Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB17.1

“NAK BELI apa?” Najmi yang membuntutiTasnim menyoal. Beriya-iya Tasnim mengajaknya ke pasar besar, sedangkan kat pasarayaada macam-macam. Haaiih, pelik betul isterinya itu.

            “Nakbeli kaki orang.. Abang ni dari tadi banyak tanya.. Ayang nak masak tomyamlah,nak beli ayam, sayur dan sebagainya.” Tasnim tersengeh.

            Melihatkeadaan pasar besar itu yang sedikit berlopak dan becak Tasnim sedikitberhati-hati melangkah. Takut bukan ayam dia dapat, jatuh terlentang pulaknanti. Namun, tiba-tiba kakinya terpijak sehelai plastic sampah dan entah macammana tubuhnya hilang keseimbangan.

            “Owh,abang sayang!!” Sempat lagi Tasnim melatah, namun nasib baiklah tubuhnyadisambut oleh seseorang. Tasnim yang masih dipegangan lelaki itu memandang kearahmuka lelaki itu, tergamam dia seketika.

            Cepat-cepatTasnim bangun. “Err.. Terima kasih.” Seakan kelu lidahnya.

            Najmiyang melihat turut tergamam, tapi entah tiba-tiba pula hatinya diburu rasa cemburu.Astafirullahalazim! Cepat-cepat diamengucap dalam hati. “Ayang tak apa-apa? Err.. Riq, buat apa kat sini?” Sehabislembut Najmi menegur sambil tangannya menghulur mahu bersalam.

            Nasriq,teragak-agak untuk menyambut. Namun dia menyambutnya juga, senyumannya tawar.“Err.. Beli barang sikit.”

            Tasnimmasih menunduk, entah kenapa hatinya macam ditimpa bertalu-talu dengan batubesar! Rasa bersalah yang teramat sangat bila melihat muka cengkung Nasriq.Salah aku ke? Sebab aku ke dia macam ni? Huh.. Aku pun tak faham kenapa aku perluada rasa bersalah ni?

            “Qilamana?” Soal Najmi lagi.

            Nasriqyang dari tadi tak lepas-lepas memandang Tasnim tersenyum hambar. “Kat rumah.Aku balik dululah. Assalamualaikum..” Selepas bersalaman dengan Najmi, Nasriqterus berlalu.

            Najmimenoleh kekanan, melihat Tasnim yang diam sejak tadi. Dia tak tahu apa yangbermain difikiran Tasnim saat ni, tapi dia tahu Tasnim tak akan kecewakan dia…

            “Ayangokey?”

            Tasnimtersentak, perlahan dia mengangguk. Tasnim kembali mengatur langkah. Dicubamenepis semua soalan dan rasa bersalah dibenaknya. Ya Allah, kuatkan aku.Kuatkan juga hati Ariq. Amin!

 

NASRIQ berteleku didalam kereta. Diraupwajahnya beberapa kali. Hatinya mula berambah luka, sumpah sampai kesaat inidia masih tak dapat nak lupakan Tasnim. Nasriq menghentak kuat sterengkeretanya!

            “Arggghhh!!!”Jeritnya sambil meraup wajahnya kasar, entah mengapa airmata lelakinya menitisperlahan.

            Aqilayang berada diluar kereta menahan rasa. Dia melihat kejadian tadi, dia jugamelihat airmata Nasriq mengalir. Sumpah, dia tak tahan.. Tak tahan merasabersalah yang bergunung! Kalaulah dia tak berkahwin dengan Nasriq, pasti semuani tak akan terjadi! Dan semestinya Nasriq akan bahagia disamping Tasnim. Diatahu tak banyak pun, mesti ada sedikit rasa cinta dihati Tasnim buat suaminyaitu.

            “MaafkanQila bang..” Aqila perlahan bersandar dikereta itu. Berjurai-jurai air matanya!Rasa bersalah yang menebal membuatkan hatinya bagai disiat-siat halus.Diusap-usap perlahan perutnya yang semakin membesar.

Previous: BAB 17
Next: BAB 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.