DI kepekatan malam begini, tiba-tibasahaja Asha muncul di rumah Afidah, kawan baiknya itu. Afidah amat terkejut apabila menerimakedatangan tetamu yang tidak dijangka itu.
“Eh,kenapa datang ke rumah aku ni? Bukan kau sepatutnya kat rumah Datuk Halim ke, bincangtentang majlis perkahwinan kau dan Fadli?” soal Afidah.
“Bolehke aku bermalam di rumah kau untuk sehari dua ini?” pinta Asha dengan suaraserak-serak basah, seperti baru lepas menangis.
“Bolehsaja,” jawab Afidah.
Serentakitu, Asha memeluk tubuh Afidah lalu menghamburkan tangisan. Afidah tergamamdengan tindakan Asha. Walaupun dia ingin menyoal, namun bibirnya bagaikandibius kebisuan. Maka, dia hanya mampu berdiam dan membiarkan Asha menumpahkankesedihannya itu.
Seketikakemudian, Afidah meleraikan pelukan mereka. Asha menundukkan wajahnya ke bawah.Sesekali, dia tersedu. Wajahnya kelihatan sugul.
“Asha,kau dah bersedia untuk beritahu perkara sebenar pada aku ke?”
Walaupunrasa ingin tahu membuak-buak di dada Afidah, namun dia mahu memberi ruangkepada Asha. Biarlah Asha sahaja yang membuka mulut.
Ashamelepaskan keluhan.
“Impianyang aku bina selama ini akhirnya terkubur, Fida. Sabah hari, aku pujuk hatisupaya bersabar melayani kerenah Fadli. Aku berbisik kepada hati, suatu harinanti Fadli akan sedar akan khilafnya. Aku berusaha untuk betulkan keadaan.Tetapi, aku tersilap buat tafsiran! Dia tak pernah berubah! Dia tak boleh terimakekurangannya dan kelemahan aku. Aku penat, Fida! Apa dosa aku sehingga diatergamak lukakan hati aku?” rintih Asha.
“Kejap. Ada apa-apa yangaku terlepas pandang ke?”
Afidah tahu, Asha adamenyembunyikan sesuatu di luar pengetahuannya. Hatinya membuak-buak ingin tahu.Asha mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar. Satu laman sosialdilayari. Setelah itu, dia menyua telefon kepada Afidah.
Afidah melihat laman sesawangitu. Matanya terjegil. Lidahnya serta-merta kelu. Ah, kasihan kawan baiknya.Cinta yang dipupuk rupa-rupanya racun yang sedikit demi sedikit membinasakantubuh Asha. Mujurnya Allah buka pekung di dada Fadli!
“Aku faham perasaan kau,Asha. Sudahlah, tak ada guna kau bazirkan air mata untuk lelaki begitu. Aku nakkau lupakan dia! Buang semua kenangan dengan dia. Padam ingatan mengenai dia.Kau kena kuat! Jangan lemah, Asha!” pujuk Afidah.
“Aku tak boleh terimasemua ni. Dia perbodohkan aku selama ni! Dia… dia… Aku benci dia, Fida! Benci!”jerit Asha.
Afidah menarik Asha kedalam pelukan. Belakang tubuh Asha diusap lembut.
“Menangislah kalau tuyang boleh buat kau rasa lega,” pujuk Afidah.