Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 5

TASNIM MENOLEH SEKEJAP KELUAR TINGKAPbiliknya. Along dah balik! Tapi sekejap, macam bukan kereta Along jer.. Siapapulak datang pagi-pagi ni? Gadis itu berbaju blaus biru lembut dan berskirtlabuh berona putih sambil rambutnya yang panjang hingga kepinggang itu dibiarlepas. Sejak jadi ‘perempuan ayu’ ni, kat rumah pun nak cantik-cantik. Hahaah!

            Harini hari ahad. Lagi pun Along pergi main golf dengan kawan dia. Bunyi locengyang bertalu-talu itu membuatkan langkah gadis itu semakin laju menuruni anaktangga. Tasnim membuka pintu utama itu dengan nafas yang semakin turun naik,penat berlari. Lelaki yang membelakanginya itu masih membelakanginya.

            Lelakiitu berseluar jeans dan bert-shirt warna putih siap rambutnya terpacak-pacaklagi. Tengok dari belakang macam. Hahaha.. gila!

            “Hello Assalamualaikun.. Awak carisiapa?” Sopan Tasnim menyoal.

            Sebaiksaja lelaki itu berpaling. Masing-masing buat drama terkejut. “Cicak?!” Hampirsaja Tasnim terjerit.

            “Anim!!”Muka lelaki itu macam tak percaya jer..

            MakMon menghidang minum di meja batu taman itu. Sebaik saja Tasnim dan Nasriqmengucap terima kasih. Mak Mon berlalu. “Gilak kau, lama betul tak jumpa?”Tasnim menutur bicara.

            Nasriqsekadar ketawa perlahan. “Tahu pun kau, aku rasa bertahun-tahun kan? Dah lainkau sekarang ek? Macam perempuan betul..”

            Tasnim ketawa. “Habis tu kau ingatdulu aku tak perempuanlah? Tampar kau kang..”

            “Ish,tamparan  kau tu sampai sekarang aku takboleh lupa! Sakit tahap ICU…” Nasriq mula meneguk perlahan air teh yang Tasnimhulurkan.

            “Haha..Tahu tak apa. Eh, kau datang sini kenapa? Setahu aku yang tahu aku balik Nonidengan Apeh je..” Tasnim mula berfikir sejenak. Betullah, Noni dengan Hafiz je.

            “Kautengok, betapa kuatnya cinta aku. Kau balik pun aku boleh rasa..” Nasriq ketawa.

            “Mulalahkau tu! Kau nak jumpa Along ek? Kenapa?” Tasnim dah lali sangat madah cintalelaki macam Nasriq ni. Tipu semata-mata. Kalau buat ayat jiwang bagilah katdia!

            “Kauni, aku cakap betul tak percaya. Okeylah, lepas ni kalau  aku cakap betul kau tak percaya. Aku cakaptipulah lepas ni. Aku nak mintak Along tolong aku sikit, hal bisnes. Lagipun Alongkau tu kan baik, adalah hal sikit kami nak bincang. Aku nak mintak tolong Kimi,susah sikit sebab dia pun kadang-kadang je boleh tolong. Dia punyaprojek-projek dia pun dah melambak-lambak..”

            Tasnimterdiam sekejap. Kimi? “Kimi je yang aku belum jumpa lagi.. Sibuk sangat  ke dia tu? Sampai sekarang aku tak jumpa-jumpadia lagi?”

            “Kimisekarang biasa je aku tengok, tak sibuk mana pun. Malam tadi aku baru jumpadia, borak-borak kejap. Belum lagi kut dia nak jumpa kau. Kau nak jumpa dia ke?Aku nak jumpa dialah ni petang nanti.. Boleh join kita orang sekali. Aku rasaKimi mybe tak tahu kut kau dah balik..”Nasriq cuba menyedapkan hati Tasnim.

            “Mungkinlahkut.. Eh, malaslah aku nak join korang lagi. Sah-sah nak main futsal.. Cairmake-up aku nanti..” Tasnim mengedipkan kelopak matanya.

            Nasriqketawa mengkekeh. “Aku lupa pulak kau dah jadi macam sipatung Barbie.. Lainsangat kau sekarang Nim. Ini buat aku jatuh cinta ni!” Nasriq mula buat-buatriak kesalnya.

            Tasnimketawa. “Padan muka kau, masa aku comot-comot dulu tak nak..” Tasnim sengajamenggiat.

            “Apapunaku masih rindukan Anim dulu… Hehehe..” Nasriq tersengeh.

            “Whateverlah cicak!”

            “Lamagila aku tak dengar ayat tu. Noni pun dah lama tak sebut nama samaran aku tu.”Rancak mereka memulakan perbualan. Disusuli pula dengan deraian ketawa apabilakenangan demi kenangan digali semula..

Previous: BAB 4.2
Next: BAB 5.1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.