Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB15.1

Najmi menarik tangan Tasnim agar jauhsikit dari rumah itu. Perempuan ni nak bagi semua orang dengar ke apa? “Apapulak nak guriskan hati ni? Ini bukan segment gores dan menang ye Cik Anim..”

            “Kimi!”Marah Tasnim.

            “Okey,okey!Saya tahu tak sepatutnya saya biarkan awak terus blur, walaupun pada faktanyaawak memang blur!” Melihat mata tajam Tasnim memandangnya, Kimi tersengeh. “Eh,bukan-bukan! Anim, aku dah lama.. err, suk..su..”

            “Suapa?!!” Jerit Tasnim, Ayat tersekat-sekat Najmi melambatkan masa!

            “Sukakat kau!” Gulp!! Aku ke yang sebut tu? Hahaha! Inilah time untuk aku nak tunjuk kegentlemenaku ni! Bisik hati Kimi.

            “Akudah lama sayangkan kau, aku tahu aku taklah sekaya mana. Apatah lagi hensembergaya. Tapi manis tu adalah. Aku tahu, aku ni manusia yang suka buat kautertanya-tanya macam orang tak betul. Sumpah Nim, aku sayang sangat dengan kau.Aku dah tangkap lentok dengan kau. Woo aini! Sarang ngar yo! I love you.. Will you marry me?” Najmi tersengeh.

            Tasnimtergamam. Berkerut dahinya! “Ha..haha..haha..haha.. Kau.. main-main.. Kan? Kauingat lawak?” Tasnim pun tak tahu apa jenis gelak yang cuba dia nak buat.

            Najmimengeluh! “Muka aku ni ada macam Rosyam Nor tengah shoting drama KL Menjerit ke?”Aku lah kalau perempuan ni, kang ada jugak kena paksa kahwin jugak ni.

            Tasnimmenggeleng. “Dah tu, apa yang buat kau tak percaya sangat dengan aku ni?Lagipun kau pun dah terima. Kan?” Kimi tersenyum.

            “Terima?”Soal Tasnim blur.

            “Cincinyang awak pakai tu, cincin tunang kitalah! Kita dah tunang selama tiga bulansayang.. Saya dah puas nak bagi tahu awak, tapi bak kata ayat awak tadi ‘kaumain-main kan?’. Tak habis-habis awak asyik sebut ayat yang sama. Macam manalahsaya nak explain kat awak? Asal sayanak cerita perkara sebenar, macam-macamlah pulak halangannya. Akhir sekali sayaambil keputusan nak diamkan je! Sampai awak betul-betul nak dengar!” Najmisudah naik geram dengan bakal isterinya itu.

            Tasnimmelihat cincin dijari manisnya. Tiga bulan?? Maknanya.. “Lin?”

            Najmitersengeh. “Owh, ini kes cemburulah ye? Lin tu adik saya Cik Tasnim uit..”

            Terbeliakbesar biji mata Tasnim! Adik?! Najmi jahat!!! Saja nak kenakan aku,bidadarilah.. Apalah! Itulah, ini lah. Bila aku cakap Lin tu bakal isteri dia,dia macam redha je! “Kau ni tipu! Penipu!” Tasnim menampar-nampar bahu Najmibertubi-tubi!

            Najmipula dah terbongkok-bongkok menahan ketawa. “Saja nak test tahap cemburuawak..”

            “Naktest kepala lutut kau! Aku rendam kau dalam kawah kat rumah tu baru tahu!”Tasnim kembali memukul-mukul bahu Najmi. Entah macam mana airmatanya menitisperlahan. Aku pun tak tahu ini airmata gembira ke? Airmata sedih?

            Najmimemegang erat tangan Tasnim. Dikesat perlahan airmata Tasnim yang menitis. “Sorry, sebab buat awak menangis lagi.. Sayajanji tak akan buat awak menangis lagi! Saya janji ini yang terakhir!” Najmimahu memeluk erat tubuh Tasnim tapi…

            “Ish,panas pulak petang-petang ni! Ish, rama-rama ni! Kut iya pun nak bermadu kasihtunggulah lusa! Ni mesti rama-rama jenis tak sabar ni..” Lin menyelit dibalikkereta itu. Siap memegang kipas lipat lagi.

            “Lin!Kacau je lah!” Marah Najmi.

            “Larikak, lari! Bahaya kalau Along dah naik miang!” Lin menarik tangan Tasnim masukkedalam rumah. Tasnim hanya ketawa.

            “Memangdasar dengki kau Lin! Siap kau! Along dapat, Along tenyeh-teyeh mulut tu..”Hempeh Lin, kecewa aku! Bukan senang woo nak dapat peluang tunjuk gentlemen macam tu! Hahaha!

            “Yahooo!!Aku nak kahwin!!” Jerit Kimi kuat!

 

MALAM BERINAI… Tasnim ketawa mengkekehdengan lawak dari Qila dan Noni yang dari tadi tak habis-habis nak bergaduh.Ditambah pulak dengan Lin! Makin gempak la bilik pengantin itu. Haih! Pejamcelik, pejam celik tiba-tiba nak kahwin! Kalaulah aku ni ada penyakit jantungyang kritikal, grenti dah tata goodbye!Kejam punya Kimi! Tapi tak apa jugak, rasa macam mimpi pulak. Tiba-tiba dapatkahwin dengan jejaka  pujaan hatiku! Bisikhati Tasnim sambil tersenyum-senyum.

            “Senyum-senyumjugak, tangan tu jangan bergerak. Karang satu badan kau, aku inaikan nanti!”Noni mencubit pipi Tasnim. Geram pulak aku!

            “Ish!Sakitlah!” Marah Tasnim.

            “Alah,bilalah lagi aku nak cubit pipi kau kan? Lepas ni Encik Kimi pulak cubit pipitembam dia tu.” Noni tersengeh.

            “Tembam?Tembam sangat ke pipi aku ni??” Kalang kabut Tasnim dibuatnya.

            Linketawa. “Biarlah tembam, baru sedap nak cubit! Betul tak Kak Noni?”

            “Betultu! Eh, Lin.. Kat rumah siapa yang tolong inaikan Along, Lin?” Soal Qila, jangantak tahu Qila sekarang dah berbadan dua tau! Dah dekat dua bulan lebih dah!Orang yang paling suka ialah Tasnim, walaupun pada kenyataannya dialah orangyang paling terakhir tahu!

            “Along?Hahaha.. Abang Apeh, Abang Jihan dengan ayah. Kacau bilau bila lelaki buatkerja. Lin malas nak masuk campur, tu Lin ikut Mama datang sini.” Lin ketawa.

            Masing-masingbertabur ketawa. Tak dapat nak dibayangkan. Apeh tumbuk daun inai taklumat-lumat! Nak cari jalan mudah lagi cepat, dia blanded jek! Jihan pulak seumur hidupnya tak pernah inaikan orang,sebagai langkah berjaga-jaga plastic, getah, plaster, segala jenis barang diaangkut. Gaya macam nak buat pembedahan je. Haji Osman pulak inaikan jari Najmidari pukul 8 sampailah pukul 9, jari tu je yang dia duk telek tak habis-habis!Najmi pulak dah macam mumia, eh bukan batu bernyawa dah! Hahah

            Tasnimmelirik memandang Aqila yang masih ketawa. Tasnim tersentak melihat parutdidahi Qila. Parut itu seakan masih baru. Melihat wajah Qila saja pun aku dahtahu, dia ada sorokkan sesuatu dari kami semua. Kenapa Qila? Ariq takbahagiakan kau ke? Aku menggenggam erat tangan Aqila. Aqila tersentak, dia punmembalas senyuman yang susah aku nak translatemaksud senyuman dia tu.

Previous: BAB 15
Next: BAB15.2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.