Home Novel Cinta PELUANG KEDUA
PELUANG KEDUA
painarena
10/1/2022 02:07:29
2,023
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 19
Unsolved Arc: Chapter 19

This is the last chapter of this arc. Will update the next arc at my earliest convenience. Sikit je lagi nak habis. And i had completed the novel too but maybe fefeeling satu arc per week, dont it? I dont know. Im not good with marketing.

.

DAH berapa bulan berlalu sejak Aqi muncul semula dalam hidupnya? Empat... lima bulan. Dalam tempoh itu, dia dan Aqi berbaik demi anak-anak mereka, Ami dan Emir dan menjadi rapat sampai langsung tak boleh dipisahkan, Mimi semakin membenci Aqi dari hari ke hari dan Farid yang selalunya mengusik akhirnya menegur attraction antara mereka yang kini berada di fasa bahaya.

Video rakaman Ami juga membuktikan yang dia menjadi seorang lelaki yang tidak berkuasa dengan akalnya sendiri bila bersama dengan Aqi. Di dalam video tersebut, perasaannya seratus peratus milik Aqi, dan jika Aqi memintanya berbuat apa-apa, Umar yakin seratus peratus yang dia akan menunaikan permintaan wanita itu.

Tarikan pada Aqi bukanlah sebab nafsu semata... atau sebab dia dah terbiasa... tetapi kerana cinta yang entah bila, berputik semula.

Tapi sekarang, isterinya pula mengandung.

Umar melepas keluh berat pada bulan di langit.

"Fikir apa sampai berat sangat?"

Kepala dipaling laju, terperanjat. Aqi pula tersengih di belakangnya.

"Aku nak bagi hadiah birthday kau," ujarnya, mencangkung di sebelah si lelaki. Gallery pada Vivo dibuka. Gambar sebuah dokumen.

"Apa benda ni?"

"Borang emergency contact aku. In case kalau berlaku apa-apa dekat aku... hospital akan notify kau dulu..." jelasnya bersama senyum janggal. Melihat mata itu membesar dengan bersama mulut terbuka, Aqi menggaru kening. "Aku tak tahu siapa lagi yang aku boleh harap kat sini selain kau. Ada Bang Farid, tapi... it feels fun letak nama kau instead."

"It feels fun? Itu ayat yang kau nak pakai untuk explain motif kau?" soal Umar pula bersama tawa.

Bahu dijungkit. "I'm giving you my trust, Mar.... Is that good enough as a birthday gift?"

Benar-benar terharu dibuatnya. Hati terasa mengembang seluasnya kerana diberi kepercayaan sebegini rupa. "It's plenty, Aqi.... Its the best gift yet."

"Takleh lawan hadiah Mimi," tuturnya lembut.

"That's a given..." luahnya sambil membalas senyuman wanita itu. Senyuman yang sepatutnya indah, kini merantai hatinya dengan dawai berduri. "Aqi, kau sayangkan aku?"

Bercantum keningnya. Dah kenapa tiba-tiba? "Of course. Kau ialah—"

"Bapak anak-anak kau, aku tahu..." Memang itulah poin Aqi, dari dulu sampai sekarang. Dia cuma ahli keluarga. Tidak lebih. "Tapi sayang aku dekat kau lain, Aqi..." Muka cantik itu direnung. "Aku stress sebab aku tengah fikir macammana aku boleh jatuh cinta balik dekat kau berbanding develop feeling dekat wife aku sendiri."

Wanita itu terdiam lalu. "Maybe kau tak perlu fikir jauh sangat..."

"It's not getting easier, Aqi... Its getting real. Sexual tension between us is too real. Aku dah tak tau macammana nak buat tak tahu. I've kissed you. I thought about you everyday. Aku mimpikan kau, kadang-kadang terlepas sebut nama kau sampai kantoi dekat Mimi. Walaupun kau dan aku sama-sama cuba lari tapi kau tetap datang balik. Aku tak boleh lepaskan stress dekat punching bag sampai bila-bila.... Silap hari bulan... aku takut aku tak boleh terus tahan..." keluhnya pada langit. Risiko itu benar-benar ada. "Aku takut, kalau isteri aku tengah sarat mengandung, kepala aku masih fikirkan kau..."

"Mar... jangan cakap macam tu..." Seriau pula rasanya. Dia juga merasa apa yang Umar rasa, cuma mungkin tidak seteruk lelaki itu. "Kita boleh revert jadi bestfriend semula, tau? Balik ke momentum lama."

Dan lelaki itu menoleh. Serius sekali. "Kau seriously rasa kita boleh revert jadi bestfriend semula? Lepas semua yang dah terjadi?"

Kelat rasa lidah dibuatnya. Air muka Umar pula cukup perit sekali bahana menahan sesuatu yang pedih di dada. Sesuatu yang tak boleh dikongsi dan kini bertukar menjadi racun kerana tidak diuruskan dengan betul.

"Maybe if you stop thinking about it too much and just go with the flow..."

"Go with the flow, katanya..." Ketawa hambar dilepaskan. Perempuan ini memang tak faham perasaannya atau sengaja nak mainkan perasaanya? "Disebabkan flow itulah aku merasa semua perasaan ni semula, Aqi," ujar Umar lagi, masih cuba menjelaskan betapa besarnya pengaruh Aqi terhadapnya, dari hujung rambut ke hujung kaki, dari lengkuk senyum di bibir, apatah lagi setiap lekuk tubuh yang menjadi kelemahan nafsunya, pada sentuhan hujung jari, pada lirik tawa serta lirikan mata hitamnya, pada hembusan nafas mahupun cara hidungnya dikemekkan, di setiap helaian halus rambutnya hinggalah setiap ruang roma yang kembang kuncup mengapung udara.

Desire.

Aqi ialah nafsunya.

Aqi dah rampas hatinya.

Dia dah cuba lari, tapi bau Aqi tetap kuat di hidung.

Jika terus dibiarkan, Aqi akan menjadi dunianya.

Wanita itu ditentang kembali. "The flow makes the tension between us growing stronger everyday, believe me. Aku tak boleh nak buang kau dari kepala aku. Aku dah cuba for 14 frickin years. Jadi, tolong jangan seksa aku dan expect aku jadi gay!"

Nafas Aqi tertahan. "Kau meluah semua ni, kau ingat aku boleh buat apa? Aku takda cara lain selain buat tak tahu dan kawal hati kita! Kawal nafsu, kawal tangan, kawal hati. Self discipline! Berpegang dengan iman kita yang nipis. Doa minta Allah jauhkan kita dari maksiat. Itu je yang kita boleh buat Mar. Letak noktah kat situ. Cukuplah!"

Mata lelaki itu dipicing. "Itu tak cukup Aqi. Tension tu masih ada. Doa, yes. Tapi usaha tetap kena ada."

"Habis tu kau nak aku buat apa?"

Umar menelan liur, merenung wajah kusut itu. "Is there a chance untuk kita bertiga bersama?"

Datang lagi tawaran itu. Baran Aqi terbakar. "No! Aku takkan bermadukan perempuan gila yang tampar anak aku!!" Tegas sekali.

Umar dah boleh agak jawapan itu. "Then, I have to ask you to do one thing..."

"Which is?"

"Cari suami baru secepat mungkin."

Aqi tercungap.

"Kalau ada lelaki lain yang boleh jagakan kau... aku ringan hati sikit. Cari someone yang lebih baik dari Chan... yang boleh buat kau happy... yang boleh buat aku happy tengok kau happy... sama macam kau happy tengok aku happy..."

Diam seketika. "Kau-kau suruh aku... bina life dengan lelaki lain... selain kau? Walaupun kau cakap, kau cintakan aku?"

Umar menelan liur. Bila didengari semula kata-kata itu, hatinya tiba-tiba terasa pedih. Tetapi dia perlu kukuh! "I have to save my marriage, Aqi. I have to take care of my pregnant wife. Pada masa yang sama, aku nak jaga bahagia kita sekeluarga juga. Kita masih boleh jadi functioning family from a distance, tapi dengan pasangan masing-masing. Aku tak boleh achieve semua ni kalau kita masih..." Liur ditelan. "Aku taknak terus berdosa, Aqi. Setiap kali aku bersama kau, dosa ikut sekali. For god sake, aku tengah tahan sepenuh daya aku untuk tak peluk cium kau sekarang."

Aqi spontan menambah jarak mereka.

"Aku sedar benda ni mengejut, tapi perlu. Mimi wife aku. Aku kena utamakan dia walaupun aku tidak—" Lidah digigit terus, menahan diri dari menyebut kata-kata itu buat kali kedua.

Aqi menjeling dengan mata berkaca. "Walaupun kau tidak cintakan dia?"

Mata terpejam spontan, menahan peritnya hatinya ketika ini. Ya, dia tak cintakan Mimi. Kenapa dia perlu berpegang pada tanggungjawab hanya untuk menjaga perempuan yang menampar anaknya itu? Kenapa dia tak dibenarkan mengejar cinta hatinya pada Aqi? Kenapa dia perlu bertahan pada Mimi yang tidak capai paras minimum isteri mithali, mahupun seorang ibu tiri. Dia yakinkah yang Mimi boleh menjaga anak mereka macam seorang ibu yang penyayang, dan bukannya dilontar sana sini sebab malas nak komited dengan kesusahan itu? Pada siapa Umar nak buktikan dengan semua keputusan ini sebenarnya?

Gigi diketap sekuatnya. Halkum turut bergerak-gerak, menelan liur yang terasa berpasir.

"Mar..."

Mendengar suara itu menyebut namanya, jelas sekali siapa sebenarnya pilihan hatinya. Dia nakkan Aqi. Dia nakkan kehidupan dengan Aqi dan anak-anak mereka. Tapi kalau dia memilih Aqi, Mimi akan ditinggalkan dan dia menjadi lelaki paling tak berguna dalam sejarah, yang tak boleh mengawal isteri sendiri, yang tak mampu mendisiplinkan isteri sendir, dan hanya tahu mengikut hatinya membuta tuli kerana nak memuaskan nafsu pada sang wanita yang menarik hati.

Lalu Umar turun ke dalam kolam. Kepala direndam ke dalam air buat beberapa saat. Kemudian dia keluar semula bersama tarikan nafas panjang. Muka diraup berkali-kali.

Aqi merenung datar. "Haus ke?"

"Segar sikit otak aku..." luahnya pada kolam. Air yang masuk sedikit ke dalam mulut diludah. "14 tahun yang lepas, aku dah tunjukkan yang aku gagal sebagai suami kau, Aqi. Sekarang, aku nak jadi suami yang baik. Aku nak jadi ayah yang baik, both to our twin and my unborn child. Aku nak jadi bekas suami yang baik untuk kau juga. I can't accomplish all this kalau aku simpan perasaan dekat kau, bernafsu dekat kau, dan lukakan hati isteri aku sendiri... Tolong aku, Aqi.... If you can find a good man, someone yang Emir dan Ami boleh terima... I think everything will be okay..."

Air muka Aqi berubah kusut. Sekali lagi permintaan itu keluar. Sebuah permintaan yang dia sendiri tak pernah terfikir. Memang dia tidak merancang nak merampas Umar, tapi dia sendiri tak pernah nak mencari yang baru walaupun dah lama bercerai dengan Chan. Dia hanya nak berada dekat dengan Umar walaupun bukan sebagai pasangan kerana disitulah bahagianya berada.

Luka di hati kini merebak ke seluruh tubuh. Namun akalnya masih mampu memproses permintaan yang pahit itu. Objektif sangat jelas – menjaga jarak antara mereka. Supaya Umar tidak tertekan dengan dosa. Supaya dia ada lelaki lain yang boleh memberinya perhatian dan senyum. Dan cemburu Mimi juga akan memudar. Sebetulnya, permintaan Umar sememangnya penyelesaian terbaik bagi semua kekusutan yang dah berlaku.

Dan yang paling penting, dia dan Umar masih boleh menjadi ma ayah kembar mereka tanpa perlu wujud konflik yang tak relevan. Bukankah dia juga secara tidak langsung telah melaksanakan permintaan Umar beberapa jam tadi?

"Kuro maybe masih single..." luahnya, hampir berbisik.

"No, not Kuro. That guy sucks!"

"Kau kenal dia pun tidak..." bisiknya dengan suara yang tenggelam di rengkung. Kembang rasanya. Pedih menahan hati walau tidak pasti sakit ini datang dari mana. Pandangan Aqi merenung ke tengah kolam, menilai pros and cons cadangan itu. Jika itulah jurang yang diperlukan, Aqi boleh membantu meluaskan jurang tersebut.

"I think I can help you with your plan. Semoga kau bahagia dengan Mimi."

Hati Umar terdetik bila mendengar kata-kata itu. Terkedu bila melihat Aqi bangun berdiri. Malah air muka wanita nampak kosong beku. Nafas Umar tersentak, menyedari apa yang wanita itu nak lakukan seterusnya.

"Aqi—"

Sebelum sempat Aqi beralih, pergelangan kakinya ditangkap tangan kasar itu seperti hantu air mencapai kaki mangsanya pada saat-saat akhir. Itu boleh menjadi jalan cerita yang menarik, tetapi ini bukan cerita hantu. Ini cerita obses.

Wanita itu terperanjat. Umar pula nampak cuak.

"Kau jangan berani lari dari aku..." Mujur dia sempat mengejar.

Pedih lalu. "Apa benda kau ni... lepaskan aku, Mar..." Dia meronta. "Kau yang suruh aku cari lelaki lain!"

"Tapi aku tak cakap aku nak kau lari terus dengan siapa entah tu dan tinggalkan aku!"

"Macammana aku nak fokus dengan suami aku nanti dan layan kau sekaligus! Aku tak boleh multitask macam kau, Umar Darius! Kau nak aku dapatkan orang lain, kau kena lepaskan aku!"

"For fuck sake... aku masih nak bercakap dengan kau, berjiran dengan kau—" Terhenti kata bila Aqi berjaya menarik kakinya. Selekas mungkin Umar menapak keluar dari kolam, lalu dikejar wanita itu. Tangannya ditangkap, membuat Aqi menyeringai. Ditarik kasar tubuh si wanita supaya berdepan dengannya dan digenggam kedua belah lengannya. Lalu muka berkerut itu ditentang serius. "Listen here, you iron head. Aku masih nak father the twin with you, being functioning family dengan pasangan masing-masing... Kalau kau ingat our first objective, Aqi. Kau rela hati tengok aku dengan Mimi, aku nak buat benda tu bila kau dengan lelaki lain."

Wanita itu memalingkan wajahnya, dan Umar merasa pedih lagi buat kesekian kali kerana Aqi enggan melihat wajahnya.

"You do realise I'm still in love with you?" soalnya sambil merendahkan tubuh, mencari mata galak itu.

"That's bullshit! Kau tak cintakan aku! Kau hanya terbiasa dengan aku sebab Mimi being a lousy wife dan aku pulak bodoh sangat melayan kau setiap kali kau datang rumah!! That ends now!!" Giliran dia membuat keputusan.

"Aqi... Aqi... look at me, please..." Muka cantik itu ditarik supaya menentang wajahnya dan terus ditekup dengan kedua belahnya. Mata bulat itu nampak berkaca, membuat Umar menjadi pilu. "I love you, Aqi. I am madly, in love with you... Hanya dengan developing feeling for you, aku automatically curangi wife aku sendiri. Setiap masa, setiap detik, aku tak berhenti fikirkan kau... mata kau, mulut kau... senyuman kau, ketawa kau... tenaga kau... aku termimpi-mimpikan kau. Kepala aku suruh aku setia pada Mimi sebab that's the right thing to do... tapi hati aku tetap memberat ke arah kau, Aqi, and it hurts me deeply. Deeper than anything. Aku nakkan kau. Aku nak makan dengan kau. Bernafas bersama kau. Tidur dengan kau. Bergaduh bersama kau... aku nak habiskan hidup aku bersama-sama kau... sampai kembar berdua tu keluar dari rumah sebab nak bina life mereka... and then kita bersama berdua sampai Allah tarik nyawa kita, Aqi.... Aku dah jatuh cinta dekat kau macam aku bernafas setiap hari..." Air mata lelakinya jatuh tanpa dapat ditahan.

Aqi terkaku.

Umar menelan liur, berusaha menahan perasaan yang meribut. "Tapi aku ada isteri. She's my world, now. Dia ialah someone yang aku kena jaga. Sejauh mana aku nakkan kau, aku tetap tak boleh lari dari tanggungjawab aku. Walaupun dia lousy, bak kata kau... tapi she's mine. Dia tengah kandungkan baby aku.... Aku nak beri dia bahagia rumah tangga yang aku tak boleh berikan dekat kau semasa kau kandungkan Ami dengan Emir.... Aku nak merasa menjadi lelaki sejati, Aqi. Aku tak boleh jadi suami Mimi kalau aku tak boleh kawal perasaan aku dekat kau. So please... please give me that chance..." Kepala ditundukkan. Sebutir dua air matanya jatuh ke lantai. "Tolong aku untuk jadi suami untuk Mimi... dan penjaga kau dan anak-anak kita sekaligus.... I beg you..."

Kuatnya perasaan yang dirasai Umar ketika ini, meresap sepenuhnya ke dalam hati Aqi, sekaligus merubah hati wanita itu. Air matanya turut menitis. Berkongsi dan bersimpati.

"Aku faham Mar... aku boleh rasa perasaan kau dekat aku. I appreciate it so much. Niat kau, its noble too. Tapi, kau pun kena faham, aku bukan lelaki... aku tak boleh multitask..."

Umar melangut lagi.

"If I'm with another man... seluruh hidup aku ialah untuk dia. Aku dah tak boleh jadi wife by proxy kau, Mar.... Kalau dia ajak aku jauh dari kau... aku kena ikut dia..."

Itu benar. Umar memuram lalu.

"Then, the kids macammana?" soal wanita itu lalu bersama titis air mata. "We are blessed with two clever kids, alhamdulillah. Tapi keputusan masih di tangan kita. Love, feelings... its overrated, Mar. Right now, we need rationale decision. Kalau kau nak aku cari lelaki lain, kau kena lepaskan aku betul-betul. That's the risk you should willing to take."

Lelaki itu terkaku lagi. Kepala ditundukkan lalu. Hampir kalah. Aqi memandang bersama renungan sayu.

"So, aku nak minta kau lepaskan aku... please?"

Lambat-lambat, genggaman melonggar sebelum terlepas terus. Aqi hampir menangis lagi. Baru saja dia nak berkalih, tangannya ditangkap lagi. Dia terperanjat.

"Look... that guy yang kau nak pilih... pastikan aku and the twins boleh terima dia. Then, we can still be together like a big family, kan?"

Bibir dikemam. "Kau idealistik."

Umar melakar senyum pahit. "Call me optimist, maybe?"

Turut tersenyum. Gagal menahan diri, pipi Umar diusap lembut. "Lepaskan aku, Mar. If you do that... then, I will stop calling you big baby."

Terkaku. Seraya pegangan terlepas terus.

"My big baby dah jadi big man..." Bersama nafas sendat, dia memaksa kata.

"Haha..." Muka diraup ke atas hingga ke rambut. Nafas yang terasa sendat dipaksa bernafas. "Kau janji kau jangan jauh dari aku lagi?"

"I'll do whatever I deemed fit. Aku nak masuk tukar baju. Sejuk. Kau jangan halang aku lagi."

Selajur, wanita itu berjalan pergi tanpa sekalipun menoleh ke belakang. Umar membatu di tempatnya, merenung batang tubuh itu menjauh sehingga mereka dipisahkan pintu bilik tidur.

Persetujuan dah ada. Keputusan rasional dah ditetapkan. Tetapi perasaannya tetap meribut. Langsung enggan tenang walau sejenak. Sukarnya dia nak bernafas kerana anak tekak yang terasa kembang. Umar menggenggam buku lima sekuatnya, lalu dia masuk semula ke dalam kolam. Jerit kecewa dilepaskan sehabisnya di dalam air.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh painarena