Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
5 - 2

TAMAT waktu persekolahan, Hilman ke PasarRaya Giant untuk membeli barang-barang yang akan digunakan ketika sesipembelajaran pada keesokan hari. Memandangkan minggu ini merupakan minggu temabuah tempatan, maka penuhlah pelbagai jenis buah-buahan di dalam trolinya.

Selesai membeli barang,dia membuat pembayaran. Langkah Hilman terhenti bila terlihat kelibat Asha yangsedang duduk sambil merenung ke lantai itu di laluan kaki lima pintu keluarmasuk itu.

            Sebuahkeluhan berat terhembus keluar. Dia berasa terpanggil hati untuk menegur Asha.Lantas troli ditinggalkan. Sebotol air mineral dibeli di restoran mamak.Setelah itu, dia menghampiri Asha. Botol air itu disuakan kepada Asha.

            Ashatersentak. Dia mengangkat wajahnya memandang si pemberi air mineral itu.

            “Hilman?”

            Hilmanmelabuhkan duduk di sebelah Asha.

            “Ambildan minum. Insya-ALLAH awak akan rasa lebih tenang selepas ini,” kata Hilman.

            Botolair mineral itu bertukar tangan. Asha meneguk sedikit air itu.

            “Terimakasih,” ucap Asha sambil menutup penutup botol.

            Hilmantersenyum lalu mengangguk.

            “Awakokey ke?” soal Hilman ingin tahu.

            Ashamenggeleng lemah.

            “Sayaminta maaf,” ucap Hilman dengan riak wajah serba salah.

            LekasAsha memandang wajah Hilman. Dahinya berkerut kerana hairan.

            “Maafuntuk apa? Saya tak faham,” balas Asha.

            “Sayatidak sepatutnya masuk campur urusan awak dan Fadli, Asha. Disebabkan perbuatansaya, pertunangan awak dan Fadli terputus.”

            Sehinggakini Hilman menanggung beban rasa itu di pundaknya. Dia merasakan seolah-olahpenyebab kepada keretakan hubungan mereka berdua. Bukan itu niatnya memberitahuperkara sebenar. Dia cuma tidak mahu Asha terus tertipu dengan Fadli.

            “Takapa. Malah saya amat berterima kasih kepada awak, Hilman. Awak dah buka matasaya. Saya letak kepercayaan yang tinggi kepada Fadli. Saya seolah-olah tidaknampak akan kesalahan yang sering kali dilakukan oleh Fadli. Mata sayadibutakan dengan perasaan cinta. Saya rasa yang diri saya ni bodoh.Bermacam-macam perkara yang Fadli buat pada saya. Saya tetap bersabar, Hilman.Sampailah saya…”

            Buatkesekian kali, Asha menangis lagi. Hilman tergamam. Dia hendak memujuk tetapibimbang hasratnya itu disalahertikan oleh orang sekeliling. Lantas poket seluardiseluk. Sehelai sapu tangan dikeluarkan lagi diberikan kepada Asha.

            “Lapair mata awak tu. Nanti orang kata yang saya marah awak pula,” usik Hilman.Sekadar ingin menggembirakan hati Asha.

            Ashatergelak. Sapu tangan diambil lalu sisa air mata dikesat.

            “Kalauawak tidak keberatan, boleh ke awak luangkan masa dengan saya? Saya… sayakesunyian. Saya perlukan seseorang untuk berkongsi cerita,” pinta Asha.

            Hilmanterdiam.

            “Errsaya…”

            “It’s ok if you can’t accompany me!”celah Asha sambil mengusap belakang tengkuknya.

            Hilmanmengukirkan senyuman.

            “Sayaboleh temankan awak!” balas Hilman.

            Ashamenghela nafas lega.

            “Jomsaya bawa awak ke satu tempat untuk menenangkan fikiran awak. Kalau saya adaapa-apa masalah, saya akan ke sana. Awak mesti akan suka nanti tau!” ajakHilman bersungguh-sungguh.

            Ashamengecilkan bola matanya.

            “Awaknak culik saya ke?” tanya Asha.

            Hilmanketawa.

            “Sayabukan orang jahatlah, Asha. Saya hanyalah seorang Guru Prasekolah saja.” Hilmanberjenaka.

            Ashaikut sama ketawa.

            “Awaknak ikut saya ke?” Lekas Hilman bertanya.

            “Nak!”balas Asha.

Previous: 5 - 1
Next: 5 - 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.