Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 30

“WAH!! Comelnyaa… Kat sana tu comel!Jom-jom!” Noni mula exited terlebih. Ditarik lengan Tasnim menuju kearah ruangpakaian baby.

            Tasnimyang sedang leka termenung tersentak bila lengannya ditarik tiba-tiba olehNoni. Baju baby..? Haihh, aku tak ada mood la nak beli apa-apa lagi. Baby kusayang, nanti bila baby nak keluar baru kita beli baju untuk baby ek. Tasnim mengusap-ngusapperutnya sambil tersenyum tawar.

            Noniterhenti pergerakkannya bila melihat tidak sedikit pun Tasnim peduli bebelannyasebentar tadi. Adoi, buat habis air liur aku je membebel sorang-sorang. “Kauni, selama kau mengandung ni kan. Sekali pun aku tak pernah tengok kau senyum,ketawa apatah lagi. Rasa macam Tasnim dulu yang aku kenal tiba-tiba ghaib! Kauni kenapa? Apa masalah yang kau fikirkan sangat ni?” Noni memeluk lengan Tasnimsambil merenung wajah pucat itu.

            Tasnimcuba untuk tersenyum, tapi senyumannya tawar. Entah, aku macam dah lupa macammana nak senyum dan ketawa macam dulu. “Aku tak ada apa-apalah. Kau janganrisaulah. Aku cuma penat sikit.”

            Nonimengerutkan dahinya. “Nak tipu akulah tu. Macamlah aku baru seminit kenal kau.Kau mesti fikir pasal Kimi kan? Kau takut kalau kau terpujuk dengan pujukan diakali ni kan? Kau..”

            “Eh,Along dengan Iman mana ek? Lamanya beli air..” Tasnim mula memanjangkantengkuknya mencari kelibat Jihan dan Iman. Saja aku lari tajuk kejap, soalanNoni tu buat aku makin serabut.

            Nonimencebik. “Nak lari dari jawab soalan akulah tu. Entah,dah naik keringkerongkong aku ni. Air tak sampai-sampai jugak!” Noni mengurut-urut lehernyayang sudah terasa haus.

            “Sorrylambat. Nah air kau mak cik..” Jihan menghulurkan air tin kepada Noni.

            Nonimengerutkan dahinya. Ditenung lama air tin ditanganya. REDBULL? Seumur hidupaku, tak pernah minum air ‘kerbau’ ni. Noni melontar pandang kearah Jihan yangdengan selamba menyedut straw air laici itu. Eh, kejap-kejap! Laici? Ni nakmarah ni!

            Jihanyang menyedari tajam pandangan Noni kearahnya menjongkit keningnya. “Apa halpulak kau tengok aku macam tu? Hensem sangat ek aku hari ni?” Jihan tersengehsambil membuat muka bangga!

            Imandan Tasnim berpandangan sesama sendiri, kemudian serentak melontar pandangkearah Noni dan Jihan.

            “Kenapakau minum air aku?! Ni nak marah ni..” Noni menunjukkan kotak laici yangdipegang oleh Jihan.

            Jihanterpinga-pinga. Apa pulak dosa aku kat minah ni? Tapi bila melihat botolREDBULL yang dipegang oleh Noni membuatkan senyumannya terukir. “Eh,silap-silap.. Ala.. dah habis lah. Kau pergi beli sendirilah. Bak Redbull tuaku minum.”

            Perghh!!Dia buat muka tak bersalah? Berani dia kan? Kau memang nak kenalah Jihan! Siapkau! Noni menarik telinga Jihan. “Baik kau ganti balik. Jom! Ikut aku, kau kenaganti balik air laici aku!”

            “Apahal pulak kau ni? Uit, malulah.. Lepaslah..” Marah Jihan sambil menepis-nepisjari Noni yang sedang menarik telinganya. Cis! Jatuh saham aku!

            “Ah,ganti air aku dulu. Nim, aku pinjam Along kau ni kejap. Kejap lagi aku datang.Aku akan pastikan dia belikan aku satu lori air laici!!” Noni terus berlalubersama Jihan.

            Imandan Tasnim sudah mengkekeh ketawa. Iman terdiam, ralit dia melihat ketawaTasnim. Tasnim memang cantik bila ketawa dan senyum. Lesung pipit kiri dia yangmembuatkan senyuman dia jadi mahal tu! Aku rasa nak tarik-tarik je pipi dia.

            Tasnimyang menyedari dirinya diperhatikan, mula terdiam mendadak! “Eh, comelnya bajuni.” Saja Tasnim mengalih perhatian Iman dari terus merenungnya.

            Imantersenyum. “A’ah comel. Awak minat baby gurl ek? Yang pink tu comel.” Imanmenunjukkan baju kurung kecil berwarna merah jambu itu. Tasnim tersenyum sambilmengangguk setuju dengan kata-kata Iman itu.

            Najmimenarik nafas perlahan. Memang dia cemburu! Memang dia marah melihat Tasnimmacam rapat benar dengan Iman! Memang dia tak suka Tasnim rapat dengan Iman!Tapi siapalah dia mahu menghalang Tasnim?? Ya Allah kuatkan hatiku! Perlahansaja kakinya mula melangkah keluar dari shopping mall itu.

 

TASNIM perlahan-lahan melabuhkanduduknya diatas pangkin itu. Alamak! Tak sampai pulak nak naik atas pangkin ni.Aku nak duduk atas apa ni? Tasnim melontar pandang kiri dan kanan. Tak akanlahaku nak duduk atas batang kayu tu kut? Mau telentang kebelakang aku nanti.Okey, cuba lagi sekali. Satu..dua..

            Tasnimtersentak bila terasa ada tangan membantunya untuk duduk diatas pangkin itu.Ditoleh kirinya, senyumannya terukir. “Terima kasih Uncle Iman..”

            “Sama-sama..Baby gurl..” Iman tersengeh dan melabuhkan duduknya disebelah Tasnim.

            “Takkerja hari ni?” Tasnim mengusap-ngusap perutnya perlahan.

            “Tak,esok baru start lapor diri kat balai. Erm, boleh saya tanya sesuatu?” Iman mulakelihatan tak senang duduk. Dah dekat dua hari, sesaat pun Anim tak pernah bagipeluang untuk Kimi bersuara apatah lagi nak bersua muka. Aku bukan nak masukcampur dalam hal rumahtangga orang. Tapi, sebagai seorang kawan.. Aku tak sampaihati tengok Kimi.

            Tasnimtersenyum. “Apa dia? Awak nak kahwin ek?” Tasnim ketawa melihat wajah cemberutIman bila disebut ayat ‘kahwin’ tu. Umur Iman sebaya dengan Along. Dulu masakecil, Iman selalu jadi kawan sepermainan Tasnim. Iman sanggup mainmasak-masak, main anak patung kertas dan segala benda permainan perempuansemata-mata nak teman Tasnim bermain. Dulu, Tasnim selalu berebut Iman dari Along.Along dulu mana nak main dengan Tasnim. Katanya, mainan perempuan entahapa-apa. Tapi Iman tak, dia selalu jaga hati Tasnim. Walaupun Iman sekadar anakorang gaji, tapi layanan Babah dan Ibu tak ubah seperti anak sendiri.

            “Err..Kahwin? Belum kut. Ermm, kalau saya tanya janji tak marah ek?” Iman mula risau.Bukan apa, kang tiba-tiba pulak Anim tak nak cakap dengannya.

            “Tanyaje. Insyallah saya jawab.” Tasnim tersenyum.

            “Err..Awak tak kesian ke tengok err.. Err.. Kimi?” Teragak-agak Iman menutur kata.

            Tasnimmendengus kasar. Tiba-tiba saja dadanya terasa nak meletup! Marahnya sudahmembuak-buak. “Maaf, saya masuk dulu..” Tasnim main loncat saja dari pangkinitu. Nasib baik dapat mendarat dengan baik. Baru beberapa langkah, kakinyaterhenti.

            “Sampaibila awak nak hukum Kimi? Dia jugak manusia yang tak lepas dari buat silap.Kalau iya awak marahkan dia sangat-sangat, awak kena tahu anak awaksangat-sangat perlukan dia sebagai seorang ayah! Saya yakin, dalam keadaan awakmacam ni awak terlalu perlukan sokongan seorang suami. Belajarlah untukmemaafkan orang Anim. Tak rugi kalau awak maafkan dia. Jangan disebabkan egoawak yang tak mahu maafkan Kimi tu, boleh menyakiti hati awak sendiri.” Sinis saja ayat terakhir Iman itu menampargegedang telinga Tasnim.

            Tasnimmenoleh kebelakang. Tasnim berpeluk tubuh sambil merenung wajah kacakdihadapannya. “Habis dah? Boleh saya pulak yang cakap?” Melihat tiada reaksidari Iman, Tasnim ketawa sinis.

            “Maaf?Ermm, senang kan cakap. Buat apa kita nak maafkan seseorang itu sedangkan hatikita tak ikhlas? Memaafkan orang biar kena ikhlas, ikhlas tu yang dapat buathati kita tenang.  Buat pengetahuan awakjugak, saya sedang mencuba untuk memaafkan dia. Mungkin saya boleh maafkan dia,tapi untuk menerima dia balik.. Ermm.. Saya perlukan masa yang panjang untukmengikis caci-maki dia yang saya ingat dalam otak saya ni. Belum lagi sebut pasalluka dalam hati saya lagi.. Belum lagi saya persoalkan perasaan saya lagi.Belum.. Belum.. Awak ingat saya boleh terima ke penceraian ni?!! Awak ingatsaya boleh ke setabah ni?!!!” Tasnim perlahan-lahan tersandar lesu diepipangkin itu. Airmatanya sudah menitis deras.

            “Sayatak setabah apa yang awak lihat Iman…” Tasnim meraup wajahnya, tangisannya mulakedengaran.

            Imantersentak. Melihat Najmi yang sudah menghampiri Tasnim, mematikan langkahnyauntuk membantu Tasnim. Dia betul-betul rasa bersalah dengan soalannya tadi. Ah,Iman.. Siapalah kau nak masuk campur? Perlahan-lahan Iman berlalu dari situdengan perasaan yang… Arghhh!!! Aku benci dengan perasaan ni!!

            “Maafkansaya..” Najmi memeluk erat tubuh lesu Tasnim itu. Dipeluk kejap! Rontaan Tasnimtidak sikit pun dihiraukan. “Maafkan abang sayang…” Airmata Najmi mengalirlesu.

            “Lepaskansaya!! Saya benci awak!!! Lepaskan saya!” Marah Tasnim, puas dia meronta. Tapiapalah sangat kudratnya berbanding Kimi. Makin lama, makin lemah rontaannya.Dia menangis sekuat hati. “Saya benci awak Kimi.. Benci…” Makin lemah ayat itu.

            “Awakcakaplah apa saja, kalau itu boleh buat awak maafkan saya..” Najmi merenungdalam wajah pucat itu. Disapu perlahan wajah Tasnim yang sudah banjir denganairmata. “Tolong, bagi peluang kedua buat saya..”

            Tasnimmenunduk, tak sanggup melihat mata Najmi yang terlalu mengharap itu. Takutkalau hatinya terpujuk. Tasnim mengeluh, dah sampai masanya Kimi kena tahu apayang apa yang aku pendam. Ditenung wajah Kimi tenang.

            “Akurasa, kau perlu tahu apa yang patut kau tahu Kimi. Kalau kemarahan kau hanyadengan perkataan biasa, aku mampu untuk pujuk diri aku menerima kau semula.Tapi kemarahan kau dengan diakhiri penceraian kita, Kimi! Terkilan aku dengansikap terburu-buru kau. Kepercayaan kau terhadap aku tiada! Kosong! Seolah kautak pernah kenal aku! Mudahnya kau lafazkan kata-kata pemusnah kebahagiaankita? Sedangkan dulu kau berjanji tak akan pernah tinggalkan aku. Kau terlalubanyak berjanji pada aku Kimi. Kau bagi harapan yang sangat tinggi untuk aku.Bila hubungan kita diuji, dengan mudah kau lupakan segalanya. Lupakan semuajanji kau kat aku. Kau lupakan semua kenangan manis kita. Kau lupakan susahsenang kita bersama. Hanya satu perkara yang menguji kesabaran kau, kau lenyapkansegalanya yang kau ingat tentang kita. Apa yang kau nampak, aku terlalubersalah. Aku dah menyakiti hati kau! Aku dah musnahkan semua kepercayaan kau.Aku dah hancurkan hidup kau! Tanpa kau sedar, kau dah lenyapkan rasa keyakinanaku terhadap cinta kau. Kau dah buat aku rasa kau bukan untuk aku. Kau buatkanaku rasa insan paling hina dimata kau. Jujur aku cakap, memang kau selamanyadihati aku. Namun, untuk menerima kau semula. Maaf, tiada. Biarlah aku bahagiadengan cara aku. Dan kau layak untuk dapat wanita lebih mulia dari aku. Satusaja aku mintak, cuba terima kenyataan yang kita dah tiada apa ikatan. Biarkanaku dengan kehidupan aku. Itu sudah cukup aku rasa kau hormati keputusan aku.”

            Tasnimmenarik nafas berat, kemudian laju saja kakinya melangkah meninggalkan Najmiyang tertunduk mendengar luahan hatinya. Dia tahu yang Najmi berasa terlalubersalah. Dia tahu tiada seorang didunia ni sempurna tanpa melakukan sebarangkesalahan. Dia tahu setiap manusia layak diberi peluang kedua. Tapi sayangnya,hati kecil ini dah terlalu sendat dengan rasa luka. Biarlah aku lalui semuanyadengan aturan takdir. Andai kata jodoh masih ada, mungkin aku fikirkan semulasegalanya. Tapi untuk masa sekarang, maaf… Hati aku dah kosong tanpa rasa.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.