Ujian demi ujian.
Itulah yang akan mematangkan cinta.
DATIN ZARYN melabuhkan duduk di sebelahsuaminya. Dia berpeluk tubuh. Wajah anak bongsunya itu ditenung denganpandangan tajam.
“Tahniahdi atas perkahwinan kau dan Asha,” ucap Datin Zaryn. Bunyi seperti tidak ikhlassahaja.
DatukHalim mengusap dagu bila isterinya itu tiba-tiba sahaja memberikan ucapanbegitu kepada Hilman. Bukankah Datin Zaryn tidak pernah merestui perkahwinanHilman dan Asha? Apakah yang membuatkan wanita itu berubah pendapat? DatukHalim amat mengenali isterinya. Ada sesuatu yang sedang direncanakan olehwanita itu.
Hilmantersenyum.
“Terimakasih, mama,” balas Hilman.
“Sama-sama,”balas Datin Zaryn.
Perlahan-lahanterukir senyuman penuh makna di bibir Datin Zaryn.
“Akunak tanya sesuatulah. Adakah kau berasa puas hati dengan semua perbuatan kau?”
Zass!Satu ayat yang menyentakkan hati Hilman. Hilman tergamam. Manakala Datuk Halimpula sudah menggeleng. Kecewa dengan tuduhan isterinya itu.
“Apamaksud mama?”
Terketar-ketarnada suara Hilman.
DatinZaryn tertawa sinis.
“Usahlahberpura-pura tak tahu sedangkan kau tahu maksud aku, Hilman.”
DatinZaryn memulangkan paku buah keras kepada Hilman.
DatukHalim mendengus.
“Zaryn,jaga mulut awak! Hilman tak pernah rampas Asha daripada Fadli! Fadli yang tidakpandai hargai diri Asha. Saya rasa awak pekak kut. Asha cakap yang Fadli deradia! Awak dah lupa ke? Ataupun awak buat-buat tak dengar. Oh yalah, Fadli tukan anak kesayangan awak. Setiap perilaku dia sentiasa benar di mata awak!”sindir Datuk Halim.
Hilmanmenepuk bahu papa.
“Takapa, papa. Hilman okey,” balas Hilman.
DatinZaryn menjongketkan sebelah keningnya ke atas.
“Akudah cakap tempoh hari! Kalau kau teruskan agenda untuk nikahi Asha, maka akuakan terus membenci kau sehingga ke titisan akhir nyawa! Kenapa kau sangatdegil?” bidas Datin Zaryn keras.
“Diatidak perlukan persetujuan awak, Zaryn!” celah Datuk Halim hilang sabar.
Hilmanmelepaskan keluhan.
“Mama…”
Diacuba meraih tangan mama, tetapi mama bingkas menepis. Ditarik tangannya semulalalu diletakkan di atas pehanya.
“Pertama,Hilman tidak berniat untuk memporak-perandakan hubungan Fad dan Asha. Hilmanakui, Hilman sudah jatuh cinta sejak kali pertama bertemu Asha dulu. TapiHilman terus pendam perasaan Hilman. Kerana apa? Kerana Asha adalah milik Fad.Hilman tak kejam nak rampas tunang abang kandung Hilman, mama,” tegas Hilman.
DatinZaryn mencemik. Dia membuang pandang ke arah lain.
Hilmanmenarik nafas panjang.
“Kedua,kita tidak pernah tahu siapa jodoh yang ALLAH tetapkan untuk kita, mama.Biarpun kita cuba mengelak, namun akan berlaku pertemuan yang seterusnya. Siapakita mahu mempersoalkan takdir ILLAHI? Kita hanyalah seorang hamba biasa yangbernafas di muka bumi-NYA,” sambung Hilman.
DatinZaryn terkedu. Ayat terakhir Hilman seperti suatu tamparan angin yangmenyinggahi pipinya.
“Oh,jadi kau nak ajar aku sekarang ni?” tengking Datin Zaryn.
“Ituhanyalah sekadar peringatan untuk kita semua, mama,” balas Hilman.
DatinZaryn menuding jari ke muka Hilman.
“Jangankurang ajar dengan aku, Hilman!” bentak Datin Zaryn.
DatukHalim segera menepis tangan Datin Zaryn.
“Awakkena ingat, Zaryn! Hilman sangat menghormati awak sebagai ibu yang telahmelahirkannya ke dunia ni! Awak tu yang sepatutnya cermin diri awak terlebihdahulu! Tilik kekhilafan yang awak dah lakukan daripada Hilman masih anak kecilsehingga meningkat dewasa!”
DatukHalim bangun. Dia menoleh memandang Hilman.
“Jom,nak. Tak ada guna kita duduk dekat sini lagi,” ajak Datuk Halim.
Hilmanbangun lalu mereka beredar meninggalkan Datin Zaryn.
DatinZaryn menghentak meja. Geram kerana Datuk Halim sering berpihak kepada Hilman!Ah, kini kebenciannya terhadap Hilman berada di tahap yang paling maksimun!