha.
“AshaHasna binti Mohammad Azman, bersetujukah untuk dinikahkan dengan Hilman Adrianbin Abdul Halim?”
“Sayasetuju,” jawab Asha.
“Alhamdulillah.Hadirin dan hadirat yang dirahmati. Pada hari ini, kita akan menyaksikanpenyatuan dua hati iaitu Hilman Adrian bin Abdul Halim dengan pasangannya iaituAsha Hasna binti Mohammad Azman. Sebelum itu, marilah sama-sama kita membacaUmmul Kitab Al-Fatihah agar majlis kita ini diperolehi keberkatan daripada-NYA.Al-Fatihah.”
Paratetamu menadah tangan lalu mula membaca doa.
“Perkahwinanadalah satu perkara yang digalakkan oleh Islam. Allah menghalalkan nikah danmengharamkan zina. Firmah ALLAH menerusi Surah Al-Isra, ayat 32, janganlah kamumenghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji danmembawa kepada kerosakan.”
ImamKhalil menyambung membaca khutbah nikah sejurus selesai bacaan doa.
“Hadisyang diriwayatkan oleh Ibnu Majjah, sabda Rasulullah SAW, perkahwinan adalahSunnahku. Barang siapa yang tidak mengikuti akan sunnahku, maka bukanlahdaripada golonganku. Hikmah perkahwinan ialah meramaikan zuriat dengan benihyang suci. Islam juga mengharapkan setiap perkahwinan berpanjangan. Di dalamrumah tangga haruslah ada kasih sayang sesama pasangan. Maka kehidupan akanlebih aman, tenang dan makmur.
Wahaibakal suami, kamu haruslah tahu dan menyempurnakan semua tanggungjawab terhadapisteri dan keluarga seperti memberi nafkah yang mencukupi. Janganlah sesekalimenjadikan isteri sebagai tempat tumpuan hawa nafsu dan maki hamum. Berhemahlahdalam segala bicara. Kerjakanlah segala perkara yang disuruh dan jauhilahperkara yang dilarang.
Wahai pasangan, hadis AbuDaud, Ibnu Majah dan Al-Hakim, sabda Rasulullah SAW, sebenci-benci perkara yanghalal kepada Allah ialah talak. Penceraian menyebabkan seseorang menghadapikesusahan dan kedukaan, sekali gus merosakkan kehidupan. Lebih-lebih lagi jikasudah dikurniakan zuriat. Oleh itu, sentiasalah menjauhkan diri terhadapperkara-perkara yang boleh meruntuhkan diri, keturunan, keluarga dan masyarat.”
“Saya harap kamu berduamengambil iktibar daripada khutbah saya. Kamu berdua perlulah sentiasa salingbertoleransi dan bersabar ketika menempuhi fasa berumah tangga ini,” nasihatImam Khalil.
Mereka mengangguk.
“Baiklah. Kita akanmemulakan upacara akad nikah,” sambung Imam Khalil.
Imam Khalil beredar ketepi. Encik Azman mengesotkan tubuhnya ke tempat duduk Imam Khalil. Diamenghulurkan tangan kanannya ke arah Hilman. Hilman menarik nafas lalu berjabattangan dengan bakal bapa mentuanya itu.
“HilmanAdrian bin Abdul Halim?” seru Encik Azman.
“Ya,saya,” balas Hilman.
“Sayanikahkan kamu dengan anak perempuan saya, Asha Hasna binti Mohammad Azmandengan mas kahwinnya RM1000 tunai.”
“Sayaterima nikahnya, Asha Hasna binti Mohammad Azman dengan mas kahwinnya RM1000tunai,” ucap Hilman dengan sekali nafas.
“Sah?”tanya Imam Khalil.
“Sah,”balas para saksi.
“Alhamdulillah,”balas Imam Khalil lalu membaca doa dan melafazkan zikrullah kepada Allah.
“Walaupunkamu berdua sudah bergelar pasangan suami isteri, tetapi setiap suami perlumembaca lafaz taklik selepas akad nikah. Lafaz taklik ialah perjanjian antarasuami isteri. Kamu berdua perlulah memahami isi di dalam lafaz taklik ni,Hilman, Asha. Maksud lafaz taklik ialah syarat untuk membatalkan pernikahanjika berlalu sesuatu yang bertentangan dengan taklik tersebut. Sejurus selepasmembaca lafaz ini, kamu perlulah menandatangi surat taklik di hadapan kami.”
ImamKhalil menyerahkan satu dokumen kepada Hilman. Hilman menerima dokumen itu.
“Sayamengaku apabila saya tinggalkan isteri saya, Asha Hasna binti Mohammad Azmanselama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja ataupaksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempohyang tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepadatubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabitaduannya di sisi mahkamah syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yangmenerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengancara talak khuluk,” lafaz Hilman.
Hilmandan Asha menurunkan tandatangan ke atas dokumen itu.