Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB14.1

LIMA MINIT SUDAH BERLALU…. Najmi sudahtak betah untuk duduk diam diluar bilik fitting.Dia yang sudah berpakaian baju melayu lengkap berwarna putih susu kehulu-hilirdidepan bilik fitting Tasnim. Kak Bete yang melihat hanya ketawa, mengalahkannak tunggu isteri bersalin! Hahah!

            “Nim,kau ni tidur ke try baju?” JeritNajmi bila terasa masa lambat sangat bergerak!

            “Err..Kejaplah! Err.. Kimi, meh kejap!” Tasnim menarik sedikit tirai bilik Fitting itu, terkeluar hanya kepalanyasaja.

            “Lah,tak akan tak sudah lagi kut?” Bebel Najmi namun didekati juga Tasnim yang  masih tersengeh-sengeh itu.

            “Bolehpanggil budak perempuan tu tak?” Tanya Tasnim.

            Berkerutdahi Najmi. “Kenapa pulak? Kau nak menderma ke?” Najmi melontar pandang kearahluar kedai.

            Tasnimmenepuk dahi! Nak kata rabun, bercermin mata! “Kau ni, aku bagi makan kakikang. Bukan budak perempuan kat luar tu. Kat depan pintu yang tengah betulkanbaju kat patung tu lah!”

            “Owh,kenapa? Ada masalah ke? Ada masalah aku panggil Kak Bete.” Najmi mahu bergeraknamun pantas saja Tasnim menarik lengan lelaki itu.

            “Kauni! Kang aku sumbat jugak kasut aku tu kat mulut kau. Zip belakang ni aku taksampailah nak zip.” Tasnim tersengeh.

            “Lah,kenapa tak cakap awal-awal? Meh, aku tolong.” Dengan muka tak bersalah Najmimenawarkan perkhidmatan.

            Terbeliakbiji mata Tasnim. Gila?! Daripada aku suruh kau, baik aku suruh Kak Bete je!“Banyak kau punya tolong! Suka hati kau je, dah! Cepat panggil…” Arah Tasnim,sampai tersembul-sembul biji matanya!

            Najmiketawa. Namun diturutkan juga. Selensai budak itu membantu Tasnim, Tasnim mulakeluar. Najmi yang sedang asyik menilik baju texido yang dipakai oleh patung ditepi bilik fitting itu langsung takperasan kehadiran Tasnim yang lengkap berbaju kahwin itu.

            “Wah!!Beautiful lady! I’m so proud!” KakBete meloncat gembira melihat hasil kerjanya itu. Najmi memusingkan badannyamahu melihat. Ngaaaa~ mulutnya ternganga!

            Tasnimketawa. “Amacam? Ada macam Lisa Suriani?” Tasnim pose kekiri dan kanan sambil memegang bunga tulip berwarna krimitu.

            Subhanallah! Ini bukan takat LisaSuriani! JLO pun kalah! Walaupun wajah Tasnim tak bermake-up tapi jelas sekalineutral dan asli! Cantik sangat!!!

            “Ait,Kimi. Macam tak sabar je?” Kak Bete memerli sambil berlalu pergi.

            “Nim!Superb lah!!” Najmi tersengeh.

            Tasnimketawa lagi, namun entah apa dosa baju itu kaki Tasnim tersilang. Badannya takdapat diimbang. Dan… Argghh!!

            Lajusaja Najmi menyambut tubuh Tasnim daripada jatuh tergolek. Mata mereka bertautlembut. Mata Tasnim terkebil-kebil! Gulp!! Najmi sudah tak betul nada denyutjantungnya! Lama jugaklah mereka berpandang macam tu! Sampailah…

            “Ehem!Ehem!” Aduh, kacau betullah si Kak Bete ni! Kalang kabut mereka berduamembetulkan diri masing-masing.

            “Ait,ada pulak slot Hindustan kat sini ek? Macam mana? Okey?” Tanya Kak Bete.

            Tasnimyang mula menahan malu mengangguk lemah. Najmi yang sah-sah tak tahu malutersengeh! “Err.. Saya tukar baju dululah.”

            “Eh,kejaplah. Akak nak ambil gambar ni. Akak nak letak kat album untuk butik.” KakBete menahan langkah Tasnim.

            Ish!Kak Bete ni! Saja je tau! Nak tak nak terpaksa jugalah diturutkan.

Previous: BAB 14
Next: BAB 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.